Thursday, October 14, 2010

15102010

hari tok akan ada pembentangan Bajet 2011 di parlimen. seperti biasa harapan rakyat adalah kenaikan bonus.. kenaikan gaji.. penurunan cukai.. apa sahaja 'outcome' nya akan kita dengar petang tok.

harapan kamek adalah biarlah bajet kali tok mesra rakyat, berkhemah dan memberikan faedah kepada semua rakyat. lebih banyak projek pembangunan untuk sabah dan sarawak. harapan kita di borneo tok besar, kita mahukan kesejahteraan melalui pembangunan.

selain mengharapkan peruntukan, kamek juak berharap agar apa yang terbaik daripada kerajaan akan kita terima dengan hati terbuka. jangan lah apabila kita tidak mendapat apa yang kita harapkan, kita terus menghukum dan menghentam. apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri (ie; kepercayaan, dedikasi dan cukai).

kepercayaan yang kita beri kepada pemerintah akan dikembalikan kepada kita secara kesejahteraan dan pembangunan. dedikasi semasa berkhidmat (bagi 'sivil servant' ajak, pekerja swata ndiat ajak) akan pasti dibalas dengan bonus dan imbuhan. jangan lah kita mintak pelbagai macam peruntukan dan imbuhan berlebih-lebih sedangkan ramai di antara kita sik bayar cukai.

apa-apa pun kita tunggu jak la apa 'outcome' daripada pembentangan petang tok.

No comments:

Post a Comment