Thursday, December 10, 2009

11122009

alhamdulillah.

sekali lagi bertemu kita dengan hari jumaat, penghulu segala hari. Semoga kita bersama beroleh barakah daripada Nya. Insya Allah.

niat. Marilah kita bersama membetulkan niat kita seharian. Kembalilah kepada niat asal kita yang hakiki, yang asli dan yang tabi'i. Lillahita'ala (kerana Allah taala). Semoga Allah memberkati kita.

Tuesday, November 17, 2009

17112009

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya

Apa yang kurasakan ini

Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu


al-fatihah. in the loving memory of
Almarhum Awang Yusuf Bin Awang Ahmad (1956-2009)
semoga rohnya ayahanda dicucuri rahmat oleh Nya
dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh
serta masuk jannah (syurga)

Friday, August 28, 2009

29 august 2009

sekadar coretan menjelangnya sambutan kemerdekaan malaysia..

seperti mana tema sambutan tahun ini, '1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', secara amnya merupakan saranan untuk kita bersatu dalam era kesusahan ekonomi, politik dan sosial yang sedang kita hadapi. disebalik nahtijah perpaduan dalam wadah '1malaysia', masih ramai yang bersikap sinikal terhadap retorik dan cogankata ini. kononnya strategi baru kerajaan untuk memenangi hati rakyat setelah kegagalan 8 mac 2008. ada juga yang beranggapan ini hanyalah satu usaha untuk mewujudkan satu kerajaan. nilai-nilai positif dalam '1malaysia ini sengaja atau tidak diperlekehkan.

'1malaysia' menganjurkan pewujudan bangsa malaysia yang bersatu-padu. rakyat malaysia terdiri daripada puluhan kaum etnik dengan pelbagai latar belakang sosio ekonomi. di sarawak sahaja misalannya, tidak kurang daripada 30 kaum etnik yang mana kebanyakannya adalah penduduk peribumi. berdasarkan konsep '1malaysia', kita di satukan menjadi bangsa malaysia atau lebih tepat sebagai orang malaysia. bukan ini menandakan satu penindasan atau penghapusan etnik, tetapi sebagai penyatuan kita semua. perlu dilihat secara positif, jika diadaptasi, jurang pemisah antara kita dapat dikurangkan.

jadi apabila ditanya pada anak melayu 'saya orang malaysia, berbangsa melayu'..
apabila ditanya pada anak cina 'saya orang malaysia, berbangsa cina'..
apabila ditanya pada anak iban 'saya orang malaysia berbangsa iban..
begitulah seterusnya...

berdasarkan konsep '1malaysia', rakyat dari pelbagai fahaman agama disatukan. mengadaptasi pelembagaan persekutuan yang menyebut agama islam sebagai agama rasmi, agama lain masih boleh dianut secara bebas. rasa hormat-menghormati sesama kita perlu ada dan sentiasa disemai dan dibesarkan. setiap daripada ajaran agama menganjurkan kita untuk hidup bersama secara aman dan tidak bermusuhan. konsep ini harus dihayati dengan sebaiknya demi muhibbah hidup kita di tanah merdeka ini.

berdasarkan konsep '1malaysia', tanpa mengira pegangan dan kepercayaan, kesejahteraan rakyat mesti kita utamakan. tidak terhad kepada mana-mana pihak, tetapi saranan ini meliputi semua 'orang malaysia'. marilah kita kurangkan perbalahan, banyakan permusyawarahan, ringkatkan permaufakatan kerana pada penghujungnya adalah ketetapan dan pilihan kita sendiri. kita boleh menjulang kejayaan jika itu yang kita pilih, kita juga boleh meratapi kegagalan jika itu yang kita pilih. buangkanlah kepentingan diri untuk kuasa dan nama, sisihkan kepentingan diri untuk pangkat dan darjat. berjuanlah dan berbaktilah demi rakyat, malaysia dan tanah merdeka ini. sesungguhnya kejujuran itu dibalas dengan kemulian, tetapi kebobrokan dan kejahatan akan dibalas dengan kemurkaan, kehinaan. mungkin tidak hari ini, tetapi di masa mendatang pasti mendapat balasan...


p/s buka mata, buka minda, kita anak merdeka


Tuesday, August 11, 2009

12 august 2009

Dari 02-09 ogos 2009 langit bintulu dihiasi beribu layang-layang@wau@wo@gudi yang berwarna-warni. (^^,) borneo international kite festival 2009 telah berlansung dengan meriah. Ada persembahan wo, ada persembahan pentas, ada gerai-gerai makan dan sik lupak juak gerai-gerai serbaneka di sekitar tapak pesta.

