hari jumaat mendatang lagi. pagi tadik kamek terdiat visual video saudara-saudara kita di palestine. bergenang juak air mata kamek ngenang cidak. piluk rasa hati melihat kehancuran dunia macam ya. semua gara-gara ketamakan. ketamakan pada harta, pada kuasa, pada dunia. mudahan Allah memberkati mereka yang teraniaya dan melaknati para sombong serta hina. terdetik di hati, gitok la yang terjadi mun kita sik bersatu.
ketakutan di hati teng tiba muncul. beberapa hari tok, bibit-bibit perpecahan umat Malaysia muncul. atas dasar mahu berkuasa, sanggup mengkhianati kuasa rakyat. tunding-menunding, tuduh menuduh, seakan-akan retorik atas apa yang berlaku di Palestine.
sejak daripada 8 mac, DSAI ulang kali melaungkan akan ada paling tadah dari kem BN ke kem PR. 31 ogos, 16 september, 31 disember... terus-terusan DSAI melaungkan sokongan kepada yang mahu melompat parti. kemenangan-kemenangan PR di dalam 2 pilihanraya kecil (permatang pauh dan kuala terengganu) meyakinkan DSAI yang putrajaya semakin hampir dalam genggaman. negeri Perak menyaksikan seorang YB BN bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan DSAI. YAB MB Perak dengan tegas menyifatkan ini tindakan berperinsip. selang seminggu, satu lagi siri 'tindakan berperinsip' terjadi. kali ini terjadi berskala lebih besar sehingga menggadaikan majoriti dan kuasa kerajaan negeri milk PR. seperti diduga, DSAI dan seluruh pimpinan PR tersentap lalu menidakkan majoriti dan perkembanagan terbaru ini.
lucu. sudah semestinya (seperti di ketahui umum) DSAI juga mempunyai perancangan plot yang seumpama ini untuk PR, iaitu YB BN berpaling tadah dan menyertai kem beliau. akan tetapi impian indah beliau kini bertukar buruk, dan DSAI sekarang terpaksa bermati-matian menidakkan impiannya sendiri. walauapapun yang terjadi kini, keadaan politik malaysia pasti akan lebih celaru. paling ditakuti, rakyat akan beremosi dan selanjutnya akan mengakibatkan kejatuhan rakyat dan negara sendiri. nyata kini, pilihan kita pada 8 mac dahulu belum benar-benar matang. masih ramai YB yang dipilih tidak menepati standard sebagai pemimpin yang baik. nyata dan jelas. pemimpin yang tidak tetap pendirian, membohongi rakyat, membelakangkan undang-undang, menderhaka pada sultan, tidak menghormati kontrak sosial, tidak sensitif terhadap isu perkauman... YB sebeginikah yang kita mahu? tepuk dada tanya selera. sememangnya tsunami 8 mac membawa kemusnahan,tidak pun secara fisikal, tetapi terhadap pembangunan bangsa Malaysia tempiasnya tetap terasa.
lompat parti atau berpaling tadah ini bukan perkara baru, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sarawak, Sabah dan Kelantan pernah satu ketika kucar-kacir gara-gara kelakuan ini. mungkin seluruh kepimpinan BN, PR dan politikus di Malaysia, harus berfikir sejenak tentang perjuangan mereka. janganlah terlalu ghairah sehingga memakan diri. ibarat meludah ke langit, yang celakanya diri sendiri.
cuma tinggal harapan dan doa. mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk perdamaian. yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. semoga kita mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku. pilihan kita setiap lima tahun adalah serius. pilihan kita bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk bangsa, agama dan negara. bukan sekadar balas dendam atau kerana jalan dinaiki air setiap kali musim hujan.
No comments:
Post a Comment