Wednesday, November 3, 2010

03102010



hand phone baru..
setelah gatal tangan untuk beberapa ketika, akhirnya kamek membeli juak hand phone baru. pengeluar: nokia; model: e5; komen: berbaloi harga.. mun nak encarik telefon untuk bekerja dan business, model tok la jawapannya.



demi memudahkan urusan kerja, membalas email dan sebagainya, model tok dipilih. memang sesuai fungsi, kerja kinektok tok lebih mudah. dengan keypad style blok, urusan taip-menaip menjadi lebih mudah. terdapat juak banyak shortcut pada keypad dan front screen display untuk model tok. sikm perlu tekoal-koal membuka sigek-sigek, dengan sekali tekan dah dapat sampei ke application yang kita kehendaki. bukak email, facebook, message malah internet adalah lebih mudah di telefon tok.


menyokong 2G (GSM), 3G dan 3.5G, asalkan ada line ajak, segalanya adalah pantas. cuma kurang telefon tok adalah tiadanya 'secondary camera', mun sik nang dah perfect benar..

p/s harga phone dah turun sebab sik ada tax agik, tapi kat kuching jak turun.. kat lain-lain tempat macam gik maseh rega sebelom 'budget 2011'

Thursday, October 28, 2010

21102010

give and take

Perkara tok dah lamak jadi amalan kita, cuma tenggelam-tenggelam timbul jak. Sebagai seorang melayu muslim, sikap bertolak ansur tok memang dah menjadi darah daging serta tabii yang sebenar.

Sebagai seorang muslim, bertolak ansur adalah sebahagian daripada kesabaran. Manakala sabar itu sebahagian daripada iman. Secara tidak lansung kita juga dapat mencerminkan sifat sebenar seorang muslim dan memancarkan keindahan islam itu sendiri.

Give and take ini juga bukanlah maksudnya mengalah, tetapi bersikap rasional. Kita mestilah berpegang pada prinsip dan hak diri (dalam konteks islam, syarak dan perlembagaan) pada masa yang sama perlu rasional. Penyelesaian yang dicapai melalui amarah dan kebencian pasti bukan terbaik. Nah, tok sik akan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

17102010

Perjalanan dari bintulu menuju miri pagi tok diseliputi kabus hampir separuh perjalanan. Jadi hari tok, 'confirm' la panas sepanjang hari. Sekali lagik pemikiran tentang 'global warming' menggamit hati. Takut dan seram pun ada.. Sik terbayang giney cuaca dunia tok di masa depan.

Malam tadik entah kenak, kenangan bersama bapak datang.. Terselap guro-guro, cerita-cerita nya.. Sik tauk ngan bapak urang lain, mun bapak kamek nya suka bercerita sebelom kamek urang tido.. Adoh, rindunya.

Saturday, October 16, 2010

16102010

bajet 2011.. isu panas hari tok.. antara highlight nya adalah
* skim pencen untuk pekerja swasta
* penyalarasan cuti bersalin
* bantuan untuk pembelian rumah pertama
* imbuhan kakitangan swasta
* pemotongan cukai ke atas beberapa barangan popular

bukan ajak kakitangan kerajaan dapat manfaat kali tok, pekerja sektor swasta pun dapat oleh juak. terima kasih la kepada kerajaan atas peruntukan bajet kali tok..

sik abis kelaka hal duit, hari marek myvi kamek kenak batok. 'kok kok kok' jak bunyi nya. sik maok sakit melarat, kamek pun embak pergi jumpa 'doktor'. setelah di'check' rupa-rupa tek nya empun 'arm holder' nya dah longgar. terus ditukar duak-duak belah. udah ya nemu lagik 'brake pad' dah haus menipis. berganti juak la jawab nya. at the end of day, terpaksa kamek berbelanja rm268 untuk semua sekali. apa boleh buat.. demi keselamatan dan keselesaan 'driving'.


p/s: dirgahayu TYT untuk kali ke 89.