Meriah.. walaupun sedikit down disebabkan H1N1 dan jerebu yang berlaku, tapi sambutan yang diberikan adalah menggalakkan. (^^,)sempat juak la kamek jengok-jengok kat sia dan sempat juak la duit kamek jengok-jengok kat gerai-gerai ya.

Tok ada a few photos to share with you guys. Banyak gudi-gudi yang kacak-kacak especially from Japan ngan Thailand.

macam payung terjun..tapi bukan
kuda laut atau kuda angin?? (^^,)kuda makhruk kali...
warna-warni pesta gudi kat airport lamak...





Thursday, August 6, 2009

07 August 2009

hari tok jumaat...

penghulu segala hari, hari yang dimuliakan dalam islam, hari untuk kita memuhasabahkan diri. kamek maok mengajak semua yang membaca tok untuk merenungi satu perkara. kezaliman kita terhadap alam kita tok.

tanpa kita sedar, dari hari ke hari semakin banyak pencabulan yang kita polah terhadap bumi kita tok. tangan-tangan kita yang menebang pokok-pokok untuk dijadikan modal perniagaan multi billion. tangan-tanagn kita yang membakar tumbuh-tumbuhan semula jadi demi alasan 'berbudi pada tanah'. tangan-tangan kita yang membuang sampah sarap, uras-uras kita semata-mata untuk memastikan kawasan rumah atau lingkungan kita beresi. masya-Allah...sebenarnya kita telah mencabul nikmat semulajadi yang Allah berik kepada kita.

dewasa tok manusia seolah-olah udah malas nak berfikir. membuat spekulasi melulu, membuat andaian yang sedap berperisa kontrevesi untuk didengar malah menunding jari kepada sesiapa sahaja yang layak untuk di tuduh. panas, suhu nait, air kotor, udara berdebu...tok la keluhan anak bumi tok dewasa kini.

bila jerebu, nganok urang negeri sebelah. bila panas, madah daripada kilang-kilang. air kotor, madah pihak berwajib sik bekerja. sik pernah ka terpikir bahawa segalanya bermula daripada kita sendirik?! tiba masa anak dunia untuk berhenti dan berfikir, memuhasabah diri dan kembali kepada tabii.tabii kita manusia untuk mengesakan Allah. apabila kita berpegang teguh kepada tali Allah, kiat akan menjadi manusia yang lebih sempurna dan tahu bersyukur.

orang yang beriman dan bersyukur tidak akan melakukan pencabulan terhadap kurniaan yang maha esa. orang beriman dan bersyukur akan sentiasa meletakkan sesuatu yang hak berada pada tempatnya. pembangunan dan perkembangan kehidupan kita tidak pernah salah. apa yang salah adalah kelemahan kita menguruskannya.

p/s jadilah hamba yang bersyukur...menjadi khalifah mentadbir dunia..

Tuesday, July 7, 2009

07 July 2009

selama hari tok, belom pernah gik kamek nemu kes yang 'sekurang hajar' tok. udah la sik hormat ngan urang, prejudis ngan urang kerek kanan, kurang hajar gik ngan urang tua, boleh molah jenayah lagik ya. on top of all, nya baruk memasuki awal usia belia.

hm, satu pakej yang fatal dan menggelapkan masa depan sendiri. yes, masa depan sendiri. kiranya kes tok ibarat menggali kubur sendiri. tapi dalam realiti kehidupan yang sebenar, telajak perahu boleh diundur, telajak laku tanggung sendiri. buruk baik perbuatan kita, buruk baik balasan selepas ya, semuanya kita sendiri yang tanggung.

sedih rasanya nangga anak bangsa sendiri yang berperilaku sedekimian rupa. sepatutnya, apabila semakin berpelajaran seorang anak adam ya, semakin rasional lah tingkahlaku nya. semakin berusia, semakin matang tindak tanduknya. tetapi zahirnya tidak berlaku pada zaman ini. sungguh menyedihkan...

