Monday, May 25, 2009

25 MAY 2009


Gold
SMK St. Joseph, Kuching
Silver
SMK Chung Hua, MiriSMK St. Joseph, Miri
Bronze
SMK Green Road, Kuching SM Riam Road Middle School, Miri SMK Bintulu
Participartion Cert
SMK Tung Hua, SibuSMK Tiong Hin, Sibu
Best Percussion: St. Joseph, Miri
Best Color Guard: St. Joseph , Kuching
Best Drum Major: Riam Road Middle School, Miri
Best Preparation:Chung Hwa, Miri


Tok adalah result bagi Sarawak school marching band competition 2009. berlansung di sibu, pertandingan tahun tok (pada pemerhatian kamek) antara yang paling kompetitif sejak petama kali diadakan. Seperti biasa tiga band tonggak utama st joe kuching, chung hua miri, st joe miri berentap lagik dengan sengit tahun tok. Meskipun penguasaan 3 kuasa besar di Sarawak tok belum dapat dipecahkan, peningkatan pada band-band lain patut dilihat sebagai petanda yang positif. 3 band yang menerima bronze medal telah berjaya merapatkan jurang dengan 3 band kuasa besar.

St joe kuching sekali lagi membawa pulang kejuaraan untuk kali yang ke-8 sejak 2001. kejayaan manis kali tok datang dalam keadaan yang luar biasa. Persembahan yang menarik, bertenaga serta teratur. Formasi bertema ‘this is football’ memang menjadi. Susunan music yang bertepatan menjadi senjata ampuh untuk st joe merangkul kejuaraan tahun tok. Seperkara lagi yang sik dapat dinafikan adalah kecekapan dan skill tinggi para guards st joe tahun tok. Persembahan menghampiri sempurna di semua section. Diharapkan st joe akan mengukir kejayaan di peringkat nasional kelak.

Mengekori di belakang st joe adalah band chung hua miri. Dengan reputasi sebagai johan festival antarabangsa (bukan world champion), chung hua miri turun padang dengan keyakinan tinggi. Formasi yang bersih dan music yang dinamik. Pemilihan music yang agak malap@slow dirasakan kelemahan ketara band ini. Kecuali lagu pada formasi finale (Arabian night mun sik salah title nya), lagu-lagu lain seolah-olah menekan mereka ke bawah. Static music yang terlalu panjang juga memerangkap chung hua. Walaupun giya, pada kamek, chung hua layak menerima gold medal, tapi sebaliknya.

St joe miri. The best drumline in sarawak. Sik dapat dinafikan cidak adalah yang paling skill. Drumline yang bersih, cadence yang bertenaga dan marking@placing yang tepat. Namun begitu, formasi st joe miri masih biasa-biasa dan sikda ‘x-factor’ yang boleh mengangkat cidak. Music yang dimainkan juak masih biasa-biasa, dan ketara sekali mengulang susunan music vicc. Daripada 5 lagu, sik kurang daripada 3 adalah yang pernah dimainkan vicc.

Green road, bintulu dan riam road telah menunjukkan peningkatan tahun tok. Paling mengujakan adalah kemampuan riam road untuk bersaing dengan band lain. Mun maok dikira, cidak adalah yang paling junior. Mun diteruskan momentum tok, sik hairan mun 3 buah band tok pada masa depan akan molah 3 band utama pening kepala.

Secara keseluruhan, Sarawak patut berbangga kerana mempunyai banyak band berkualiti tinggi. Sik keterlaluan mun dipadah, peringkat negeri tahun tok sama panas dengan peringkat kebangsaan. Mun dihantar 3 – 4 band dari Sarawak, semuanya boleh compete di sinun. Kepada semua band, teruskan perjuangan dan jangan putus asa.

p/s st joe banyak supporters ariya, banyak parents datang dari kuching…. Ora et labora…


Posted by Picasa

Saturday, May 16, 2009

re:17 may 2009

tanggal 16 mei setiap tahun, kita merayakan hari guru.

