hari tok jumaat...
penghulu segala hari, hari yang dimuliakan dalam islam, hari untuk kita memuhasabahkan diri. kamek maok mengajak semua yang membaca tok untuk merenungi satu perkara. kezaliman kita terhadap alam kita tok.
tanpa kita sedar, dari hari ke hari semakin banyak pencabulan yang kita polah terhadap bumi kita tok. tangan-tangan kita yang menebang pokok-pokok untuk dijadikan modal perniagaan multi billion. tangan-tanagn kita yang membakar tumbuh-tumbuhan semula jadi demi alasan 'berbudi pada tanah'. tangan-tangan kita yang membuang sampah sarap, uras-uras kita semata-mata untuk memastikan kawasan rumah atau lingkungan kita beresi. masya-Allah...sebenarnya kita telah mencabul nikmat semulajadi yang Allah berik kepada kita.
dewasa tok manusia seolah-olah udah malas nak berfikir. membuat spekulasi melulu, membuat andaian yang sedap berperisa kontrevesi untuk didengar malah menunding jari kepada sesiapa sahaja yang layak untuk di tuduh. panas, suhu nait, air kotor, udara berdebu...tok la keluhan anak bumi tok dewasa kini.
bila jerebu, nganok urang negeri sebelah. bila panas, madah daripada kilang-kilang. air kotor, madah pihak berwajib sik bekerja. sik pernah ka terpikir bahawa segalanya bermula daripada kita sendirik?! tiba masa anak dunia untuk berhenti dan berfikir, memuhasabah diri dan kembali kepada tabii.tabii kita manusia untuk mengesakan Allah. apabila kita berpegang teguh kepada tali Allah, kiat akan menjadi manusia yang lebih sempurna dan tahu bersyukur.
orang yang beriman dan bersyukur tidak akan melakukan pencabulan terhadap kurniaan yang maha esa. orang beriman dan bersyukur akan sentiasa meletakkan sesuatu yang hak berada pada tempatnya. pembangunan dan perkembangan kehidupan kita tidak pernah salah. apa yang salah adalah kelemahan kita menguruskannya.
p/s jadilah hamba yang bersyukur...menjadi khalifah mentadbir dunia..
No comments:
Post a Comment