Monday, November 22, 2010

23112010

22 nov 2010 adalah hari jadi mak kamek..

mak, selamat hari jadi. kamek dari jauh tok mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan kitak. semoga murah rezeki selalu dan terima kasih untuk segala-gala.

sayang ngan mak selalu..

Thursday, November 18, 2010

18112010

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar,
Allahu akbar walillah ilham

alhamdulillah..
kita brtemu sekali lagik, dalam kehidupan kita di dunia tok, dengan aidiladha. perayaan yang kita sambut saban tahun dalam bulan zulhijjah. memperingati peristiwa besar pengorbanan nabi Ibrahim dan anakanda baginda nabi Ismail.

marilah kita sama-sama menghayati perjuangan dan pengorbanan. demi agama, bangsa dan negara. kita patut bersyukur dan bertuah kerana kita sik perlu berkorban nyawa pada saat tok. tetapi pengorbanan kita adalah signifikan dengan pengorbanan akal dan inovasi.

pengorbanan mencari serta memanfaatkan ilmu adalah sesuatu yang mulia, malah dituntut oleh agama. umat Islam sik boleh kalah dalam penguasaan ilmu pengatahuan yang sekian banyaknya. setelah menguasai, hendaklah diinovasikan serta diadaptasi dalam kehidupan seharian selagi tidak menyalahi syarak.

pengorbanan untuk bersatu, menghindar dari perbalahan sesama kita. demi mencapai keutuhan dan kekuatan ummah, kita dituntut untuk bersatu. saling tolak ansur dan faham-memahami antara kita, jauhi yang mungkar, amalkan yang ma'aruf. berfikirlah demi survival ummah, kekuatan Islam dan keharmonian dalam kepelbagaian manusia sejagat.


p/s selamat berjuang buat miezah yang menghadapi SPM. selamat maju jaya dan dipermudahkan segala. amin.

Wednesday, November 3, 2010

03102010



hand phone baru..
setelah gatal tangan untuk beberapa ketika, akhirnya kamek membeli juak hand phone baru. pengeluar: nokia; model: e5; komen: berbaloi harga.. mun nak encarik telefon untuk bekerja dan business, model tok la jawapannya.



demi memudahkan urusan kerja, membalas email dan sebagainya, model tok dipilih. memang sesuai fungsi, kerja kinektok tok lebih mudah. dengan keypad style blok, urusan taip-menaip menjadi lebih mudah. terdapat juak banyak shortcut pada keypad dan front screen display untuk model tok. sikm perlu tekoal-koal membuka sigek-sigek, dengan sekali tekan dah dapat sampei ke application yang kita kehendaki. bukak email, facebook, message malah internet adalah lebih mudah di telefon tok.


menyokong 2G (GSM), 3G dan 3.5G, asalkan ada line ajak, segalanya adalah pantas. cuma kurang telefon tok adalah tiadanya 'secondary camera', mun sik nang dah perfect benar..

p/s harga phone dah turun sebab sik ada tax agik, tapi kat kuching jak turun.. kat lain-lain tempat macam gik maseh rega sebelom 'budget 2011'

Thursday, October 28, 2010

21102010

give and take

Perkara tok dah lamak jadi amalan kita, cuma tenggelam-tenggelam timbul jak. Sebagai seorang melayu muslim, sikap bertolak ansur tok memang dah menjadi darah daging serta tabii yang sebenar.

Sebagai seorang muslim, bertolak ansur adalah sebahagian daripada kesabaran. Manakala sabar itu sebahagian daripada iman. Secara tidak lansung kita juga dapat mencerminkan sifat sebenar seorang muslim dan memancarkan keindahan islam itu sendiri.

Give and take ini juga bukanlah maksudnya mengalah, tetapi bersikap rasional. Kita mestilah berpegang pada prinsip dan hak diri (dalam konteks islam, syarak dan perlembagaan) pada masa yang sama perlu rasional. Penyelesaian yang dicapai melalui amarah dan kebencian pasti bukan terbaik. Nah, tok sik akan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

17102010

Perjalanan dari bintulu menuju miri pagi tok diseliputi kabus hampir separuh perjalanan. Jadi hari tok, 'confirm' la panas sepanjang hari. Sekali lagik pemikiran tentang 'global warming' menggamit hati. Takut dan seram pun ada.. Sik terbayang giney cuaca dunia tok di masa depan.

Malam tadik entah kenak, kenangan bersama bapak datang.. Terselap guro-guro, cerita-cerita nya.. Sik tauk ngan bapak urang lain, mun bapak kamek nya suka bercerita sebelom kamek urang tido.. Adoh, rindunya.

