p/s allahyarham merupakan seorang pendidik dan pemikir bahasa.
Wednesday, February 25, 2009
al-fatihah
p/s allahyarham merupakan seorang pendidik dan pemikir bahasa.
Tuesday, February 24, 2009
24 february 2009
Monday, February 23, 2009
23 february 2009
Boring di opis, kamek mula silak-silak news borneo post. Pelik-pelik jak berita kinek tok. Ada sigek duak yang menarik perhatian kamek. Ada satu kes urang ya maok khalayak berterima kasih kepadanya sebab tegalnya perentah nolong khalayak. Pelik juak kes tok. Lets say ada seorang bapak, seorang anak dan seorang pak cik rumah sebelah. Si anak sik makan sebab bapaknya belum terimak gaji. Pak cik rumah sebelah mencanang ke segenap kampong madah si bapak sik berik anaknya makan. Tetapi setelah bersusah payah bekerja dan menerima gajian, si bapak terus berik anaknya makan. Dalam pada ya pak cik rumah sebelah tok gago nyuruh anak ya tek berterima kasih dengan nya. Anak jenis apalah mun nya tek menurut ajak pak cik rumah sebelah tanpa peduli dengan pengorbanan si bapak. Durhaka. Jangan sampe khalayak kita jadi durhaka macam ya.
Ada satu lagik kes, si polan tok madah ‘parti yang besar lagi kan jatuh di negeri perak, inikan pula yang kecil-kecil di sarawak’. Sik tauk urang lain, tapi kamek memang terguris dengan kenyataan tok. Perkataan ‘yang kecil-kecil’ ya menggambarkan betapa kerdil dan lemahnya kita. Seolah-olah orang kita sendiri tiada berkelayakan dan tiada berkebolehan. Mungkin nya lupak siapa yang telah membangunkan negeri tok. Mungkin juak nya lupak sapa yang membanting tulang untuk membuka tanah-tanah baru untuk pembangunan bangsa dan negeri Sarawak tok. Bayangkan orang yang berpersepsi seperti tok apabila berkuasa, semua akan berada di tangannya dan urang kita akan keciciran. carilah urang yang terbaik sekalipun, mun udah paradigmanya septical macam ya, memang nya sik akan percayakan kita. Tinggal lagik umum untuk menyedari perkara tok.
p/s Ya Allah, selamatkanlah negeri kami ini dari segala anasir yang akan merugikan kami. Engkau lindungilah kami dari segala mara bahaya dan kesusahan… amin.
Saturday, February 21, 2009
skuad kenyalang
Stadium SINS, kuala terengganu.
Bertemu t-team.
Sarawak turun dengan harapan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan. Tamat separuh masa pertama Sarawak ketinggalan 1-0. ternyata hairuddin omar merupakan duri dalam daging bagi Sarawak apabila menjaringkan dua gol. keputusan penuh, t-team 2 – Sarawak 0.
20 february 2009
wa jedek (kiri sekali) angkat sumpah
wa jedek nurun tanda tangan atas watikah perlantikan
ada wa jedek kat tengah, ada muka munded, muka hashim yap (kasut cekelet) ngan ketua kaum allahu wa'lam (baju melayu biru)
17 february 2009
Yang diambil gambar;
Seperti yang kita ketahui, beliau merupakan seorang ahli politik dan aktivis masyarakat. Beliau juga dilihat sebagai seorang wakil rakyat yang berpotensi besar. Namun, dalam krisis ini, beliau juga boleh dianggap bersalah. Kesalahan beliau yang paling besar adalah bersekedudukan dengan bukan suaminya. Sebagai seorang figure kepada masyarakat, hubungan yang seumpama ini lansung tidak relevan dan tiada rasionalnya. Meskipun ia merupakan satu privacy kepada kehidupan individu ini.
Yang megambil gambar;
Walau apapun alas an yang digunakan, memang tiada wajarnya gambar yang seumpama ini diambil. Paling jelas tindakan ini telah melanggar privacy ahli exco ini. Khalayak masih tertanya-tanya apa sebab gambar ini diambil. Polimiknya mekar di sana-sini mewujudkan persepsi yang pelbagai. Maka, wujudlah situasi perang tunding jari oleh mereka-mereka yang mempunyai ‘self interest’ dan ‘menangguk di air yang keruh’.
