Thursday, November 18, 2010

18112010

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar walillah ilham

alhamdulillah..
kita brtemu sekali lagik, dalam kehidupan kita di dunia tok, dengan aidiladha. perayaan yang kita sambut saban tahun dalam bulan zulhijjah. memperingati peristiwa besar pengorbanan nabi Ibrahim dan anakanda baginda nabi Ismail.

marilah kita sama-sama menghayati perjuangan dan pengorbanan. demi agama, bangsa dan negara. kita patut bersyukur dan bertuah kerana kita sik perlu berkorban nyawa pada saat tok. tetapi pengorbanan kita adalah signifikan dengan pengorbanan akal dan inovasi.

pengorbanan mencari serta memanfaatkan ilmu adalah sesuatu yang mulia, malah dituntut oleh agama. umat Islam sik boleh kalah dalam penguasaan ilmu pengatahuan yang sekian banyaknya. setelah menguasai, hendaklah diinovasikan serta diadaptasi dalam kehidupan seharian selagi tidak menyalahi syarak.

pengorbanan untuk bersatu, menghindar dari perbalahan sesama kita. demi mencapai keutuhan dan kekuatan ummah, kita dituntut untuk bersatu. saling tolak ansur dan faham-memahami antara kita, jauhi yang mungkar, amalkan yang ma'aruf. berfikirlah demi survival ummah, kekuatan Islam dan keharmonian dalam kepelbagaian manusia sejagat.


p/s selamat berjuang buat miezah yang menghadapi SPM. selamat maju jaya dan dipermudahkan segala. amin.

No comments:

Post a Comment