Monday, May 25, 2009
25 MAY 2009
Gold
SMK St. Joseph, Kuching
Silver
SMK Chung Hua, MiriSMK St. Joseph, Miri
Bronze
SMK Green Road, Kuching SM Riam Road Middle School, Miri SMK Bintulu
Participartion Cert
SMK Tung Hua, SibuSMK Tiong Hin, Sibu
Best Percussion: St. Joseph, Miri
Best Color Guard: St. Joseph , Kuching
Best Drum Major: Riam Road Middle School, Miri
Best Preparation:Chung Hwa, Miri
Tok adalah result bagi Sarawak school marching band competition 2009. berlansung di sibu, pertandingan tahun tok (pada pemerhatian kamek) antara yang paling kompetitif sejak petama kali diadakan. Seperti biasa tiga band tonggak utama st joe kuching, chung hua miri, st joe miri berentap lagik dengan sengit tahun tok. Meskipun penguasaan 3 kuasa besar di Sarawak tok belum dapat dipecahkan, peningkatan pada band-band lain patut dilihat sebagai petanda yang positif. 3 band yang menerima bronze medal telah berjaya merapatkan jurang dengan 3 band kuasa besar.
St joe kuching sekali lagi membawa pulang kejuaraan untuk kali yang ke-8 sejak 2001. kejayaan manis kali tok datang dalam keadaan yang luar biasa. Persembahan yang menarik, bertenaga serta teratur. Formasi bertema ‘this is football’ memang menjadi. Susunan music yang bertepatan menjadi senjata ampuh untuk st joe merangkul kejuaraan tahun tok. Seperkara lagi yang sik dapat dinafikan adalah kecekapan dan skill tinggi para guards st joe tahun tok. Persembahan menghampiri sempurna di semua section. Diharapkan st joe akan mengukir kejayaan di peringkat nasional kelak.
Mengekori di belakang st joe adalah band chung hua miri. Dengan reputasi sebagai johan festival antarabangsa (bukan world champion), chung hua miri turun padang dengan keyakinan tinggi. Formasi yang bersih dan music yang dinamik. Pemilihan music yang agak malap@slow dirasakan kelemahan ketara band ini. Kecuali lagu pada formasi finale (Arabian night mun sik salah title nya), lagu-lagu lain seolah-olah menekan mereka ke bawah. Static music yang terlalu panjang juga memerangkap chung hua. Walaupun giya, pada kamek, chung hua layak menerima gold medal, tapi sebaliknya.
St joe miri. The best drumline in sarawak. Sik dapat dinafikan cidak adalah yang paling skill. Drumline yang bersih, cadence yang bertenaga dan marking@placing yang tepat. Namun begitu, formasi st joe miri masih biasa-biasa dan sikda ‘x-factor’ yang boleh mengangkat cidak. Music yang dimainkan juak masih biasa-biasa, dan ketara sekali mengulang susunan music vicc. Daripada 5 lagu, sik kurang daripada 3 adalah yang pernah dimainkan vicc.
Green road, bintulu dan riam road telah menunjukkan peningkatan tahun tok. Paling mengujakan adalah kemampuan riam road untuk bersaing dengan band lain. Mun maok dikira, cidak adalah yang paling junior. Mun diteruskan momentum tok, sik hairan mun 3 buah band tok pada masa depan akan molah 3 band utama pening kepala.
Secara keseluruhan, Sarawak patut berbangga kerana mempunyai banyak band berkualiti tinggi. Sik keterlaluan mun dipadah, peringkat negeri tahun tok sama panas dengan peringkat kebangsaan. Mun dihantar 3 – 4 band dari Sarawak, semuanya boleh compete di sinun. Kepada semua band, teruskan perjuangan dan jangan putus asa.
p/s st joe banyak supporters ariya, banyak parents datang dari kuching…. Ora et labora…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment