Tuesday, March 17, 2009

17 march 2009



sebuah karya yang mahsyur dari seorang pujangga tersohor indonesia. berita kepada kawan. sebuah karya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam pada setiap rangkap dan bait-bait lagunya. memang kamek minat lagu tok sejak dolok lagik. masa gik kecik dolok kamek suka part 'ho..ho..ho..' (^^,)bila dah angkat bujang cikit, kamek mula mengerti dan paham apa maksud tersirat lagu tok.

dari ciya kita nampak yang ilmu datang pada kita dalam pelbagai cara. ada cara yang dapat kita terimak, ada cara yang nang sik ngam dengan kita, ada juak masa nya datang dalam kita sik sedar. (^^,)anyway kita layan jak lagu tok. best wo~

skuad kenyalang

Matchday 6

Liga perdana 2009
Lawan pkns

Perlawanan away yang menyaksikan Sarawak terus ditekan ke dasar liga. 90 minit perlawanan pkns 1 – Sarawak 0.

Monday, March 16, 2009

re: 16 march 2009


jurney kamek start di tepi pantei, nunggu gugurnya matahari. kesayuan awan petang bersama hembusan bayu laut china selatan. sangat menyenangkan.
mula masuk lambir national park, denai hutan membawak kamek menuju jambatan gantung. latar belakang air terjun kecil yang cantik.
deruman air terjun menyapa kedatangan kamek duak. sempat begambar begayut (^^,)ehe
satu kawasan yang cantik. susunan nya yang semula jadi cukup mengagumkan. bayangkan ajak kuasa tuhan, menciptakan alam yang indah untuk kita. ehe, kamek duak sampei saruk, ingatkan tok waterfall nya, paduhal ada lagik ke depan. perjalanan diteruskan..
sampei kat waterfall yang pertama, udah rami paduhal urang ciya. ranger forestry sedia bertugas menjaga pengunjung-pengunjung ciya. pemandangan yang indah. mun sik cayak, pandang belakang~
setengah jam kamek duak kat waterfall pertama. berehat sambil minum aik mineral (kamek duak sik embak bekal) dan menghirup udara segar. lepas bergambar 3-4 snap, kamek angkat beg lalu beredar menuju waterfall ke-2. jam masa ya udah pukul 1130 pagi
perjalanan ke waterfall ke-2 lebih panjang dan mencabar. dari denai rata kamek duak nait dan turun bukit. banyak spesies pokok yang dapat ditemu, semua besar-besar. cahaya yang telus dari celah-celah daun memberi kesan pengcahayaan yang unik. giya juak akar-akar pokok yang membentuk tanggak semulajadi masa kamek nait dan turun bukit. (^^,)kamek duak sempat belajar cara mengadaptasi graviti. ehe, akhirnya kamek duak sampe kat 2nd waterfall. cantik gilak, puas mata memandang.
kepak juak bejalan, tapi terbalas dengan keindahan alam. rasa macam dalam gambar/tv jak masa ya. padan juak banyak tourist pegi citok. dalam suk-suk ya ada juak terasa gelik. bukan apa gelik, on da way ke ciya kamek duak ada nemu lintah yang pandey melompat. spesies tok ada kat area kita jak. ada sikok ngagak kasut NAdiA, nasib hero ada (^^,)
mun maok tauk, aik citok sejok bena. very refreashing. mula-mula memang maok ajak kamek berendam di ciya, tapi sikpa jak. dapat bepungas pun jadi la~ udah puas rilek, puas melihat alam, puas bergambar, kamek duak pun bergerak balit. unfortunately hujan lebat masa kamek duak balit. tapi sikpa it is part of the adventure (^^,)
ps cuti-cuti malaysia, anda pasti suka (^^,)ehe

skuad kenyalang

Matchday 5

Liga Perdana 2009
Std Negeri, Petra Jaya
Lawan T-Team

Sekali lagi misi mencari kemenangan sulung Sarawak menemui jalan buntu. Sekali lagi, Sarawak tewas kepada pasukan t-team untuk kali ke-3 musim ini. 45 minit pertama sudah cukup untuk menghukum Sarawak apabila dibolosi lawan 3 kali. Menurunkan ramai pemain muda yang masih mentah, Sarawak kelihatan sangat lesu di separuh masa pertama. Kesudahannya Sarawak kekal gigit jari, kekal mengidam kemenangan yang tidak kunjung datang.

16 march 2009

Such a good, green and happy weekend for me. (^^,)spending my time with NAdiA and have a good time together.

