Wednesday, February 11, 2009

skuad kenyalang

Matchday 3
Liga Perdana
Stadium Negeri
09 Februari 2009

Berbekalkan semangat untuk mencipta kemengan pertama dalam liga musim ini, Sarawak turun dengan barisan yang sama ketika menentang ATM di selayang. Felda United yang dibarisi oleh beberapa bekas pemain kebangsaan bermula baik apabila mendahului 0-1 di awal permainan. Sarawak yang melancarkan serangan balas, gagal menembusi kekebalan gawang Felda United. Id sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sarawak apabila gagal menyempurnakan tendangan penalty. Kegagalan itu benar-benar menyentak pasukan Sarawak. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-1. pada separuh masa kedua, Sarawak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan supersub Fred Merawat. Ketika hampir berkongsi mata, Felda United dihadiahkan sepakan penalty. Meskipun Aidil bermain cemerlang sepanjang perlawanan, beliau gagal menghalang Felda United untuk mendapat mata penuh. Kesudahannya Sarawak 1- Felda United 2. Bermain di bawah par, begitulah komen peminat terhadap persembahan Sarawak dalam perlawanan ini.

Seterusnya Sarawak akan bertemu T-Team di Kuching pada 13 Februari 2009.

10 februari 2009

POLITIK. Sepanjang minggu tok memang tok jak cerita di Malaysia. Dari Perak sampe ke Kedah. Dari cerita lompat parti sampe ke kesah YB ada ‘kendak’. Segalanya terarah ke PR, kegawatan politik PR sama hebatnya dengan kegawatan ekonomi. BN pada masa ini dilihat sebagai kurang adil kerana ‘merampas’ kuasa. Apapun yang terjadi, kini pemimpin PR sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan membuat pertimbangan. Kita di Malaysia memerlukan kepimpinana yang mampu memimpin dan pada masa yang sama menjadi ‘role model’ kepada rakyat. Tidak mengira kaum atau kepercayaan, seharusnya kepimpinan yang ada dalam Malaysia menjadi tauladan kepada rakyat, khususnya dalam nilai-nilai tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip asas seorang warga negara yng baik adalah lima prinsip di dalam Rukun Negara. Sebagai seorang pemimpin Malaysia yang baik, pemimpin haruslah menepati dan mengadaptasi prinsip ini. Kita ambil contoh parti-parti politik yang ada di Malaysia; BN (semua parti komponennya), PKR, PAS, DAP. Adakah parti-parti ini benar-benar tepat dalam mengadaptasi prinsip yang 5 ini? Perkara ini harus dinilai.

~BN ada masanya mempunyai segerombolan pemimpin yang korup. Namun begitu, seringkali juga BN akur terhadap undang-undang dan keputusan mahkamah. Pertikaian demi pertikaian lazimnya berakhir dengan muzakarah ataupun di mahkamah. Daripada 5 BN memenuhi 4.
~PKR mempunyai persamaan pandangan dengan BN dalam isu agama. Akan tetapi, umum mengetahui PKR ditubuhkan pada saat sokongan kepada DSAI menular di jalan-jalan Ibukota (perhimpunan haram). Malah kepimpinan PKR sering menggunakan pihak ketiga (individu mahupun media asing) dalam mendapat perhatian dan sokongan umum. Ternyata tindakan ini membuka pekong di dada dan memcacatkan reputasi negara di mata dunia. Daripada 5 PKR memenuhi 1.
~PAS merupakan parti politik bertemakan Islam. Akan tetapi, kredebiliti PAS ternyata terkikis dalam beberapa hal. Paling segar adalah tindakan penyokong parti ini di Perak. Kadang kala, tindak tanduk PAS lansung tidak menepati ciri-ciri islamic nya sendiri. Daripada 5 PAS memenuhi 1.
~DAP merupakan serpihan PAP. Umum mengetahui bagaimana PAP ini begitu lantang dan tidak menghormati kontrak sosial rakyat Malaysia. Meskipun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, prinsip mereka lansung jauh daripada pengertian dan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Malaysia ala DAP membelakangkan kontrak sosial. Daripada 5 DAP memenuhi 1.

Setuju atau tidak, tiada satu pun parti politik dalam Malaysia yang memenuhi 5 prinsip ini. Pemimpin dan rakyat harus kembali menilai perkara ini. Angin perubahan harus bertiup. Bertiup ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Dulu, kini dan selamanya...

Thursday, February 5, 2009

skuad kenyalang

perlawanan Piala FA
2nd leg 1st round

berlansung di stadium MPS, berbekal agregat 6 - 1, Sarawak bermula dengan yakin. coach RA menurunkan kesebelasan utama dengan Samihad Ahad menjadi penyerang utama. 1st half terikat 0-0 meskipun ada dua gol daripada Samihad yang offside dan JK terlepas satu penalti. gol Srawak muncul pada 2nd half melalui tendangan sudut Id dan disudahkan oleh Capt Fadli. gol kedua melalui Samihad setelah tendangan Zamri gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM. aidil bermain cemerlang, barisan pertahanan yamg mantap, tengah yang hidup... mun ekot komen cidak media.

syaday kenyalang!!!!!
next round kita akan melawan T-Team.