jadi kamek dalam entry tok ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik. khas buat yang pernah mengajar kamek, terima kasih cikgu, bakti mu ku sanjung, jasa mu ku kenang, nama mu mekar dalam ingatan, padamu ku doakan selalu kebahagian...

banyak udah guru-guru kamek, dari tadika bina, sekolah jepang, di st joe, di chermai jaya, di unimas, terasa kerdil di hati kamek. sik terbalas pun jasa sidak yang sangat besar dalam membentuk jatidiri dan wadah kamek aritok.

sik lupak juak guru-guru kamek di rumah, nek met, nek abuk, mak, bapak, nek oteng, serta semua sekali la... walopun sik formal, tapi kitak semua la yang banyak mengajar kamek selamak hari tok. terima kasih semua.

p/s jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang jeneral menang perang,
jika hari ini seorang presiden memegang kuasa,
jika hari ini seorang raja naik takhta,
jika hari ini seorang insan jadi mulia,
semuanya bermula dari seorang pendita mulia,
pendita mulia guru namanya.

17 may 2009

juara!!!

pelajar tunggal sarawak di final af7, HAFIZ telah mencatat sejarah selaku juara pertama af dari sarawak. tahniah diucapkan kepada hafiz. memang sik dinafikan pelajar-pelajar tahun tok memang best out of the best, tapi bakat hafiz tok memang menyerlah sejak dari minggu pertama lagik.

pada pandangan kamek selaku urang yang ada darah ahlil muzik (^^,) bakat hafiz tok memang luar biasa. penghayatan yang tinggi dalam lagu, pitch yang menarik, blend up well with songs and music... susah maok nemu urang berbakat macam tok. lebih kurang kedak satu dalam berjuta bintang juak la...

anyway, kepada hafiz, teruskan perjuangan seni anda, berusahalah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik (kira jadi outclassed singer la..). kamek semua (^^,) akan tetap menyokong hafiz.

p/s hafiz tok josephian sama macam kamek.. ora et labora!!!!

skuad kenyalang

matchday 12
vs proton fc

sarawak tanpa kemudi utama sekali lagi menemui jalan buntu apabila ditundukkan proton fc 4-2. sarawak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, melalui 2 gol mudah pauskan lawan. gol-gol sarawak pada separuh masa kedua dijaringkan oleh zamri morshidi.

Friday, May 15, 2009

skuad kenyalang

matchday 11
stadium sarawak
vs sdm kepala batas

sarawak berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah 5 bulan mengharungi liga musim ini. sarawak terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-10, tetapi berjaya menyamakan kededekan pada minit ke-33. beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama, sarawak berjaya menambah jaringan menerusi joseph kalang. tiga mata paling berharga untuk sarawak.

sarawak kehilangan kemudi utamanaya apabila ketua jurulatih robert albert ditamatkan kontrak berikutan kegawatan kewangan yang dihadapi sarawak kini.

Sunday, May 10, 2009

10 mei 2009

sembilan bulan senbilan hari mengalas cabaran, mengharung dugaan.
bila tiba harinya, bersabung nyawa demi menyaksikan satu kelahiran seorang insan
meneruskan perjuangan membesarkan insan.
memastikan kurang dan cukupnya kehidupan insan sekalian
menumpahkan kasih sayang yang tiada penghujungnya
ibu...
pengorbanan mu ku hargai
akan tetap ku menyayangi mu seumur hidup ku....
selamat hari ibu...
ps buat mak, kamek di kejauhan tok sentiasa merindui dan menyayangi kitak..

Friday, May 8, 2009

08 may 2008

Gawat. Gawat. Gawat.

Tercuit hati saya untuk menulis kali ini mengenai hidangan terbaru senario politik tanah air dewasa ini. Heboh dalam kebanyakan media masa hari ini memperkatakan tentang kegawatan terbaru ini. Seperti biasa, saya akan cuba mengupas perkara ini dari perspektif 3 pihak. Pemimpin, rakyat, media.