Yang menyebar gambar;
Saya mempunyai 2 persepsi terhadap individu ini. Pertama, penyebaran gambar ini adalah satu macam pencabulan terhadap exco tersebut. Tatasusila masyarakat kita telah diguris. Mereka yang menyebar gambar ini mesti dikecam. Kedua, mungkin si penyebar ini mahu membuka mata rakyat, betapa wakil yang mereka pilih ini mempunyai sisi gelap. Ini adalah penting memandangkan tatasusila masyarakat kita menuntut kepimpinan yang berakhlak mulia.
Isu moral kini semakin lama semakin mendapat perhatian. Satu demi satu kebobrokkan masyarakat yang didedahkan. Moga-moga khalayak memdapat iktibar daripada apa yang berlaku. Kembalilah kepada asal, tabii masyarakat kita yang terkenal dengan tatasusila tinggi.
skuad kenyalang
Liga Perdana
Stadium Negeri
09 Februari 2009
Berbekalkan semangat untuk mencipta kemengan pertama dalam liga musim ini, Sarawak turun dengan barisan yang sama ketika menentang ATM di selayang. Felda United yang dibarisi oleh beberapa bekas pemain kebangsaan bermula baik apabila mendahului 0-1 di awal permainan. Sarawak yang melancarkan serangan balas, gagal menembusi kekebalan gawang Felda United. Id sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sarawak apabila gagal menyempurnakan tendangan penalty. Kegagalan itu benar-benar menyentak pasukan Sarawak. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-1. pada separuh masa kedua, Sarawak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan supersub Fred Merawat. Ketika hampir berkongsi mata, Felda United dihadiahkan sepakan penalty. Meskipun Aidil bermain cemerlang sepanjang perlawanan, beliau gagal menghalang Felda United untuk mendapat mata penuh. Kesudahannya Sarawak 1- Felda United 2. Bermain di bawah par, begitulah komen peminat terhadap persembahan Sarawak dalam perlawanan ini.
Seterusnya Sarawak akan bertemu T-Team di Kuching pada 13 Februari 2009.
skuad kenyalang
Liga Perdana
Stadium Hang Jebat
13 february 2009
Misi mencari kemenagan pertama Sarawak musim ini diteruskan. Kali ini Sarawak bertandang ke Stadium hang jebat bertemu dengan skuad kancil, Melaka. Bermula perlahan, Sarawak ketinggalan dengan 1-0 seawal minit ke-3. Segera mencari gol penyamaan, Sarawak tetap gagal sehingga tamat separuh masa pertama.
Joseph kallang akhirnya berjaya meledakkan jaringan penyamaan pada pertengahan separuh masa kedua. Usaha yang berterusan jentera serangan Sarawak ternyata tidak berbalas. Tamat perlawanan Melaka 1 – Sarawak 1. menurut laporan, Sarawak mengawal perlawanan, Cuma penyudah yang kurang kemas menjadi penghalang untuk mendapatkan gol kemenangan.
15 february 2009
p/s cikgu ahmad ibi pernah ngajar mak masa mak berkhidmad dengan Perumahan dolok.
Sunday, February 15, 2009
15 february 2009
Saturday, February 14, 2009
14 february 2009
Ada seorang kawan kamek tok yang very plantey and gaok. Urang tok memang sik pandey nak serius, dan kita sik akan dapat pikey pun bila masa nya akan serius. Seorang yang pemanas dan bersuara besar. Ngelaka bunyi kasar dan selalu cakap besar. Memang udah cukup ciri-ciri seorang pak soak. (^^,) jangan marah geng.
Hendak dijadi berita, hari tok anaknya jatuh sakit. Menurut ceritanya dekat kamek, pagi tadik anak nya ngerak nya dari tidur, dan bila bangun anaknya rebah di depan mata nya empun. Secepat kilat nya ngan bininya begegas ke spetar. Dalam perjalanan ke spetar ya banyak hal terjadi. Bini nya driving sik pakei spec (rabun), ada urang sik maok berik jeraya sampe kenak teriak, dresser spetar yang sik tauk reti… banyak ada jak halangan. Si bapak tok tek sanggup neriak jeraol yang sik berik jeraya, sanggup maok numbuk dresser yang sik tauk reti ya, semata-mata maok anaknya selamat.
