Thursday, January 27, 2011

27012011

al-fatihah
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhummah nek Mot.
semoga di tempatkan bersama orang-orang beriman dan masuk jannah.


hari tok kamek akan menulis agak sedikit lain dari kebiasaan. hari tok kamek maok quote dari blog http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/01/kaum-melayu-singapura.html . sekadar untuk renungan dan fikiran kita bersama.

apa yang dituliskan oleh Dr.M adalah benar belaka. sekadar untuk membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya terjadi. setiap daripada muncul peristiwa, mesti ada kesah lain di sebaliknya. maka, kita selaku khalayak yang peka haruslah berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.

seram bila membaca points Dr.M dalam ya. mintak jauhlah bumiputera kita daripada musibah macam ya. di sebalik gah nama temasik, ada terselindung helah orang lain untuk memporak-perandakan kita.

kamek menyeru, bukalah mata dan hati kita luas-luas. marilah berfikir dengan akal, bukan dengan amarah. kita selalu disempitkan dengan pemikiran yang prejudis dan kritis. sudah tiba masa kita untuk berfikir positif dan lebih ilmiah.

dari komen yang diberik oleh pembaca, ternyata masih banyak yang tidak mahu berfikir dalam-dalam, tetapi lebih selesa menyerlahkan kecetekan pemikiran sidaknya. sayang sekali, kita tok nang jarang-jarang menggunakan potensi pemikiran kita ke arah yang lebih sihat serta dinamis.


p/s dalam sedap ada sakitnya, dalam lazat ada pahitnya.. mungkin dah adat hidup barangkali..

Sunday, January 9, 2011

10012011



assalamualaikum

selamat tahun baru 2011

bermula episod 2011.. semoga tahun tok kita akan lebih cemerlang dan bagus daripada tahun ya tek.

apa yang panas tahun 2011? sudah pastinya jawapan adalah satu.. pilihanraya.. tahun tok kita akan ada pilihanraya negeri dan umum (mungkin
). dah bermula kempen-kempen dan ceramah-ceramah propaganda dari bakal-bakal YB kita. diharapkan kita rakyat jangan terpengaruh dengan idea-idea populis sehingga mengenepikan kewarasan dan fakta. semoga kita rakyat akan terus dapat berfikir dan menilai dengan telus setiap episod dan peristiwa yang akan kita tempuh dalam 2011 tok.
2011 adalah tahun harapan untuk bolasepak sarawak angkat balit. setelah sekian lamak kita nunggu untuk keluar dari kepompong kelompok bawahan, tiba masa kita bangkit ke atas lagik (ehe, harapan tetiap tahun tok). semoga semangat piala AFF Malaysia bertempias kepada pasukan sarawak.

2011 mudah-mudahn menjadi tahun yang membawa rezeki yang murah kepada kita semua. semoga kita semakin kuat berusaha dan berjaya.. insya Allah..