Pemimpin adalah golongan yang diangkat oleh rakyat untuk memimpin negeri dan Negara. Secara tidak lansung, pemimpin berada satu tahap di atas rakyat.pada tahap ini, mereka harus menjaga tatasusila agar tidak dicemari dengan unsur negatif. Pada pasca 8 mei ini, kepimpinan yang diangkat rakyat kini menunjukkan keupayaannya. Bukanlah keupayaan untuk mentadbir dengan cekap, tetapi keupayaan untuk menghuru-harakan keadaan. Pada saya, apabila seseorang itu diberi peluang untuk mengenakan pakaian rasmi (baju nombor 1), itu merupakan satu prestij yang tinggi serta datang bersama tanggungjawab yang berat. Disiplin, intergriti dan tatasusila si pemakai hendaklah terjamin daripada kecelaan. Akan tetapi, pada insiden terbaru ini realitinya amat menyedihkan. Beginikah pemimpin yang kita cari? Di mana perginya perjuangan demi rakyat? Di mana perginya keadilan untuk membela bangsa? Cuma yang terbukti kini adalah ketamakan dan kemaruk kuasa serta pangkat. Mungkin mereka yang kononnya bergelar wakil rakyat ini, perlu memuhasabahkan diri. Menilai baik buruk tindakan mereka selama ini. Apa yang berlaku kini tidak akan menguntungkan sesiapa juga, tidak kira di pihak pro mahupun kontra. Paling menyedihkan, yang tersepit adalah rakyat, menerima kesan negatif dari perkara ini. Politik gaya tuan guru diketepikan sama sekali, gaya politik celupar diadaptasi, gaya politik demonstrasi menjadi aspirasi dan gaya politik toleransi lansung tidak diingati. Api yang disemai ini semakin memakan dan memamah rakyat.

Rakyat adalah golongan umum. Umum inilah yang mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi pemimpin. 8 mei 2008, umum bersuara untuk memilih hala tuju baru. Bagaimana ini terjadi? Menurut pemahaman saya, ini merupakan protes daripada rakyat, demi suara mereka akan lebih kedengaran. Keduanya adalah kesan daripada api kebencian yang sengaja ditiup oleh sang gembala yang punya kepentingan sendiri. Ketiga adalah ketidak matangan rakyat dalam soal memilih pemimpin. Pertaruhan rakyat pada 8 mei itu adalah tinggi nilainya. Seharusnya, rakyat bertindak dengan lebih bijak, memilih mereka yang benar-benar berkaliber dan bertanggung jawab. Bukan sekadar untuk menukar angin kepimpinan semata-mata. Inilah masanya untuk rakyat membuka mata sebesar-besarnya, menginsafi dan tidak akan mengulanginya pada PRU yang akan datang. Aspirasi individual hendaklah ditolak sama sekali, sebaliknya aspirasi perjuangan demi rakyat hendaklah didokong sepenuhnya. Dalam pada itu, keihklasan peminpim juga harus dinilai seberat-beratnya dalam pada membuat pilihan.
Media. Saban hari kita dimomokkan dengan berita-berita yang saling bercanggah antara media. Di mana silapnya? Intergriti media kini semakin tercalar. Seharusnya media menjadi lidah kebenaran dan bukanlah tunggangan perjuangan sempit mana-mana pihak. Hendaklah diingat bahawa media merupakan sumber maklumat kepada rakyat. Maka, apa yang dihidangkan di dalam media secara tidak lansung membentuk pemikiran rakyat.

Kini, terserahlah kepada semua untuk bermuhasabah dan mempertingkatkan kualiti diri. Buangkanlah apa sahaja yang negatif, perbaikilah diri agar menjadi yang terbaik. Masa depan milik kita bersama.


al-fatihah

Belasungkawa buat seluruh keluarga allahyarhammah hajjah lela (bintulu) atas kembalinya beliau pada hari sabtu yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Belasungkawa juga buat seluruh kerabat allahyarham mok ismail haji duet atas pemergian beliau pada hari selasa yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, May 1, 2009

01 mei 2009

selamat hari pekerja 2009
semoga tahun ini tidak kita bermalas lagi
lipat gandakan usaha
tingkatkan produktiviti