Tersentuh hati kamek bagaimana seorang yang keras hati telah menggunakan kekerasannya demi kasih sayang kepada anaknya. Being bad is not really bad at all. Tadik maok nangisnya depan kamek madah betapa susahnya hati bila anaknya masok spetar pagi tadik. Alhamdulillah setakat petang tek udah beransur pulih anaknya.
Kasih ibu bawa ke syurga. Kasih ayah bawa bahagia. Ingat anak-anak, jangan jadi durhaka. Doakanlah kedua mereka, kerana anak yang soleh akan bahagia hidupnya di dunia dan akhirat.
Baruk kamek lekak kelaka ngan mak tek. Paduhal haris demam juak. Memang musim nya tok…. (‘.’)
13 february 2009
On the way pergi kerja (macam biasa) ada melimpas stadium mini bintulu. Hari tok ada kejohanan MSSM negeri Sarawak. Lamak juak udah kamek sik nemu kejohanan macam tok.. rindu yang tersangat gilak nak berpeloh atas trek ya. Lamak udah sik nak ngetat otot-otot kaki kamek berekot kelling padang.
Zaman di st joe dolok sik ada kamek miss to take part in track events. Since 1997 until 2001, puas kamek representing my beloved Adrian house. Adrian house, with theme colour of green, the name is in the remembrance of Bro. Adrian. He was the third principle of st joe from the La Salle Brothers.
Bebalit dengan sport days zaman kamek dolok, kamek pernah berlari dalam acara (in order from 1997 to 2001) 800 metres, 400 metres hurdle, 4x400 metres and 1500 metres. Walopun sik penah menang any medal (salu mo encet jak~) kamek tetap bangga coz I was also being a part of the excitement (^^,)
Before sport day start, nang gago la kamek training. my training ground was at civic centre. Masih ingat lagik coach-coach kamek dolok, cikgu Elizabeth nyaoi, cikgu ismail, mendiang cikgu tay, cikgu razak. Pagi awal udah kamek turun training, tapi mun petang memang time panas terit la (3.30pm). Ehe seyhat lalu jak zaman ya, sentiasa besenam.
p/s senaman bagus untuk kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat.
12 february 2009
Ehe, almost all of my fellow its bintulu staffs whistling the song. Nang berantu la lagu ya. Lalu la opis kamek jadi pusat karaoke pop indon. Patut juak Alem bena gilak dengan lagu ya… paling best part urang laki ya… kamek urang dalam opis berduet beramai-ramai.
Biar.. biarkan ada dusta malam ini
Mungkin esok akan tiba bahagia
Bersama yang lain…
Secara otomatik kamek ngidam maok karaoke lagu ya. Hm, terpaksa la nunggu my next trip home…
12 february 2009
Ehe, almost all of my fellow its bintulu staffs whistling the song. Nang berantu la lagu ya. Lalu la opis kamek jadi pusat karaoke pop indon. Patut juak Alem bena gilak dengan lagu ya… paling best part urang laki ya… kamek urang dalam opis berduet beramai-ramai.