Saturday, October 16, 2010

16102010

bajet 2011.. isu panas hari tok.. antara highlight nya adalah
* skim pencen untuk pekerja swasta
* penyalarasan cuti bersalin
* bantuan untuk pembelian rumah pertama
* imbuhan kakitangan swasta
* pemotongan cukai ke atas beberapa barangan popular

bukan ajak kakitangan kerajaan dapat manfaat kali tok, pekerja sektor swasta pun dapat oleh juak. terima kasih la kepada kerajaan atas peruntukan bajet kali tok..

sik abis kelaka hal duit, hari marek myvi kamek kenak batok. 'kok kok kok' jak bunyi nya. sik maok sakit melarat, kamek pun embak pergi jumpa 'doktor'. setelah di'check' rupa-rupa tek nya empun 'arm holder' nya dah longgar. terus ditukar duak-duak belah. udah ya nemu lagik 'brake pad' dah haus menipis. berganti juak la jawab nya. at the end of day, terpaksa kamek berbelanja rm268 untuk semua sekali. apa boleh buat.. demi keselamatan dan keselesaan 'driving'.


p/s: dirgahayu TYT untuk kali ke 89.

Thursday, October 14, 2010

15102010

hari tok akan ada pembentangan Bajet 2011 di parlimen. seperti biasa harapan rakyat adalah kenaikan bonus.. kenaikan gaji.. penurunan cukai.. apa sahaja 'outcome' nya akan kita dengar petang tok.

harapan kamek adalah biarlah bajet kali tok mesra rakyat, berkhemah dan memberikan faedah kepada semua rakyat. lebih banyak projek pembangunan untuk sabah dan sarawak. harapan kita di borneo tok besar, kita mahukan kesejahteraan melalui pembangunan.

selain mengharapkan peruntukan, kamek juak berharap agar apa yang terbaik daripada kerajaan akan kita terima dengan hati terbuka. jangan lah apabila kita tidak mendapat apa yang kita harapkan, kita terus menghukum dan menghentam. apa yang kita dapat adalah apa yang kita beri (ie; kepercayaan, dedikasi dan cukai).

kepercayaan yang kita beri kepada pemerintah akan dikembalikan kepada kita secara kesejahteraan dan pembangunan. dedikasi semasa berkhidmat (bagi 'sivil servant' ajak, pekerja swata ndiat ajak) akan pasti dibalas dengan bonus dan imbuhan. jangan lah kita mintak pelbagai macam peruntukan dan imbuhan berlebih-lebih sedangkan ramai di antara kita sik bayar cukai.

apa-apa pun kita tunggu jak la apa 'outcome' daripada pembentangan petang tok.

Tuesday, October 12, 2010

13102010

global warming

yang kita sedang hadapi kinek tok. cuaca yang terlampau panas.. hujan yang sik tentu masa.. monsoon yang sik tentu masa. entah sine sebenarnya silap kita terhadap alam sekitar tok. mungkinkah kita terlalu alpa dengan kemudahan dan alatan yang kita sendiri cipta? atau terlalu lupakah kita terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar? jawapan nya terserah kepada penilaian kita sendiri.

ekosistem kita sememangnya sensitif. sebarang 'gangguan' terhadap kitaran semulajadi akan mendatangkan kemudaratan. sepatutnya ahli fikir dan golongan artisan udah memahami perkara tok lama dari dolok. tetapi hanya dudi-dudi tok baruk la kebanyakan peduli dengan keadaan dan situasi tenat alam kita.

pelepasan gas CO yang terlampau banyak boleh (secara rasional) kita labelkan sebagai punca utama. gas yang terhasil daripada pembakaran bahan bakar pada kereta dan jentera-jentera berat. bayangkanlah berapa juta bilangan kenderaan yang terdapat di dunia, yang mana setiap satunya menghasilkan CO, setiap kali penggunaan, 24 jam 7 hari seminggu. mungkin sik terbayang kita 'figure' nya, tetapi realitinya di sia. ngutik. patut juak cuaca makin panas.