Thursday, October 14, 2010

15102010

hari tok akan ada pembentangan Bajet 2011 di parlimen. seperti biasa harapan rakyat adalah kenaikan bonus.. kenaikan gaji.. penurunan cukai.. apa sahaja 'outcome' nya akan kita dengar petang tok.

harapan kamek adalah biarlah bajet kali tok mesra rakyat, berkhemah dan memberikan faedah kepada semua rakyat. lebih banyak projek pembangunan untuk sabah dan sarawak. harapan kita di borneo tok besar, kita mahukan kesejahteraan melalui pembangunan.

selain mengharapkan peruntukan, kamek juak berharap agar apa yang terbaik daripada kerajaan akan kita terima dengan hati terbuka. jangan lah apabila kita tidak mendapat apa yang kita harapkan, kita terus menghukum dan menghentam. apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri (ie; kepercayaan, dedikasi dan cukai).

kepercayaan yang kita beri kepada pemerintah akan dikembalikan kepada kita secara kesejahteraan dan pembangunan. dedikasi semasa berkhidmat (bagi 'sivil servant' ajak, pekerja swata ndiat ajak) akan pasti dibalas dengan bonus dan imbuhan. jangan lah kita mintak pelbagai macam peruntukan dan imbuhan berlebih-lebih sedangkan ramai di antara kita sik bayar cukai.

apa-apa pun kita tunggu jak la apa 'outcome' daripada pembentangan petang tok.

Tuesday, October 12, 2010

13102010

global warming

yang kita sedang hadapi kinek tok. cuaca yang terlampau panas.. hujan yang sik tentu masa.. monsoon yang sik tentu masa. entah sine sebenarnya silap kita terhadap alam sekitar tok. mungkinkah kita terlalu alpa dengan kemudahan dan alatan yang kita sendiri cipta? atau terlalu lupakah kita terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar? jawapan nya terserah kepada penilaian kita sendiri.

ekosistem kita sememangnya sensitif. sebarang 'gangguan' terhadap kitaran semulajadi akan mendatangkan kemudaratan. sepatutnya ahli fikir dan golongan artisan udah memahami perkara tok lama dari dolok. tetapi hanya dudi-dudi tok baruk la kebanyakan peduli dengan keadaan dan situasi tenat alam kita.

pelepasan gas CO yang terlampau banyak boleh (secara rasional) kita labelkan sebagai punca utama. gas yang terhasil daripada pembakaran bahan bakar pada kereta dan jentera-jentera berat. bayangkanlah berapa juta bilangan kenderaan yang terdapat di dunia, yang mana setiap satunya menghasilkan CO, setiap kali penggunaan, 24 jam 7 hari seminggu. mungkin sik terbayang kita 'figure' nya, tetapi realitinya di sia. ngutik. patut juak cuaca makin panas.

Wednesday, July 7, 2010

08072010

assalamualaikum

hari-hari yang berlalu, jam-jam yang berputar, saat-saat yang berganti.
macam-macam cerita dan hal dah kamek tempuh sedari kali terakhir kamek molah entry.
dudi-dudi tok kamek gago ngan komitmen kerja (travelling to brunei very frequent).
tapi hidup tetap hidup, tinggal kita sendirik yang menceriakannya.
hm, alhamdulillah sesudah sekian lama akhirnya kamek menjejakkan kaki ke bumi brunei.
sambil bekerja ya sempat juak la bertemu ngan adik kakak di sinun (walopun masih banyak yang belom diabas..)
apa yang menarik tentang brunei?
warga, negeri dan makanan.. ya jawapan kamek..
warga nya macam kita juak peramah ngan urang datang (serumpun melayu la katakan).
negeri nya sarat dengan monumen-monumen spritual (bahasa saintifik untuk masjid) yang senantiasa di imarahkan oleh para jemaah.
rindok ati nagga urang berguna ngan masjid (sedangkan di banyak tempat, urang menjaohkan diri dari masjid.. kononnya sik sama fahaman politik.. ada pelampau dalam masjid.. bla bal bla... alasan urang yang sik maok memeriahkan rumah Allah).
makanan nya yang banyak dan nyaman-nyaman, sampe cukup makan kamek dientamnya.


masjid jame' al hasanal bolkiah, BSB


masjid sultan omar ali saifuddin, BSB

'waka-waka' world cup telah kembali, peminat bola kembali memenuhi segenap spot yang ada screen besar.
(^^,)ehe, kamek sik terkecuali, nang sentiasa jak siap sedia untuk bersorak gol ( waima team pujaan hati sik sampe ke final.. belukuk punya sotong!!).
kesimpulan (bagi penyokong pasukan sekrat jalan macam kamek) WC2010 sarat ngan kontreversi pengadilan dan kemunculan banyak giant killer.
waka-waka!

bicara hal sukan, kamek pun maok molah perubahan.
perubahan yang gine? kamek telah mula nak berjinak-jinak untuk bersenam.
ehe, maok badan sihat, kita mesti mengamalkan kehidupan yang sihat.
so, geng.. juh kita sama-sama bersenam.

lastly, NATCOMP 2010 belansung.
kali tok 3 band dari sarawak akan berentap di final.
all the best to josephian regiment, SJSM show band ngan CHMS band.



SJSM show band