Biar.. biarkan ada dusta malam ini
Mungkin esok akan tiba bahagia
Bersama yang lain…
Secara otomatik kamek ngidam maok karaoke lagu ya. Hm, terpaksa la nunggu my next trip home…
Wednesday, February 11, 2009
11 februari 2009
Bercerita pasal sekolah, teselap lagik kamek dengan nostalgia cikgu-cikgu kamek dolok. Rami juak la cikgu kamek masa di st joe. Ehe, kamek paling suka mborah cikgu kamek, bukan pasal ada-ada, tapi sememangnya each of my cikgu are special. Pernah juak la kenak hukum tegal mborah tok, kenak tetak pun puas juak la. Kamek adalah antara makhluk paling rapat dengan cikgu… coz kamek suka duduk depan :-p mata kurang awas~ dan kamek juak antara yang paling dipercayak cikgu (puas jadi monitor lizard). Jadi as tribute to all my teacher, I challenge myself to list down all my beloved teachers. Thank you teachers~ dalam alun lagu kelas kamek urang dolok (^^,)
Cikgu alice leong (BM & PS) cikgu cheah (PS) cikgu sim lee meng (khb) cikgu goh ai hung (khb) allahyarhammah cikgu mariana ali (geo) cikgu teo (BM& sejarah) cikgu ismail (sejarah) ustazah norhayati (PI) sir Lawrence lau (my favourite BI teacher) cikgu chai (m3) cikgu zaimi ghani (sejarah) cikgu james (sains) sir Nicholas jee (geo) cikgu Kristina kong (m3) cikgu joyce wong (science)
Cikgu Richard mejin (sejarah) cikgu Justine jee (khb) cikgu kong (pjk) cikgu darry (bm) cikgu wee hock teng (m3 & add m3, also my tuition teacher) cikgu wong (m3) cikgu hajjah norsiati (bm) madam norhaiza (BI) cikgu hasnita (fizik) cikgu yahya (fizik) cikgu hajjah rosni (bio) cikgu elizebeth Anthony (kimia) cikgu junita (sejarah) ustaz maat drahman (pi) cikgu kang (bm)
Madam mathilda goh (band instructor) mr Anthony wong (band instructor) mr john tay (band instructor)
Special tribute to sir Gareld Lee, mr chang foh soon and mr dominic ng… the principal of SJS kuching.
Betol pepatah urang dolok, guru ibarat lilin membakar diri. Dolok time sekolah memang la sik sedar, tapi aritok baruk la jelas betapa besarnya sumbangan cidak kepada kita. Tanpa ilmu daripada cidak, sik mungkin kita berjaya aritok. Terfikir juak kamek gine cara maok balas jasa cidak. Ingin rasanya kembali ke zaman sekolah dan menghargai cidak sebaik-baiknya (al-maklom kamek time sekolah dolok ada hang cikit). Sik terbalas jasa cidak tok kepada kamek. Mudah-mudahan tuhan membalas jasa kitak cikgu…amin.
Berada di SMB ST JOSEPH KUCHING dari 1997-2001. ora et labora.
skuad kenyalang
Liga Perdana
Stadium Negeri
09 Februari 2009
Berbekalkan semangat untuk mencipta kemengan pertama dalam liga musim ini, Sarawak turun dengan barisan yang sama ketika menentang ATM di selayang. Felda United yang dibarisi oleh beberapa bekas pemain kebangsaan bermula baik apabila mendahului 0-1 di awal permainan. Sarawak yang melancarkan serangan balas, gagal menembusi kekebalan gawang Felda United. Id sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sarawak apabila gagal menyempurnakan tendangan penalty. Kegagalan itu benar-benar menyentak pasukan Sarawak. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-1. pada separuh masa kedua, Sarawak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan supersub Fred Merawat. Ketika hampir berkongsi mata, Felda United dihadiahkan sepakan penalty. Meskipun Aidil bermain cemerlang sepanjang perlawanan, beliau gagal menghalang Felda United untuk mendapat mata penuh. Kesudahannya Sarawak 1- Felda United 2. Bermain di bawah par, begitulah komen peminat terhadap persembahan Sarawak dalam perlawanan ini.
Seterusnya Sarawak akan bertemu T-Team di Kuching pada 13 Februari 2009.
10 februari 2009
POLITIK. Sepanjang minggu tok memang tok jak cerita di Malaysia. Dari Perak sampe ke Kedah. Dari cerita lompat parti sampe ke kesah YB ada ‘kendak’. Segalanya terarah ke PR, kegawatan politik PR sama hebatnya dengan kegawatan ekonomi. BN pada masa ini dilihat sebagai kurang adil kerana ‘merampas’ kuasa. Apapun yang terjadi, kini pemimpin PR sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan membuat pertimbangan. Kita di Malaysia memerlukan kepimpinana yang mampu memimpin dan pada masa yang sama menjadi ‘role model’ kepada rakyat. Tidak mengira kaum atau kepercayaan, seharusnya kepimpinan yang ada dalam Malaysia menjadi tauladan kepada rakyat, khususnya dalam nilai-nilai tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia.