bukan apa kamek bercerita gitok, keluarga kamek baru mendapat masalah. kamek urang menjadi mangsa khianat urang lain. memang panas lah kes tok, dari siri kejar-mengejar atas jeraya, melangkong kayu hoki, siri sms ugutan, sampei kemuncaknya merosakkan harta benda kamek urang. laporan polis dah dipolah, so, biar pihak polis menyiasat dan mengadili petualang kepada segala petualang tok.

kepada hamba Allah tersebut, kamek mohon segera bertaubat dan menginsafi ketelanjuran yang telah dilakukan. segera memohon maaf. walaupun pada kamek kemaafan ya hampir sik dapat diberi, tetapi sekurang-kuarngnya kita sudah sungguh-sungguh memohon kemaafan.

p/s perbuatan yang memang sik dapat dimaafkan, antara nya ngan Allah jak la... mudahan nya bertaubat.

Monday, June 29, 2009

29 JUNE 2009

bekerja. dalam bekerja perlu komitmen dan konsentrasi.menjadi amanah bagi kita pekerja untuk mlaksanakan tugas kita ya sebaik mungkin. akan tetapi, apa nak dijumpa kamek malam tok ada sedikit lain nya.
kisahnya gitok, kamek pegi shoping kat one of the famous hypermarket kat bintulu. before kamek becarik barang makan, kamek pegi departmental store nya dolok. pilih stoking, bayar, bungkus dan lepas ya kamek turut ke ground floor... supermarketnya. waktu mok start servey barang, kamek kenak tahan guard. nya nyuruh kamek tinggalkan stoking baru kamek tek kat luar. tekejut kamek, apa la kenak mengenak stoking ya dengan barang dapur kat tingkat bawah ya. ehe, ndak patut juak kamek boleh disuspek mencuri, atau sik bayar barang sedangkan di ground floor ya jual barang dapur ajak. paduhal tek guard di siya ada skema sikit.
nak dijadikan cerita dan drama, salah seorang guard ya tadik terjumpa kertas bungkus biskut tiger kosong atas lantei. kedak dalam cerita hollywood, paling kurang pun kedak geras khas, pasukan penyiasat terus bergerak. ehe, dengan walkie talkie cidak, muka tang benar, sungguh-sungguh la sidak menyiasat. kamek tek jadi layap indah dengan karenah cidah. ada yang gago nyuluh bawah rak barang. ada yang gago anta info dengan kawannya lain. ada juak yang menyiasat apa brand bungkus ya tek, siap main cium-cium plastik gik ya. ehe, kamek rasa mesti cidak tok bekas polis. gian maok beraksi. benda remeh macam ya pun maok kamboh-kamboh.
barangkali cidak udah taksub dengan kerja dan tugas cidak. kagum juak nangga cidak, tapi pada masa yang sama jenaka pun ada. imagine jak apa la finding cidak dengan bungkus kosong tek... bikan dapat nangkap pencuri pun... paling-paling pun sidak just dapat tauk apa brand bungkus ya (which is biskut tiger).
ps: tugas tetap tugas, tapi mun dah carried away dan hanyut macam ya susah juak... jadi bahan tetak urang jak... ehe

Friday, June 26, 2009

26 june 2009

malas kamek nak becerita panjang (^^,)
sebulan setengah kamek nunggu barang tok datang...
dari USA... last2 sampey juak nya...
mok tauk apa ya?





ehe, drum pad bah... tok adalah simulator surface drum... walopun sik bunyi macam drum, tapi rasa nya sama macm drum... bouncing nya kurang lebih macam real drum... paling best tentang model tok adalah nya tunable... boleh terit boleh sik... key nya boleh dipulas makei screwdriver biasa jak... so, apalagik kamek drumming lok... dat!dat!dat!dat!
Posted by Picasa

Monday, May 25, 2009

25 MAY 2009


Gold
SMK St. Joseph, Kuching
Silver
SMK Chung Hua, MiriSMK St. Joseph, Miri
Bronze
SMK Green Road, Kuching SM Riam Road Middle School, Miri SMK Bintulu
Participartion Cert
SMK Tung Hua, SibuSMK Tiong Hin, Sibu
Best Percussion: St. Joseph, Miri
Best Color Guard: St. Joseph , Kuching
Best Drum Major: Riam Road Middle School, Miri
Best Preparation:Chung Hwa, Miri


Tok adalah result bagi Sarawak school marching band competition 2009. berlansung di sibu, pertandingan tahun tok (pada pemerhatian kamek) antara yang paling kompetitif sejak petama kali diadakan. Seperti biasa tiga band tonggak utama st joe kuching, chung hua miri, st joe miri berentap lagik dengan sengit tahun tok. Meskipun penguasaan 3 kuasa besar di Sarawak tok belum dapat dipecahkan, peningkatan pada band-band lain patut dilihat sebagai petanda yang positif. 3 band yang menerima bronze medal telah berjaya merapatkan jurang dengan 3 band kuasa besar.