Hujung minggu tek kamek ngan NAdiA pegi national park. Melawat dan melihat flora fauna kita. My only word to describe our activities… BEST. Dalam suasana alam semulajadi yang menyegarkan, kamek duak berehat di tepi air terjun yang cantik. layap jak kamek duak nangga alam semula jadi, salu nangga hutan batu jak, kali tok dapat nangga hutan betol-betol. (^^,)nait jambatan gantung, bejalan atas denai, turun nait bukit. Nang sehat la aktiviti kamek minggu tok. At first cuaca memeng tip top la, tapi toward the end tang ada jak hujan. Ehe, jadi anak tikus kamek duak sejok. Nasib la kamek ada embak baju spare, boleh juak kamek duak bersalin.

The day before, kamek pegi nangga sunset kat pantei. Masa ya la teringin gilak kamek maok ambik gambar. I wish I have an SLR of my own (uyot mesti tetak baca tok). Ada banyak potensi untuk shoot-shoot yang cantik. tapi apa boleh buat, udah kita sik berisik, nelan aik liyo jak~ Untuk melepas geram, kamek ambik gambar makey handphone jak la (^^,).

Malam minggu ya tek, sedang kamek ngan NAdiA nyaman-nyaman meratah ‘udang aruk garam’ tang ada jak muka yang dah lamak sik didiat muncul. ujang@noor nasriq. Tang ada jak muka urang tok datang ngagak meja kamek duak, nasib kamek sik tersembor terkejut. masih jenaka macam dolok, ujang tetap kawan keras kamek, just like during our days at chermai. Lalu panjang cerita kamek urang malam ya. Masing-masing dah ada kehidupan sendirik. Dah ada haluan sendirik. Suk juak la kamek nenga cerita geng-geng lamak dolok. selain ujang, ada juak kamek bertemu leni malam ya. Berseri-seri jak muka kawan sorang tok, al-maklum dah nak nait pelamin dengan haizal. Ehe.

Aritok, satu sejarah telah dilakar di pulau borneo. Di istana darul iman, Bandar seri begawan, Brunei Darussalam, perjanjian yang sangat penting telah dimetrai. Sejak dari kemasukan limbang bersama dalam wilayah Sarawak, Brunei tidak pernah menggugurkan tuntutan terhadap limbang. Tetapi hari ini, limbang akan terus berada bersama Sarawak. brunei telah bersetuju untuk menggugurkan tuntutan mereka terhadap wilayah limbang. Mudah-mudahan dengan perkembangan ini, limbang akan mendapat pembangunan yang lebih dan kemakmuran berpanjangan. limbang maju dalam sarawak, sarawak maju dalam malaysia.

Thursday, March 12, 2009

12 march 2009

such a great weekend i had this week. memenatkan, menyeronokkan, menyenangkan.

memang penat perjalanan dari bintulu ke kuching (balit ke bintulu pun sama) mun travelling makey darat. tapi sik apa, kepenatan ya ada olehannya. memang penat kamek ngerja katering (^^,)al-maklom dah lamak sik megang kerja giya. tapi sik apa, asal hati puas.

menyeronokkan, walopun kamek di rumah cuma 3 hari, tapi kamek berpeluang berjumpa dengan sebahagian besar keluarga kamek. palin seronok dapat bersama keluarga tercinta. mak ngan bapak, aerol munik uyot mizah baby. dah lamak gilak rasanya kamek sik merasa berda di rumah. seronok juak dapat bermain dengan haris yang makin lamak makin ceredit.

menyenangkan apabila dapat keluar dari kepompong kerja sekejap. bebas sikit minda kamek daripada masalah kerja. paling senang bila dapat ncium tangan mak bapak. lebih senang dapat bermain bersama semua dik beradik.

minjam gambar dari blog uyot. ada muka haris nyelit ciya. ehe, banyak komen madah muka kamek montel... montel ka? ehe

Sunday, March 8, 2009

09 february 2009

hari tok 12 rabiul awal 1430. hari tok kita memperingati kelahiran rasul junjungan kita. semoga sambutan tahun tok kita akan dapat memuhasabahkan diri dan kembali kepada jalan yang benar, jalan yang di rintiskan oleh Rasulullah SAW.

i spend my day with my family today. haris pun ada juak join kemek aritok. sayang sekali sik sempat maok embak cidak main bowling. hujung minggu tok nak penuh schedule kemek urang katering. sik menang tangan juak la.

aritok juak kamek akan berangkat pulang ke bintulu. start esok kerja, kerja, kerja.

06 february 2009

Kamek balit kuching petang tok (^^,) windok ati~

Ari dolok ada kes angus kat kampong sungei bedil, belom tauk gik apa tegal, kelak balit tok kamek maok nyiasat. Tapi kawasan ya memang merbahaya bila ada berlaku kebakaran. Kawasan yang padat ngan rumah yang rapat-rapat. Kesian juak la dengan cidak mangsa ya.

