Friday, August 28, 2009

29 august 2009

sekadar coretan menjelangnya sambutan kemerdekaan malaysia..

seperti mana tema sambutan tahun ini, '1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', secara amnya merupakan saranan untuk kita bersatu dalam era kesusahan ekonomi, politik dan sosial yang sedang kita hadapi. disebalik nahtijah perpaduan dalam wadah '1malaysia', masih ramai yang bersikap sinikal terhadap retorik dan cogankata ini. kononnya strategi baru kerajaan untuk memenangi hati rakyat setelah kegagalan 8 mac 2008. ada juga yang beranggapan ini hanyalah satu usaha untuk mewujudkan satu kerajaan. nilai-nilai positif dalam '1malaysia ini sengaja atau tidak diperlekehkan.

'1malaysia' menganjurkan pewujudan bangsa malaysia yang bersatu-padu. rakyat malaysia terdiri daripada puluhan kaum etnik dengan pelbagai latar belakang sosio ekonomi. di sarawak sahaja misalannya, tidak kurang daripada 30 kaum etnik yang mana kebanyakannya adalah penduduk peribumi. berdasarkan konsep '1malaysia', kita di satukan menjadi bangsa malaysia atau lebih tepat sebagai orang malaysia. bukan ini menandakan satu penindasan atau penghapusan etnik, tetapi sebagai penyatuan kita semua. perlu dilihat secara positif, jika diadaptasi, jurang pemisah antara kita dapat dikurangkan.

jadi apabila ditanya pada anak melayu 'saya orang malaysia, berbangsa melayu'..
apabila ditanya pada anak cina 'saya orang malaysia, berbangsa cina'..
apabila ditanya pada anak iban 'saya orang malaysia berbangsa iban..
begitulah seterusnya...

berdasarkan konsep '1malaysia', rakyat dari pelbagai fahaman agama disatukan. mengadaptasi pelembagaan persekutuan yang menyebut agama islam sebagai agama rasmi, agama lain masih boleh dianut secara bebas. rasa hormat-menghormati sesama kita perlu ada dan sentiasa disemai dan dibesarkan. setiap daripada ajaran agama menganjurkan kita untuk hidup bersama secara aman dan tidak bermusuhan. konsep ini harus dihayati dengan sebaiknya demi muhibbah hidup kita di tanah merdeka ini.

berdasarkan konsep '1malaysia', tanpa mengira pegangan dan kepercayaan, kesejahteraan rakyat mesti kita utamakan. tidak terhad kepada mana-mana pihak, tetapi saranan ini meliputi semua 'orang malaysia'. marilah kita kurangkan perbalahan, banyakan permusyawarahan, ringkatkan permaufakatan kerana pada penghujungnya adalah ketetapan dan pilihan kita sendiri. kita boleh menjulang kejayaan jika itu yang kita pilih, kita juga boleh meratapi kegagalan jika itu yang kita pilih. buangkanlah kepentingan diri untuk kuasa dan nama, sisihkan kepentingan diri untuk pangkat dan darjat. berjuanlah dan berbaktilah demi rakyat, malaysia dan tanah merdeka ini. sesungguhnya kejujuran itu dibalas dengan kemulian, tetapi kebobrokan dan kejahatan akan dibalas dengan kemurkaan, kehinaan. mungkin tidak hari ini, tetapi di masa mendatang pasti mendapat balasan...


p/s buka mata, buka minda, kita anak merdeka


No comments:

Post a Comment