Thursday, January 27, 2011

27012011

al-fatihah
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhummah nek Mot.
semoga di tempatkan bersama orang-orang beriman dan masuk jannah.


hari tok kamek akan menulis agak sedikit lain dari kebiasaan. hari tok kamek maok quote dari blog http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/01/kaum-melayu-singapura.html . sekadar untuk renungan dan fikiran kita bersama.

apa yang dituliskan oleh Dr.M adalah benar belaka. sekadar untuk membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya terjadi. setiap daripada muncul peristiwa, mesti ada kesah lain di sebaliknya. maka, kita selaku khalayak yang peka haruslah berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.

seram bila membaca points Dr.M dalam ya. mintak jauhlah bumiputera kita daripada musibah macam ya. di sebalik gah nama temasik, ada terselindung helah orang lain untuk memporak-perandakan kita.

kamek menyeru, bukalah mata dan hati kita luas-luas. marilah berfikir dengan akal, bukan dengan amarah. kita selalu disempitkan dengan pemikiran yang prejudis dan kritis. sudah tiba masa kita untuk berfikir positif dan lebih ilmiah.

dari komen yang diberik oleh pembaca, ternyata masih banyak yang tidak mahu berfikir dalam-dalam, tetapi lebih selesa menyerlahkan kecetekan pemikiran sidaknya. sayang sekali, kita tok nang jarang-jarang menggunakan potensi pemikiran kita ke arah yang lebih sihat serta dinamis.


p/s dalam sedap ada sakitnya, dalam lazat ada pahitnya.. mungkin dah adat hidup barangkali..

No comments:

Post a Comment