Tuesday, March 2, 2010

03032010

assalamulaikum

'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat'

sengaja kamek mulakan entry kali tok dengan pepatah daripada adat perpatih negeri sembilan, mengenangkan senario dan iklim politik di sarawak masa tok. terdapat beberapa perkara menarik yang berlaku kinektok, yang pada akhirnya membawa kita kepada perkara pokok. 'kuasa dan penguasaan'.

  • kehendak parti semenanjung untuk bertapak di sarawak.
  • kehendak anak tempatan untuk membawa parti semenanjung ke sarawak.
  • penggabungan parti tempatan menjadi satu entiti politik.

perkembangan-perkembangan tok telah molah kamek berfikir, apa kurangnya dengan senario politik negeri kita masa tok? sehingga ada tangan-tangan dari seberang laut beriya-riya maok melebarkan sayap ke negeri kita. adakah perlu kehadiran orang-orang tok?

sedari peristiwa 1986, sehingga ke hari tok, politik sarawak belom ada lagik dilanda gelombang besar (kecuali pergolakan dan splitting dalam beberapa parti komponen). secara amnya politik kita masih utuh dan relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat bumi kenyalang. rakyat masih memerlukan pembangunan dan kebajikan, 2 perkara yang telah diusahakan oleh barisan pimpinan tok uban untuk sekian lama. perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana politikus tanpa kesungguhan dan kesetian. bayangkan pada skala 11 negeri di semenanjung malaysia, dengan DUN masing-masing mentadbir wilayahnya, sarawak mampu bergerak ke hadapan (malah lebih pantas dari kebanyakan negeri). betapa efektifnya kepimpinan barisan tok uban selama hairi tok.

rakyat harus membuka minda dan memilih jalan yang paling selamat dan terbaik untuk memastikan survival negeri sarawak sentiasa berada pada kondisi terbaik. apa gunanya kita mencari tunggangan baru sedangkan yang sedia ada, sudah cukup baik untuk kita bergerak. tindakan segelintir golongan 'pemimpin' dari dalam dan luar negeri ternyata menyakitkan hati. kenyataan yang angkuh dan kadang-kadang terlalu optimis, menampakkan ketidak matangan dan kesungguhan mereka ini.

ada yang menyatakan sokongan dan mahu menjadi sekutu kepada barisan yang ada, tetapi pada masa yang sama mahu berebut kerusi di dun. kemunculan duri dalam daging ini sengaja mahu melunturkan kekuatan dan perpaduan yang selama hari ini diwujudkan. mengapa tidak kita bersatu? bukankah parti-parti yang sedia ada sudah memadai? sekarang kerajaan negeri terdiri daripada 4 parti politik, masing-masing karakternya berbeza, tetapi matlamat nya sama. bukankah lebih elok dan matang sekiranya kita kekalkan kondisi yang ada sekarang. formula politik yang stabil dan setara.

jangan kerana pak kaduk, habis kampung kita tergadai. jangan kerana wujudnya pak pandir-pak pandir ini, negeri terjerumus ke kancah pergolakan dan ketidak stabilan. ingatlah, yang rugi adalah rakyat, kerana apa sahaja berlaku, kesan nya tetap pada rakyat.

mengapa ini terjadi? bagi kamek, ketulusan dalam berpolitik dan keinginan untuk berbakti pada rakyat menjadi kunci kepada persoalan ini. banyak 'pemimpin' yang begitu kemarukkan kuasa. bagi sidak tok, tanpa jawatan dalam parti, perjuangan sidak sik beerti. 'pemimpin' gitok lah yang menjengkelkan. samada di pihak pro mahupun kontra, golongan tok jelas wujud. memang seronok nangga dan nenga percakaran yang sik pande habis tok. ibarat sajina dan hidangan tetap setiap hari. tapi dalam masa yang sama rakyat kerugian dek kerna terabai. gara-gara berebut dalam parti, kebajikan dan tanggungjawab kepada rakyat dilupak.

apa jalan penyelesaian nya?

  • berfikir
  • kembali
  • bersatu
berfikir demi kebaikan semua, kembali kepada barisan yang ada, bersatu dalam barisan bagai satu keluarga.

p/s; semoga semua membuka mata dan hati. jawatan bukanlah segalanya. berpolitik bukan untuk kuasa, tetapi untuk survival bangsa, umat negeri dan negara.