Wednesday, February 11, 2009

10 februari 2009

POLITIK. Sepanjang minggu tok memang tok jak cerita di Malaysia. Dari Perak sampe ke Kedah. Dari cerita lompat parti sampe ke kesah YB ada ‘kendak’. Segalanya terarah ke PR, kegawatan politik PR sama hebatnya dengan kegawatan ekonomi. BN pada masa ini dilihat sebagai kurang adil kerana ‘merampas’ kuasa. Apapun yang terjadi, kini pemimpin PR sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan membuat pertimbangan. Kita di Malaysia memerlukan kepimpinana yang mampu memimpin dan pada masa yang sama menjadi ‘role model’ kepada rakyat. Tidak mengira kaum atau kepercayaan, seharusnya kepimpinan yang ada dalam Malaysia menjadi tauladan kepada rakyat, khususnya dalam nilai-nilai tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip asas seorang warga negara yng baik adalah lima prinsip di dalam Rukun Negara. Sebagai seorang pemimpin Malaysia yang baik, pemimpin haruslah menepati dan mengadaptasi prinsip ini. Kita ambil contoh parti-parti politik yang ada di Malaysia; BN (semua parti komponennya), PKR, PAS, DAP. Adakah parti-parti ini benar-benar tepat dalam mengadaptasi prinsip yang 5 ini? Perkara ini harus dinilai.

~BN ada masanya mempunyai segerombolan pemimpin yang korup. Namun begitu, seringkali juga BN akur terhadap undang-undang dan keputusan mahkamah. Pertikaian demi pertikaian lazimnya berakhir dengan muzakarah ataupun di mahkamah. Daripada 5 BN memenuhi 4.
~PKR mempunyai persamaan pandangan dengan BN dalam isu agama. Akan tetapi, umum mengetahui PKR ditubuhkan pada saat sokongan kepada DSAI menular di jalan-jalan Ibukota (perhimpunan haram). Malah kepimpinan PKR sering menggunakan pihak ketiga (individu mahupun media asing) dalam mendapat perhatian dan sokongan umum. Ternyata tindakan ini membuka pekong di dada dan memcacatkan reputasi negara di mata dunia. Daripada 5 PKR memenuhi 1.
~PAS merupakan parti politik bertemakan Islam. Akan tetapi, kredebiliti PAS ternyata terkikis dalam beberapa hal. Paling segar adalah tindakan penyokong parti ini di Perak. Kadang kala, tindak tanduk PAS lansung tidak menepati ciri-ciri islamic nya sendiri. Daripada 5 PAS memenuhi 1.
~DAP merupakan serpihan PAP. Umum mengetahui bagaimana PAP ini begitu lantang dan tidak menghormati kontrak sosial rakyat Malaysia. Meskipun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, prinsip mereka lansung jauh daripada pengertian dan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Malaysia ala DAP membelakangkan kontrak sosial. Daripada 5 DAP memenuhi 1.

Setuju atau tidak, tiada satu pun parti politik dalam Malaysia yang memenuhi 5 prinsip ini. Pemimpin dan rakyat harus kembali menilai perkara ini. Angin perubahan harus bertiup. Bertiup ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Dulu, kini dan selamanya...

No comments:

Post a Comment