Friday, May 8, 2009

08 may 2008

Gawat. Gawat. Gawat.

Tercuit hati saya untuk menulis kali ini mengenai hidangan terbaru senario politik tanah air dewasa ini. Heboh dalam kebanyakan media masa hari ini memperkatakan tentang kegawatan terbaru ini. Seperti biasa, saya akan cuba mengupas perkara ini dari perspektif 3 pihak. Pemimpin, rakyat, media.

Pemimpin adalah golongan yang diangkat oleh rakyat untuk memimpin negeri dan Negara. Secara tidak lansung, pemimpin berada satu tahap di atas rakyat.pada tahap ini, mereka harus menjaga tatasusila agar tidak dicemari dengan unsur negatif. Pada pasca 8 mei ini, kepimpinan yang diangkat rakyat kini menunjukkan keupayaannya. Bukanlah keupayaan untuk mentadbir dengan cekap, tetapi keupayaan untuk menghuru-harakan keadaan. Pada saya, apabila seseorang itu diberi peluang untuk mengenakan pakaian rasmi (baju nombor 1), itu merupakan satu prestij yang tinggi serta datang bersama tanggungjawab yang berat. Disiplin, intergriti dan tatasusila si pemakai hendaklah terjamin daripada kecelaan. Akan tetapi, pada insiden terbaru ini realitinya amat menyedihkan. Beginikah pemimpin yang kita cari? Di mana perginya perjuangan demi rakyat? Di mana perginya keadilan untuk membela bangsa? Cuma yang terbukti kini adalah ketamakan dan kemaruk kuasa serta pangkat. Mungkin mereka yang kononnya bergelar wakil rakyat ini, perlu memuhasabahkan diri. Menilai baik buruk tindakan mereka selama ini. Apa yang berlaku kini tidak akan menguntungkan sesiapa juga, tidak kira di pihak pro mahupun kontra. Paling menyedihkan, yang tersepit adalah rakyat, menerima kesan negatif dari perkara ini. Politik gaya tuan guru diketepikan sama sekali, gaya politik celupar diadaptasi, gaya politik demonstrasi menjadi aspirasi dan gaya politik toleransi lansung tidak diingati. Api yang disemai ini semakin memakan dan memamah rakyat.

Rakyat adalah golongan umum. Umum inilah yang mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi pemimpin. 8 mei 2008, umum bersuara untuk memilih hala tuju baru. Bagaimana ini terjadi? Menurut pemahaman saya, ini merupakan protes daripada rakyat, demi suara mereka akan lebih kedengaran. Keduanya adalah kesan daripada api kebencian yang sengaja ditiup oleh sang gembala yang punya kepentingan sendiri. Ketiga adalah ketidak matangan rakyat dalam soal memilih pemimpin. Pertaruhan rakyat pada 8 mei itu adalah tinggi nilainya. Seharusnya, rakyat bertindak dengan lebih bijak, memilih mereka yang benar-benar berkaliber dan bertanggung jawab. Bukan sekadar untuk menukar angin kepimpinan semata-mata. Inilah masanya untuk rakyat membuka mata sebesar-besarnya, menginsafi dan tidak akan mengulanginya pada PRU yang akan datang. Aspirasi individual hendaklah ditolak sama sekali, sebaliknya aspirasi perjuangan demi rakyat hendaklah didokong sepenuhnya. Dalam pada itu, keihklasan peminpim juga harus dinilai seberat-beratnya dalam pada membuat pilihan.
Media. Saban hari kita dimomokkan dengan berita-berita yang saling bercanggah antara media. Di mana silapnya? Intergriti media kini semakin tercalar. Seharusnya media menjadi lidah kebenaran dan bukanlah tunggangan perjuangan sempit mana-mana pihak. Hendaklah diingat bahawa media merupakan sumber maklumat kepada rakyat. Maka, apa yang dihidangkan di dalam media secara tidak lansung membentuk pemikiran rakyat.

Kini, terserahlah kepada semua untuk bermuhasabah dan mempertingkatkan kualiti diri. Buangkanlah apa sahaja yang negatif, perbaikilah diri agar menjadi yang terbaik. Masa depan milik kita bersama.


2 comments:

  1. rakyat tersempit dgn kerenah politik murahan...
    suara rakyat suara paling besar..

    ReplyDelete
  2. suara rakyat dimanipulasi golongan berkepentingan... suara marhain tidak lagi tulen, tetapi diperalat oleh barisan politikus populis yang tamak dan rakus... jangan buta mata hati

    ReplyDelete