06 februari 2009

hari jumaat mendatang lagi. pagi tadik kamek terdiat visual video saudara-saudara kita di palestine. bergenang juak air mata kamek ngenang cidak. piluk rasa hati melihat kehancuran dunia macam ya. semua gara-gara ketamakan. ketamakan pada harta, pada kuasa, pada dunia. mudahan Allah memberkati mereka yang teraniaya dan melaknati para sombong serta hina. terdetik di hati, gitok la yang terjadi mun kita sik bersatu.

ketakutan di hati teng tiba muncul. beberapa hari tok, bibit-bibit perpecahan umat Malaysia muncul. atas dasar mahu berkuasa, sanggup mengkhianati kuasa rakyat. tunding-menunding, tuduh menuduh, seakan-akan retorik atas apa yang berlaku di Palestine.

sejak daripada 8 mac, DSAI ulang kali melaungkan akan ada paling tadah dari kem BN ke kem PR. 31 ogos, 16 september, 31 disember... terus-terusan DSAI melaungkan sokongan kepada yang mahu melompat parti. kemenangan-kemenangan PR di dalam 2 pilihanraya kecil (permatang pauh dan kuala terengganu) meyakinkan DSAI yang putrajaya semakin hampir dalam genggaman. negeri Perak menyaksikan seorang YB BN bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan DSAI. YAB MB Perak dengan tegas menyifatkan ini tindakan berperinsip. selang seminggu, satu lagi siri 'tindakan berperinsip' terjadi. kali ini terjadi berskala lebih besar sehingga menggadaikan majoriti dan kuasa kerajaan negeri milk PR. seperti diduga, DSAI dan seluruh pimpinan PR tersentap lalu menidakkan majoriti dan perkembanagan terbaru ini.

lucu. sudah semestinya (seperti di ketahui umum) DSAI juga mempunyai perancangan plot yang seumpama ini untuk PR, iaitu YB BN berpaling tadah dan menyertai kem beliau. akan tetapi impian indah beliau kini bertukar buruk, dan DSAI sekarang terpaksa bermati-matian menidakkan impiannya sendiri. walauapapun yang terjadi kini, keadaan politik malaysia pasti akan lebih celaru. paling ditakuti, rakyat akan beremosi dan selanjutnya akan mengakibatkan kejatuhan rakyat dan negara sendiri. nyata kini, pilihan kita pada 8 mac dahulu belum benar-benar matang. masih ramai YB yang dipilih tidak menepati standard sebagai pemimpin yang baik. nyata dan jelas. pemimpin yang tidak tetap pendirian, membohongi rakyat, membelakangkan undang-undang, menderhaka pada sultan, tidak menghormati kontrak sosial, tidak sensitif terhadap isu perkauman... YB sebeginikah yang kita mahu? tepuk dada tanya selera. sememangnya tsunami 8 mac membawa kemusnahan,tidak pun secara fisikal, tetapi terhadap pembangunan bangsa Malaysia tempiasnya tetap terasa.

lompat parti atau berpaling tadah ini bukan perkara baru, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sarawak, Sabah dan Kelantan pernah satu ketika kucar-kacir gara-gara kelakuan ini. mungkin seluruh kepimpinan BN, PR dan politikus di Malaysia, harus berfikir sejenak tentang perjuangan mereka. janganlah terlalu ghairah sehingga memakan diri. ibarat meludah ke langit, yang celakanya diri sendiri.

cuma tinggal harapan dan doa. mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk perdamaian. yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. semoga kita mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku. pilihan kita setiap lima tahun adalah serius. pilihan kita bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk bangsa, agama dan negara. bukan sekadar balas dendam atau kerana jalan dinaiki air setiap kali musim hujan.

Sunday, February 1, 2009

team kenyalang




1st leg FA CUP 1st round

1st win of the season, 1st win at home and the lads has made it so special. Against ATM, the Hornbill strike 6 and let loose 1. Gol-gol Sarawak disumbangkan oleh JK (3 goals), Kamri Hamlet (2 goals) ngan Zamri. Permainan yang menarik, pemain-pemain yang berbakat, strategi yang teratur… giya la bunyi report dari ultracrocs and media. Good luck Sarawak for the next match.




al-fatihah

Ajal dan maut, hidup dan mati, semua di tangan Tuhan. Kita yang hidup hanya dapat redha dan menginsafi setiap dari kematian yang kita temui. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Nya. Semoga ketabahan jadi peneman kepada Su Mas sekeluarga.

01 february 2009



GONG XI FA CAI (^^,)
Minggu yang panjang, cuti yang panjang, kegembiraan yang panjang.
Cuti panjang tok kamek ‘cuti-cuti malaysia’ ke miri. Niat hati nak ngabas NAdiA ngan nek Monten.

Antara activity kamek di miri adalah bershopping~ ehe padan juak urang brunei suka pegi miri. Shopping kompleks ngan barang-barang nya nang bagus-bagus. DVD muarh-murah, seluar style-style (rega murah juak) ngan baju kacak-kacak (pun murah juak) nang sik terlepas la...

Sempat juak la kamek ngan NAdiA ngabis masa dekat ‘miri crocodile farm’. Paduhal ada juak mini zoo kat ctok. Teringat zaman nemiak-nemiak dolok, salu bapak embak melawat zoo datuk noor tahir. Line up binatang cya adalah buaya, monyet, kancil, beruang ngan kucing hutan.


Bang Weng: binatang apa makan pisang?
Haris: munyet~


Pertama kali dalam hidup kamek merasa permainan yang namanya bowling. Suk juak duhal mainan tok. Walopun sik perfect main, ada juak la 3 kali strike, ngan banyak kali masok parit~ kelak mun ada balit kuching maok kamek embak cdak suma main bowling.

Tapi yang sedehnya sik sempat nak ngabas nek Monten. Kamek tepusin-pusin kat piasau jaya, datang makey jeraya depan, datang makey jeraya belakang. Ndak juak kamek nemu lorong 7. lain kali jak kamek try lagik, susah juak susun taman ya.

Last but not least, happy birthday to Danish Zaedi... happy birthday Dayangku Nabila binti Awang Habibullah... selamat panjang umo dan murah rejeki. Sikpun kamek berik prezen, tapi kamek berik doa pakei kitak... amin.