Wednesday, July 7, 2010

08072010

assalamualaikum

hari-hari yang berlalu, jam-jam yang berputar, saat-saat yang berganti.
macam-macam cerita dan hal dah kamek tempuh sedari kali terakhir kamek molah entry.
dudi-dudi tok kamek gago ngan komitmen kerja (travelling to brunei very frequent).
tapi hidup tetap hidup, tinggal kita sendirik yang menceriakannya.
hm, alhamdulillah sesudah sekian lama akhirnya kamek menjejakkan kaki ke bumi brunei.
sambil bekerja ya sempat juak la bertemu ngan adik kakak di sinun (walopun masih banyak yang belom diabas..)
apa yang menarik tentang brunei?
warga, negeri dan makanan.. ya jawapan kamek..
warga nya macam kita juak peramah ngan urang datang (serumpun melayu la katakan).
negeri nya sarat dengan monumen-monumen spritual (bahasa saintifik untuk masjid) yang senantiasa di imarahkan oleh para jemaah.
rindok ati nagga urang berguna ngan masjid (sedangkan di banyak tempat, urang menjaohkan diri dari masjid.. kononnya sik sama fahaman politik.. ada pelampau dalam masjid.. bla bal bla... alasan urang yang sik maok memeriahkan rumah Allah).
makanan nya yang banyak dan nyaman-nyaman, sampe cukup makan kamek dientamnya.


masjid jame' al hasanal bolkiah, BSB


masjid sultan omar ali saifuddin, BSB

'waka-waka' world cup telah kembali, peminat bola kembali memenuhi segenap spot yang ada screen besar.
(^^,)ehe, kamek sik terkecuali, nang sentiasa jak siap sedia untuk bersorak gol ( waima team pujaan hati sik sampe ke final.. belukuk punya sotong!!).
kesimpulan (bagi penyokong pasukan sekrat jalan macam kamek) WC2010 sarat ngan kontreversi pengadilan dan kemunculan banyak giant killer.
waka-waka!

bicara hal sukan, kamek pun maok molah perubahan.
perubahan yang gine? kamek telah mula nak berjinak-jinak untuk bersenam.
ehe, maok badan sihat, kita mesti mengamalkan kehidupan yang sihat.
so, geng.. juh kita sama-sama bersenam.

lastly, NATCOMP 2010 belansung.
kali tok 3 band dari sarawak akan berentap di final.
all the best to josephian regiment, SJSM show band ngan CHMS band.



SJSM show band

Thursday, April 8, 2010

08042010

eksperimen: Cuti-cuti 1borneo
tarikh: 2-4 april 2010
radas: 1 beg galas, 1 DSLR camera, RM 350 wang saku

hipotesis: percutian ke sabah adalah menarik dan menyeronokkan.

ujikaji 1
02042010
- belon kamek selamat mendarat di terminal2 KK kira-kira jam 3 petang. kamek ambik taxi RM30 menuju ke pusat KK untuk mencari penginapan. sik susah carik hostel untuk backpackers kat KK. ada lebih daripada 15 tempat sekitar KK, kamek memilih buddy's backpacker lodging. lokasi nya di jalan tugu memang dekat ngan banyak landmark di KK, centre point, wisma warisan, pasar philipine. petang ya terus kamek ngan Nad pegi ke 1Borneo makey free shuttle. berjalan di sekitar 1Borneo nang kepak (maklom jak tempat tok leisure mall terbesar di borneo), tapi menyeronokkan. banyak butik yang best-best sitok, nasib tok perjalanan budget, mun sik tek, nang shopping sakan sitok bah... makan malam ya kamek 3 (adik Nad ada kat UMS) makan di food court 1borneo. menunya, steamboat tom yam buffet (^^,)makan sampe kenyang.. modal nya cuma rm20 sepalak. 8 malam kamek 2 balit lagik ke KK transportation mode nya shuttle bus.. for free!!!


hostel budget.. berbaloi-baloi


steamboat yang mewah dengan seafood (KK tok kat coastal)


ujikaji 2
03042010 -
hari tok kamek nyewa kereta (RM70) untuk menuju ke kundasang. perjalanan 2 jam melalui jalan berbukit membelah banjaran crocker. separa mabok juak la jeraya turun nait, tapi masih cekal sebab at the end of ride kamek sampe ke gunung kinabalu. mighty kinabalu adalah yang tertinggi di asia tenggara. sekitarnya sejok macam aircond jak (ehe, kamek baruk kalak sampe tempat sejok.. best woo...). sempat kamek singgah di pekan Nabalu dan terakhir ke kundasang. pengalaman di tamu nabalu memang best, banyak barang tapi terhad entam budget, so diat ajak la.. ehe. di kundasang kamek 2 berenti makan dan melawat ke WWII memorial park. taman ala british tok memang syok. banyak bunga dan binaan menarik. banyak scenery dan Sony-alpha kamek terus click..click..click.. balit gik di KK minyak keta maseh setengah tangki (RM40 dibeli di petronas sebelah UMS, ada McD drive through), so kamek 2 berjalan lagik ronda-ronda bandaraya. tanjung aru, ums dan pasar malam antara singgahan kamek. malam ya makan kat open air market, beridang (besar panjang, coz makan kat meja panjang) ikan panggang cecah sambal air asam..umphhh! budget ada, so beli belah kat pasar malam gaya street.