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Prinsip asas seorang warga negara yng baik adalah lima prinsip di dalam Rukun Negara. Sebagai seorang pemimpin Malaysia yang baik, pemimpin haruslah menepati dan mengadaptasi prinsip ini. Kita ambil contoh parti-parti politik yang ada di Malaysia; BN (semua parti komponennya), PKR, PAS, DAP. Adakah parti-parti ini benar-benar tepat dalam mengadaptasi prinsip yang 5 ini? Perkara ini harus dinilai.
~BN ada masanya mempunyai segerombolan pemimpin yang korup. Namun begitu, seringkali juga BN akur terhadap undang-undang dan keputusan mahkamah. Pertikaian demi pertikaian lazimnya berakhir dengan muzakarah ataupun di mahkamah. Daripada 5 BN memenuhi 4.
~PKR mempunyai persamaan pandangan dengan BN dalam isu agama. Akan tetapi, umum mengetahui PKR ditubuhkan pada saat sokongan kepada DSAI menular di jalan-jalan Ibukota (perhimpunan haram). Malah kepimpinan PKR sering menggunakan pihak ketiga (individu mahupun media asing) dalam mendapat perhatian dan sokongan umum. Ternyata tindakan ini membuka pekong di dada dan memcacatkan reputasi negara di mata dunia. Daripada 5 PKR memenuhi 1.
~PAS merupakan parti politik bertemakan Islam. Akan tetapi, kredebiliti PAS ternyata terkikis dalam beberapa hal. Paling segar adalah tindakan penyokong parti ini di Perak. Kadang kala, tindak tanduk PAS lansung tidak menepati ciri-ciri islamic nya sendiri. Daripada 5 PAS memenuhi 1.
~DAP merupakan serpihan PAP. Umum mengetahui bagaimana PAP ini begitu lantang dan tidak menghormati kontrak sosial rakyat Malaysia. Meskipun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, prinsip mereka lansung jauh daripada pengertian dan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Malaysia ala DAP membelakangkan kontrak sosial. Daripada 5 DAP memenuhi 1.
Setuju atau tidak, tiada satu pun parti politik dalam Malaysia yang memenuhi 5 prinsip ini. Pemimpin dan rakyat harus kembali menilai perkara ini. Angin perubahan harus bertiup. Bertiup ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Dulu, kini dan selamanya...
Thursday, February 5, 2009
skuad kenyalang
2nd leg 1st round
berlansung di stadium MPS, berbekal agregat 6 - 1, Sarawak bermula dengan yakin. coach RA menurunkan kesebelasan utama dengan Samihad Ahad menjadi penyerang utama. 1st half terikat 0-0 meskipun ada dua gol daripada Samihad yang offside dan JK terlepas satu penalti. gol Srawak muncul pada 2nd half melalui tendangan sudut Id dan disudahkan oleh Capt Fadli. gol kedua melalui Samihad setelah tendangan Zamri gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM. aidil bermain cemerlang, barisan pertahanan yamg mantap, tengah yang hidup... mun ekot komen cidak media.
syaday kenyalang!!!!!
next round kita akan melawan T-Team.
06 februari 2009
ketakutan di hati teng tiba muncul. beberapa hari tok, bibit-bibit perpecahan umat Malaysia muncul. atas dasar mahu berkuasa, sanggup mengkhianati kuasa rakyat. tunding-menunding, tuduh menuduh, seakan-akan retorik atas apa yang berlaku di Palestine.
sejak daripada 8 mac, DSAI ulang kali melaungkan akan ada paling tadah dari kem BN ke kem PR. 31 ogos, 16 september, 31 disember... terus-terusan DSAI melaungkan sokongan kepada yang mahu melompat parti. kemenangan-kemenangan PR di dalam 2 pilihanraya kecil (permatang pauh dan kuala terengganu) meyakinkan DSAI yang putrajaya semakin hampir dalam genggaman. negeri Perak menyaksikan seorang YB BN bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan DSAI. YAB MB Perak dengan tegas menyifatkan ini tindakan berperinsip. selang seminggu, satu lagi siri 'tindakan berperinsip' terjadi. kali ini terjadi berskala lebih besar sehingga menggadaikan majoriti dan kuasa kerajaan negeri milk PR. seperti diduga, DSAI dan seluruh pimpinan PR tersentap lalu menidakkan majoriti dan perkembanagan terbaru ini.
