Monday, November 22, 2010

23112010

22 nov 2010 adalah hari jadi mak kamek..

mak, selamat hari jadi. kamek dari jauh tok mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan kitak. semoga murah rezeki selalu dan terima kasih untuk segala-gala.

sayang ngan mak selalu..

Thursday, November 18, 2010

18112010

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar walillah ilham

alhamdulillah..
kita brtemu sekali lagik, dalam kehidupan kita di dunia tok, dengan aidiladha. perayaan yang kita sambut saban tahun dalam bulan zulhijjah. memperingati peristiwa besar pengorbanan nabi Ibrahim dan anakanda baginda nabi Ismail.

marilah kita sama-sama menghayati perjuangan dan pengorbanan. demi agama, bangsa dan negara. kita patut bersyukur dan bertuah kerana kita sik perlu berkorban nyawa pada saat tok. tetapi pengorbanan kita adalah signifikan dengan pengorbanan akal dan inovasi.

pengorbanan mencari serta memanfaatkan ilmu adalah sesuatu yang mulia, malah dituntut oleh agama. umat Islam sik boleh kalah dalam penguasaan ilmu pengatahuan yang sekian banyaknya. setelah menguasai, hendaklah diinovasikan serta diadaptasi dalam kehidupan seharian selagi tidak menyalahi syarak.

pengorbanan untuk bersatu, menghindar dari perbalahan sesama kita. demi mencapai keutuhan dan kekuatan ummah, kita dituntut untuk bersatu. saling tolak ansur dan faham-memahami antara kita, jauhi yang mungkar, amalkan yang ma'aruf. berfikirlah demi survival ummah, kekuatan Islam dan keharmonian dalam kepelbagaian manusia sejagat.


p/s selamat berjuang buat miezah yang menghadapi SPM. selamat maju jaya dan dipermudahkan segala. amin.

Wednesday, November 3, 2010

03102010



hand phone baru..
setelah gatal tangan untuk beberapa ketika, akhirnya kamek membeli juak hand phone baru. pengeluar: nokia; model: e5; komen: berbaloi harga.. mun nak encarik telefon untuk bekerja dan business, model tok la jawapannya.



demi memudahkan urusan kerja, membalas email dan sebagainya, model tok dipilih. memang sesuai fungsi, kerja kinektok tok lebih mudah. dengan keypad style blok, urusan taip-menaip menjadi lebih mudah. terdapat juak banyak shortcut pada keypad dan front screen display untuk model tok. sikm perlu tekoal-koal membuka sigek-sigek, dengan sekali tekan dah dapat sampei ke application yang kita kehendaki. bukak email, facebook, message malah internet adalah lebih mudah di telefon tok.


menyokong 2G (GSM), 3G dan 3.5G, asalkan ada line ajak, segalanya adalah pantas. cuma kurang telefon tok adalah tiadanya 'secondary camera', mun sik nang dah perfect benar..

p/s harga phone dah turun sebab sik ada tax agik, tapi kat kuching jak turun.. kat lain-lain tempat macam gik maseh rega sebelom 'budget 2011'