pemandangan banjaran croker dari pelantar pekan Nabalu, suhu rendah macam aircond..


bergambar kat ujong pelantar.. kat dibah ya banyak kampong-kampong sidak sitok.. mesti best diam kat rumah sejok selalu

banyak handcraft tapi sikda budget


antara yang terdapat di Kundasang WWII Memorial Garden..

kamek ngan Nad berganti-ganti ambik gambar.. click..click..click..


banyak local goods kat tamu kundasang tok.. buah-buah segar sik payah berais lagik.. udah sejok entam sejok tanah tinggi tok.. (^^,)bbrrr...

mun kita di sarawak ada epal bario, kat tanah tinggi sabah famous dengan strawberry nya

seafood di KK bukan masalah, banyak tempat makan seafood sitok.. dari 5 bintang sampe sikda bintang.. kamek makan kat pasar malam nya (macam benteng kita kat satok), murah dan nyaman.. ehe

ujikaji 3
04042010 -
awal kamek 2 bangun pagi tok. lepas minum pagi di hostel kamek 2 bergerak menuju pasar philipine untuk ambik bas ke jesselton point. pasar tok memang kamboh dengan banyak urang, sik siang sik malam (kira sentiasa rami la..). jesselton point adalah terminal/jetty bagi bot sewa menuju ke pulau2 sekitar kk. kamek 2 sebenarnya nak menuju ke pulau manukan (taman negara tuanku abdul rahman) kira-kira 10 minit bot dari sitok. aktiviti sepanjang hari adalah ber'snorkelling' (walopun kamek sik pande berenang, terima kasih kepada penciptaan life jacket..ehe) di sekitar perairan tok. batu karang, ikan-ikan, air yang jernih dan sejok benar-benar menggoda wo... best. sedar sik sedar sampe sun burn (^^,) nasib ada hujan sekejap petang ya, mun sik memang kamek sik sedar ngan jam lagik. pukul 3 kamek 2 balit ke darat dan disambut hujan lebat. sudah nya kamek 2 terkandas di Suria Sabah (leisure mall baru kat KK). makan, rehat dan santai, kol 5 berangkat pulang ke hostel before heading to KKTII. pak cik taxi (RM35 jak tambang setelah diembak round2) yang baik hati madah ada banyak urang sarawak datang setiap hujung minggu, sik sedar nya kamek2 urang sarawak juak.. ehe. kol 825 malam penerbangan pulang.



di belakang pasar philipine adalah pulau gaya. ada banyak kampong kat pulau ya.. main transport adalah perahu panjang (sik juak tentu panjang, banyak size.. ehe). kat pasar philipine banyak barang handcraft ngan barang dari laut. batu karang@reef pun sidak jual juak

jesselton point bukan sekadar terminal jetty tapi sarat dengan aneka macam kedey dan tempat makan.. interesting place wo...


kat manukan tok airnya jernih.. so snorkelling adalah paling ideal.. banyak ikan dan batu karang tapi sayang sik dapat ambik gambar dalam air (^^,)


kesimpulan:
sabah
@kk memang banyak tempat yang menarik dan berbaloi untuk dilawat. bila kita ke sitok memang sik akan sunyi dari keseronokkan dan pengalaman manis. jadi, hipotesis diterima (^^,)

p/s budget rm350 dah cukup untuk 3 hari 2 malam..

Tuesday, March 2, 2010

03032010

assalamulaikum

'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat'

sengaja kamek mulakan entry kali tok dengan pepatah daripada adat perpatih negeri sembilan, mengenangkan senario dan iklim politik di sarawak masa tok. terdapat beberapa perkara menarik yang berlaku kinektok, yang pada akhirnya membawa kita kepada perkara pokok. 'kuasa dan penguasaan'.