lucu. sudah semestinya (seperti di ketahui umum) DSAI juga mempunyai perancangan plot yang seumpama ini untuk PR, iaitu YB BN berpaling tadah dan menyertai kem beliau. akan tetapi impian indah beliau kini bertukar buruk, dan DSAI sekarang terpaksa bermati-matian menidakkan impiannya sendiri. walauapapun yang terjadi kini, keadaan politik malaysia pasti akan lebih celaru. paling ditakuti, rakyat akan beremosi dan selanjutnya akan mengakibatkan kejatuhan rakyat dan negara sendiri. nyata kini, pilihan kita pada 8 mac dahulu belum benar-benar matang. masih ramai YB yang dipilih tidak menepati standard sebagai pemimpin yang baik. nyata dan jelas. pemimpin yang tidak tetap pendirian, membohongi rakyat, membelakangkan undang-undang, menderhaka pada sultan, tidak menghormati kontrak sosial, tidak sensitif terhadap isu perkauman... YB sebeginikah yang kita mahu? tepuk dada tanya selera. sememangnya tsunami 8 mac membawa kemusnahan,tidak pun secara fisikal, tetapi terhadap pembangunan bangsa Malaysia tempiasnya tetap terasa.
lompat parti atau berpaling tadah ini bukan perkara baru, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sarawak, Sabah dan Kelantan pernah satu ketika kucar-kacir gara-gara kelakuan ini. mungkin seluruh kepimpinan BN, PR dan politikus di Malaysia, harus berfikir sejenak tentang perjuangan mereka. janganlah terlalu ghairah sehingga memakan diri. ibarat meludah ke langit, yang celakanya diri sendiri.
cuma tinggal harapan dan doa. mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk perdamaian. yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. semoga kita mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku. pilihan kita setiap lima tahun adalah serius. pilihan kita bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk bangsa, agama dan negara. bukan sekadar balas dendam atau kerana jalan dinaiki air setiap kali musim hujan.
Sunday, February 1, 2009
team kenyalang
1st win of the season, 1st win at home and the lads has made it so special. Against ATM, the Hornbill strike 6 and let loose 1. Gol-gol Sarawak disumbangkan oleh JK (3 goals), Kamri Hamlet (2 goals) ngan Zamri. Permainan yang menarik, pemain-pemain yang berbakat, strategi yang teratur… giya la bunyi report dari ultracrocs and media. Good luck Sarawak for the next match.
al-fatihah
01 february 2009
Minggu yang panjang, cuti yang panjang, kegembiraan yang panjang.
Cuti panjang tok kamek ‘cuti-cuti malaysia’ ke miri. Niat hati nak ngabas NAdiA ngan nek Monten.
Antara activity kamek di miri adalah bershopping~ ehe padan juak urang brunei suka pegi miri. Shopping kompleks ngan barang-barang nya nang bagus-bagus. DVD muarh-murah, seluar style-style (rega murah juak) ngan baju kacak-kacak (pun murah juak) nang sik terlepas la...
Sempat juak la kamek ngan NAdiA ngabis masa dekat ‘miri crocodile farm’. Paduhal ada juak mini zoo kat ctok. Teringat zaman nemiak-nemiak dolok, salu bapak embak melawat zoo datuk noor tahir. Line up binatang cya adalah buaya, monyet, kancil, beruang ngan kucing hutan.
Bang Weng: binatang apa makan pisang?
Haris: munyet~
Pertama kali dalam hidup kamek merasa permainan yang namanya bowling. Suk juak duhal mainan tok. Walopun sik perfect main, ada juak la 3 kali strike, ngan banyak kali masok parit~ kelak mun ada balit kuching maok kamek embak cdak suma main bowling.
Tapi yang sedehnya sik sempat nak ngabas nek Monten. Kamek tepusin-pusin kat piasau jaya, datang makey jeraya depan, datang makey jeraya belakang. Ndak juak kamek nemu lorong 7. lain kali jak kamek try lagik, susah juak susun taman ya.
Last but not least, happy birthday to Danish Zaedi... happy birthday Dayangku Nabila binti Awang Habibullah... selamat panjang umo dan murah rejeki. Sikpun kamek berik prezen, tapi kamek berik doa pakei kitak... amin.