Thursday, May 19, 2011
20110519
setelah sekian lama.. terjangkit dengan blog chedet.. baruk tok la dapat dibukak.. kira bukak buku baru juak la.. ehe (^^,)
Friday, March 11, 2011
12032011

masya Allah...
bumi dilanda gempa lagik.. 8.8 ricter scale.. kat pulau Jepun..
bukan setakat gempa, tetapi sekali kombo dengan tsunami..
tok dah jam 0045 dan kamek belom tido-tido lagik..
bingong.. resah..
cun keluar dalam berita tv1, 'tiada ancaman tsunami untuk pantai malaysia'..
alhamdulillah.. tenang sikit hati.. mudahan dapat tido nyenyak selepas tok.. esok nak bangun awal lagik.. ada kerja di lab..
so, angkat kaki dolok.. nak nait atas hamparan peraduan tok..
-our thought and hearts for people of japan.. be strong..-
Tuesday, February 1, 2011
20110201
lamak udah sik merasa perasaan macam tok...
lamak udah sik meraikan kemenangan macam tok..
perasaan apa? kemenangan apa?
stadium negeri, batu kawan, pulau pinang;
pulau pinang menerima kunjungan sarawak untuk perlawanan pembuka tirai liga primier 2011. sarawak sudah 3 tahun bermain di liga primier, manakala pulau pinang baru sahaja diturunkan dari liga super untuk musim ini. perlawanan yang pada mulanya dianggap sukar kerana sarawak tidak mempunyai sejarah yang baik untuk perlawanan pembuka musim. tepat 1645 hrs perlawanan dimulakan...
tamat 90 minit perlawanana.. pulau pinang 0 - sarawak 4.. Ngap Sayot!!!! sarawak memulakannya dengan langkah kanan.. gol-gol sarawak disumbangkan oleh wong sai kong, bobby gonzalez, zamri morshidi dan mazwandi zakaria. alhamdulillah.. mudah-mudahan skuad ngap sayot akan kekal cemerlang sehingga ke penghujung musim. selamat menempuh kemenangan dan kejayaan (^^,)
p/s ngap sayot!
Thursday, January 27, 2011
27012011
al-fatihah
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhummah nek Mot.
semoga di tempatkan bersama orang-orang beriman dan masuk jannah.
hari tok kamek akan menulis agak sedikit lain dari kebiasaan. hari tok kamek maok quote dari blog http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/01/kaum-melayu-singapura.html . sekadar untuk renungan dan fikiran kita bersama.
apa yang dituliskan oleh Dr.M adalah benar belaka. sekadar untuk membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya terjadi. setiap daripada muncul peristiwa, mesti ada kesah lain di sebaliknya. maka, kita selaku khalayak yang peka haruslah berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.
seram bila membaca points Dr.M dalam ya. mintak jauhlah bumiputera kita daripada musibah macam ya. di sebalik gah nama temasik, ada terselindung helah orang lain untuk memporak-perandakan kita.
kamek menyeru, bukalah mata dan hati kita luas-luas. marilah berfikir dengan akal, bukan dengan amarah. kita selalu disempitkan dengan pemikiran yang prejudis dan kritis. sudah tiba masa kita untuk berfikir positif dan lebih ilmiah.
dari komen yang diberik oleh pembaca, ternyata masih banyak yang tidak mahu berfikir dalam-dalam, tetapi lebih selesa menyerlahkan kecetekan pemikiran sidaknya. sayang sekali, kita tok nang jarang-jarang menggunakan potensi pemikiran kita ke arah yang lebih sihat serta dinamis.
p/s dalam sedap ada sakitnya, dalam lazat ada pahitnya.. mungkin dah adat hidup barangkali..
Sunday, January 9, 2011
10012011
selamat tahun baru 2011
bermula episod 2011.. semoga tahun tok kita akan lebih cemerlang dan bagus daripada tahun ya tek.
apa yang panas tahun 2011? sudah pastinya jawapan adalah satu.. pilihanraya.. tahun tok kita akan ada pilihanraya negeri dan umum (mungkin
). dah bermula kempen-kempen dan ceramah-ceramah propaganda dari bakal-bakal YB kita. diharapkan kita rakyat jangan terpengaruh dengan idea-idea populis sehingga mengenepikan kewarasan dan fakta. semoga kita rakyat akan terus dapat berfikir dan menilai dengan telus setiap episod dan peristiwa yang akan kita tempuh dalam 2011 tok.
2011 adalah tahun harapan untuk bolasepak sarawak angkat balit. setelah sekian lamak kita nunggu untuk keluar dari kepompong kelompok bawahan, tiba masa kita bangkit ke atas lagik (ehe, harapan tetiap tahun tok). semoga semangat piala AFF Malaysia bertempias kepada pasukan sarawak.
2011 mudah-mudahn menjadi tahun yang membawa rezeki yang murah kepada kita semua. semoga kita semakin kuat berusaha dan berjaya.. insya Allah..
Monday, November 22, 2010
23112010
22 nov 2010 adalah hari jadi mak kamek..
mak, selamat hari jadi. kamek dari jauh tok mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan kitak. semoga murah rezeki selalu dan terima kasih untuk segala-gala.
sayang ngan mak selalu..
Thursday, November 18, 2010
18112010
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar walillah ilham
alhamdulillah..
kita brtemu sekali lagik, dalam kehidupan kita di dunia tok, dengan aidiladha. perayaan yang kita sambut saban tahun dalam bulan zulhijjah. memperingati peristiwa besar pengorbanan nabi Ibrahim dan anakanda baginda nabi Ismail.
marilah kita sama-sama menghayati perjuangan dan pengorbanan. demi agama, bangsa dan negara. kita patut bersyukur dan bertuah kerana kita sik perlu berkorban nyawa pada saat tok. tetapi pengorbanan kita adalah signifikan dengan pengorbanan akal dan inovasi.
pengorbanan mencari serta memanfaatkan ilmu adalah sesuatu yang mulia, malah dituntut oleh agama. umat Islam sik boleh kalah dalam penguasaan ilmu pengatahuan yang sekian banyaknya. setelah menguasai, hendaklah diinovasikan serta diadaptasi dalam kehidupan seharian selagi tidak menyalahi syarak.
pengorbanan untuk bersatu, menghindar dari perbalahan sesama kita. demi mencapai keutuhan dan kekuatan ummah, kita dituntut untuk bersatu. saling tolak ansur dan faham-memahami antara kita, jauhi yang mungkar, amalkan yang ma'aruf. berfikirlah demi survival ummah, kekuatan Islam dan keharmonian dalam kepelbagaian manusia sejagat.
p/s selamat berjuang buat miezah yang menghadapi SPM. selamat maju jaya dan dipermudahkan segala. amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)