Sunday, January 9, 2011

10012011



assalamualaikum

selamat tahun baru 2011

bermula episod 2011.. semoga tahun tok kita akan lebih cemerlang dan bagus daripada tahun ya tek.

apa yang panas tahun 2011? sudah pastinya jawapan adalah satu.. pilihanraya.. tahun tok kita akan ada pilihanraya negeri dan umum (mungkin
). dah bermula kempen-kempen dan ceramah-ceramah propaganda dari bakal-bakal YB kita. diharapkan kita rakyat jangan terpengaruh dengan idea-idea populis sehingga mengenepikan kewarasan dan fakta. semoga kita rakyat akan terus dapat berfikir dan menilai dengan telus setiap episod dan peristiwa yang akan kita tempuh dalam 2011 tok.
2011 adalah tahun harapan untuk bolasepak sarawak angkat balit. setelah sekian lamak kita nunggu untuk keluar dari kepompong kelompok bawahan, tiba masa kita bangkit ke atas lagik (ehe, harapan tetiap tahun tok). semoga semangat piala AFF Malaysia bertempias kepada pasukan sarawak.

2011 mudah-mudahn menjadi tahun yang membawa rezeki yang murah kepada kita semua. semoga kita semakin kuat berusaha dan berjaya.. insya Allah..

Monday, November 22, 2010

23112010

22 nov 2010 adalah hari jadi mak kamek..

mak, selamat hari jadi. kamek dari jauh tok mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan kitak. semoga murah rezeki selalu dan terima kasih untuk segala-gala.

sayang ngan mak selalu..

Thursday, November 18, 2010

18112010

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar walillah ilham

alhamdulillah..
kita brtemu sekali lagik, dalam kehidupan kita di dunia tok, dengan aidiladha. perayaan yang kita sambut saban tahun dalam bulan zulhijjah. memperingati peristiwa besar pengorbanan nabi Ibrahim dan anakanda baginda nabi Ismail.

marilah kita sama-sama menghayati perjuangan dan pengorbanan. demi agama, bangsa dan negara. kita patut bersyukur dan bertuah kerana kita sik perlu berkorban nyawa pada saat tok. tetapi pengorbanan kita adalah signifikan dengan pengorbanan akal dan inovasi.

pengorbanan mencari serta memanfaatkan ilmu adalah sesuatu yang mulia, malah dituntut oleh agama. umat Islam sik boleh kalah dalam penguasaan ilmu pengatahuan yang sekian banyaknya. setelah menguasai, hendaklah diinovasikan serta diadaptasi dalam kehidupan seharian selagi tidak menyalahi syarak.

pengorbanan untuk bersatu, menghindar dari perbalahan sesama kita. demi mencapai keutuhan dan kekuatan ummah, kita dituntut untuk bersatu. saling tolak ansur dan faham-memahami antara kita, jauhi yang mungkar, amalkan yang ma'aruf. berfikirlah demi survival ummah, kekuatan Islam dan keharmonian dalam kepelbagaian manusia sejagat.


p/s selamat berjuang buat miezah yang menghadapi SPM. selamat maju jaya dan dipermudahkan segala. amin.

Wednesday, November 3, 2010

03102010



hand phone baru..
setelah gatal tangan untuk beberapa ketika, akhirnya kamek membeli juak hand phone baru. pengeluar: nokia; model: e5; komen: berbaloi harga.. mun nak encarik telefon untuk bekerja dan business, model tok la jawapannya.



demi memudahkan urusan kerja, membalas email dan sebagainya, model tok dipilih. memang sesuai fungsi, kerja kinektok tok lebih mudah. dengan keypad style blok, urusan taip-menaip menjadi lebih mudah. terdapat juak banyak shortcut pada keypad dan front screen display untuk model tok. sikm perlu tekoal-koal membuka sigek-sigek, dengan sekali tekan dah dapat sampei ke application yang kita kehendaki. bukak email, facebook, message malah internet adalah lebih mudah di telefon tok.


menyokong 2G (GSM), 3G dan 3.5G, asalkan ada line ajak, segalanya adalah pantas. cuma kurang telefon tok adalah tiadanya 'secondary camera', mun sik nang dah perfect benar..

p/s harga phone dah turun sebab sik ada tax agik, tapi kat kuching jak turun.. kat lain-lain tempat macam gik maseh rega sebelom 'budget 2011'

Thursday, October 28, 2010

21102010

give and take

Perkara tok dah lamak jadi amalan kita, cuma tenggelam-tenggelam timbul jak. Sebagai seorang melayu muslim, sikap bertolak ansur tok memang dah menjadi darah daging serta tabii yang sebenar.

Sebagai seorang muslim, bertolak ansur adalah sebahagian daripada kesabaran. Manakala sabar itu sebahagian daripada iman. Secara tidak lansung kita juga dapat mencerminkan sifat sebenar seorang muslim dan memancarkan keindahan islam itu sendiri.

Give and take ini juga bukanlah maksudnya mengalah, tetapi bersikap rasional. Kita mestilah berpegang pada prinsip dan hak diri (dalam konteks islam, syarak dan perlembagaan) pada masa yang sama perlu rasional. Penyelesaian yang dicapai melalui amarah dan kebencian pasti bukan terbaik. Nah, tok sik akan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

17102010

Perjalanan dari bintulu menuju miri pagi tok diseliputi kabus hampir separuh perjalanan. Jadi hari tok, 'confirm' la panas sepanjang hari. Sekali lagik pemikiran tentang 'global warming' menggamit hati. Takut dan seram pun ada.. Sik terbayang giney cuaca dunia tok di masa depan.

Malam tadik entah kenak, kenangan bersama bapak datang.. Terselap guro-guro, cerita-cerita nya.. Sik tauk ngan bapak urang lain, mun bapak kamek nya suka bercerita sebelom kamek urang tido.. Adoh, rindunya.

Saturday, October 16, 2010

16102010

bajet 2011.. isu panas hari tok.. antara highlight nya adalah
* skim pencen untuk pekerja swasta
* penyalarasan cuti bersalin
* bantuan untuk pembelian rumah pertama
* imbuhan kakitangan swasta
* pemotongan cukai ke atas beberapa barangan popular

bukan ajak kakitangan kerajaan dapat manfaat kali tok, pekerja sektor swasta pun dapat oleh juak. terima kasih la kepada kerajaan atas peruntukan bajet kali tok..

sik abis kelaka hal duit, hari marek myvi kamek kenak batok. 'kok kok kok' jak bunyi nya. sik maok sakit melarat, kamek pun embak pergi jumpa 'doktor'. setelah di'check' rupa-rupa tek nya empun 'arm holder' nya dah longgar. terus ditukar duak-duak belah. udah ya nemu lagik 'brake pad' dah haus menipis. berganti juak la jawab nya. at the end of day, terpaksa kamek berbelanja rm268 untuk semua sekali. apa boleh buat.. demi keselamatan dan keselesaan 'driving'.


p/s: dirgahayu TYT untuk kali ke 89.