Arimarek juak kamek mendengar satu berita gembira. Mat haris akan ada adik baru. Suka ada jak nya becerita kat kamek, madah diriknya ada dedek baru. Baby gurl kata mak, tapi masih di sepetar sebab masih premature. Kamek bedoa mudahan baby ya selamat dan cepat sihat. Lepas tok ada geng la untuk main dengan mat haris.

Barangkali sembahyang jumaat hari tok antara yang paling nostalgic untuk kamek. Khatib bertugas hari tok adalah ustaz nahrawi abdul rahman. (^^,) lamak udah rasa nya sik nenga suara dan berimam dengan urang tua tok. Rasa di kuching jak sembahyang jumaat kali tok.


p/s selalu terikut-ikut suara ustaz nahrawi.

Thursday, March 5, 2009

Sehari lagik tinggal menjelang hujung minggu. Sik sabar rasanya kamek menunggu hujung minggu tok. Kamek akan menghabiskan hujung minggu tok di rumah. Home sweet home. Di kuching, kamek bercadang nak menghabiskan masa bersama keluarga, adik-adik dan geng-geng keras. (^^,)sik sabar rasanya~

Sudah pasti minggu tok adalah antara yang paling meriah. Hujung minggu banyak tempahan urang nikah termasuk cousin kamek, intan. Lepas ya ada lagik sambutan maulidur rasul di surau-surau dan masjid-masjid. Tahun tok sambutan peringkat negeri dipolah di bintulu. Sayang sekali kamek tek pulang kuching, lalu sik nemu la urang rami di bintulu tok.

Rasulullah S.A.W dilahirkan di Mekah tanggal 12 rabiul awal tahun gajah. Kelahiran Baginda merupakan rahmat yang sangat besar dan tidak terhingga kepada seluruh umat manusia. Kelahiran Rasul akhir zaman ini, membawa bersama rahmat ISLAM, agama yang suci, mulia dan paling sempurna. Baginda dilahirkan sebagai seorang role model kepada seluruh umat manusia. Baginda mengajar kita sahsiah dan akhlak kehidupan yang terbaik. Baginda mendidik kita agar mentauhidkan Allah, tuhan semesta alam.

Bersempena dengan kedatangan tarikh keramat ini, marilah kita bersama memuhasabahkan diri. Kita selusuri kembali sirah Baginda, kita ingati kembali seruan Baginda, kita ikuti segala sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita. Perkara ini perlu, kerana dalam suasana kita pada hari ini, perlulah kita kembali kepada hakiki kehidupan kita sebagai seorang insan yang lemah. Pengamatan terhadap perkara-perkara yang berkitar di sekeliling kita, jelas sekali menunjukkan yang kita telah jauh menyimpang daripada landasan yang sebenar. Kecelaruan dalam pemikiran dangkal di seluruh dunia (termasuk yang ada di Malaysia tok) telah berakar umbi daripada penyimpangan ini.

Anjakan paradigma, itulah yang paling perlu. Mungkin (tetapi pada saya satu kepastian) apabila kita kembali lagi kepada landasan yang sebenar, segala kecelaruan ini akan terurai.


p/s kamek sik suka dengan orang sombong yang saling bergaduhan. Tetapi kamek lebih sik suka dengan orang sombong yang suka mencari gaduh.

skuad kenyalang

2nd leg FA cup 2nd round
Stadium negeri, petra jaya.

Sarawak di tunjukkan jalan keluar oleh pasukan kelab, t-team apabila tewas 1-2. Sarawak dikerah bermain melawan pasukan t-team yang menurunkan 12 orang pemain (termasuk pengadil) sejak dari seawall minit pertama lagi. Pada separuh masa kedua, keadaan bertambah parah apabila Sarawak kehilangan seorang pemain pertahanan yang dilayangkan kad merah. Perlawanan yang jelas berat sebelah menyekat Sarawak daripada mara ke peringkat seterusnya.

Sunday, March 1, 2009

01 march 2009

seminggu tanpa berita, yang ada cuma gago atas air (atas kapal) jak.
udah masok bulan 3, nang sik berasa masa berlalu. maybe kerana terlalu kensentret dengan kerja, ya la time passes by pun sik berasa. tapi sik apa, ya memang lumrah hidup. arimarek ada birthday bash pakey mat to @ mohammad haris. udah empat taun umonya. ehe, dari nya gik baby sampe kinek tok kamek urang nangga nya membesar. udah jadi macam anak mak yah juak nya. udah jadi macam adik kandung kamek empun. to mohammad haris, happy birthday to you~ (uyot tolong belagu untuk bang weng) (^^,)
dalam bulan tok juak yab pak lah akan melepaskan jawatan sebagai pm malaysia ke-5. yab pak lah akan diganti oleh datuk seri najib. tok adalah pm yang terakhir dalam formula rahman. satu lagi sejarah bakal kita tempuh.