  • kehendak parti semenanjung untuk bertapak di sarawak.
  • kehendak anak tempatan untuk membawa parti semenanjung ke sarawak.
  • penggabungan parti tempatan menjadi satu entiti politik.

perkembangan-perkembangan tok telah molah kamek berfikir, apa kurangnya dengan senario politik negeri kita masa tok? sehingga ada tangan-tangan dari seberang laut beriya-riya maok melebarkan sayap ke negeri kita. adakah perlu kehadiran orang-orang tok?

sedari peristiwa 1986, sehingga ke hari tok, politik sarawak belom ada lagik dilanda gelombang besar (kecuali pergolakan dan splitting dalam beberapa parti komponen). secara amnya politik kita masih utuh dan relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat bumi kenyalang. rakyat masih memerlukan pembangunan dan kebajikan, 2 perkara yang telah diusahakan oleh barisan pimpinan tok uban untuk sekian lama. perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mana-mana politikus tanpa kesungguhan dan kesetian. bayangkan pada skala 11 negeri di semenanjung malaysia, dengan DUN masing-masing mentadbir wilayahnya, sarawak mampu bergerak ke hadapan (malah lebih pantas dari kebanyakan negeri). betapa efektifnya kepimpinan barisan tok uban selama hairi tok.

rakyat harus membuka minda dan memilih jalan yang paling selamat dan terbaik untuk memastikan survival negeri sarawak sentiasa berada pada kondisi terbaik. apa gunanya kita mencari tunggangan baru sedangkan yang sedia ada, sudah cukup baik untuk kita bergerak. tindakan segelintir golongan 'pemimpin' dari dalam dan luar negeri ternyata menyakitkan hati. kenyataan yang angkuh dan kadang-kadang terlalu optimis, menampakkan ketidak matangan dan kesungguhan mereka ini.

ada yang menyatakan sokongan dan mahu menjadi sekutu kepada barisan yang ada, tetapi pada masa yang sama mahu berebut kerusi di dun. kemunculan duri dalam daging ini sengaja mahu melunturkan kekuatan dan perpaduan yang selama hari ini diwujudkan. mengapa tidak kita bersatu? bukankah parti-parti yang sedia ada sudah memadai? sekarang kerajaan negeri terdiri daripada 4 parti politik, masing-masing karakternya berbeza, tetapi matlamat nya sama. bukankah lebih elok dan matang sekiranya kita kekalkan kondisi yang ada sekarang. formula politik yang stabil dan setara.

jangan kerana pak kaduk, habis kampung kita tergadai. jangan kerana wujudnya pak pandir-pak pandir ini, negeri terjerumus ke kancah pergolakan dan ketidak stabilan. ingatlah, yang rugi adalah rakyat, kerana apa sahaja berlaku, kesan nya tetap pada rakyat.

mengapa ini terjadi? bagi kamek, ketulusan dalam berpolitik dan keinginan untuk berbakti pada rakyat menjadi kunci kepada persoalan ini. banyak 'pemimpin' yang begitu kemarukkan kuasa. bagi sidak tok, tanpa jawatan dalam parti, perjuangan sidak sik beerti. 'pemimpin' gitok lah yang menjengkelkan. samada di pihak pro mahupun kontra, golongan tok jelas wujud. memang seronok nangga dan nenga percakaran yang sik pande habis tok. ibarat sajina dan hidangan tetap setiap hari. tapi dalam masa yang sama rakyat kerugian dek kerna terabai. gara-gara berebut dalam parti, kebajikan dan tanggungjawab kepada rakyat dilupak.

apa jalan penyelesaian nya?

  • berfikir
  • kembali
  • bersatu
berfikir demi kebaikan semua, kembali kepada barisan yang ada, bersatu dalam barisan bagai satu keluarga.

p/s; semoga semua membuka mata dan hati. jawatan bukanlah segalanya. berpolitik bukan untuk kuasa, tetapi untuk survival bangsa, umat negeri dan negara.

Thursday, January 28, 2010

29012010


assalamulaikum
bismillahirrahmanirrahim

berpesan
"berbekal-bekal lah kamu, sebaik-baik bekal itu adalah takwa"

adik-adik dan saudara ku,

marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah. sesungguhnya kita akan beroleh kebaikan dan kerahmatan, samada di dunia mahupun di akhirat kelak.

semoga Allah memberkati kita, menerima segala amalan, ibadah dan doa kita. semoga Allah memberkati kita sebagai anak yang soleh. hanya anak yang soleh dapat membahagiakan kedua orang tuanya, di dunia mahupun di akhirat kelak.

ps: sentiasa teringat ngan pesan terakhir bapak, doakan urang tua, bimbing adik-adik jadi anak yang soleh dan solehah. rindu ngan bapak. sesungguhnya Allah maha pengasih lagi penyayang kepada hamba Nya.