St joe kuching sekali lagi membawa pulang kejuaraan untuk kali yang ke-8 sejak 2001. kejayaan manis kali tok datang dalam keadaan yang luar biasa. Persembahan yang menarik, bertenaga serta teratur. Formasi bertema ‘this is football’ memang menjadi. Susunan music yang bertepatan menjadi senjata ampuh untuk st joe merangkul kejuaraan tahun tok. Seperkara lagi yang sik dapat dinafikan adalah kecekapan dan skill tinggi para guards st joe tahun tok. Persembahan menghampiri sempurna di semua section. Diharapkan st joe akan mengukir kejayaan di peringkat nasional kelak.

Mengekori di belakang st joe adalah band chung hua miri. Dengan reputasi sebagai johan festival antarabangsa (bukan world champion), chung hua miri turun padang dengan keyakinan tinggi. Formasi yang bersih dan music yang dinamik. Pemilihan music yang agak malap@slow dirasakan kelemahan ketara band ini. Kecuali lagu pada formasi finale (Arabian night mun sik salah title nya), lagu-lagu lain seolah-olah menekan mereka ke bawah. Static music yang terlalu panjang juga memerangkap chung hua. Walaupun giya, pada kamek, chung hua layak menerima gold medal, tapi sebaliknya.

St joe miri. The best drumline in sarawak. Sik dapat dinafikan cidak adalah yang paling skill. Drumline yang bersih, cadence yang bertenaga dan marking@placing yang tepat. Namun begitu, formasi st joe miri masih biasa-biasa dan sikda ‘x-factor’ yang boleh mengangkat cidak. Music yang dimainkan juak masih biasa-biasa, dan ketara sekali mengulang susunan music vicc. Daripada 5 lagu, sik kurang daripada 3 adalah yang pernah dimainkan vicc.

Green road, bintulu dan riam road telah menunjukkan peningkatan tahun tok. Paling mengujakan adalah kemampuan riam road untuk bersaing dengan band lain. Mun maok dikira, cidak adalah yang paling junior. Mun diteruskan momentum tok, sik hairan mun 3 buah band tok pada masa depan akan molah 3 band utama pening kepala.

Secara keseluruhan, Sarawak patut berbangga kerana mempunyai banyak band berkualiti tinggi. Sik keterlaluan mun dipadah, peringkat negeri tahun tok sama panas dengan peringkat kebangsaan. Mun dihantar 3 – 4 band dari Sarawak, semuanya boleh compete di sinun. Kepada semua band, teruskan perjuangan dan jangan putus asa.

p/s st joe banyak supporters ariya, banyak parents datang dari kuching…. Ora et labora…


Posted by Picasa

Saturday, May 16, 2009

re:17 may 2009

tanggal 16 mei setiap tahun, kita merayakan hari guru.

jadi kamek dalam entry tok ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik. khas buat yang pernah mengajar kamek, terima kasih cikgu, bakti mu ku sanjung, jasa mu ku kenang, nama mu mekar dalam ingatan, padamu ku doakan selalu kebahagian...

banyak udah guru-guru kamek, dari tadika bina, sekolah jepang, di st joe, di chermai jaya, di unimas, terasa kerdil di hati kamek. sik terbalas pun jasa sidak yang sangat besar dalam membentuk jatidiri dan wadah kamek aritok.

sik lupak juak guru-guru kamek di rumah, nek met, nek abuk, mak, bapak, nek oteng, serta semua sekali la... walopun sik formal, tapi kitak semua la yang banyak mengajar kamek selamak hari tok. terima kasih semua.

p/s jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang jeneral menang perang,
jika hari ini seorang presiden memegang kuasa,
jika hari ini seorang raja naik takhta,
jika hari ini seorang insan jadi mulia,
semuanya bermula dari seorang pendita mulia,
pendita mulia guru namanya.

17 may 2009

juara!!!

pelajar tunggal sarawak di final af7, HAFIZ telah mencatat sejarah selaku juara pertama af dari sarawak. tahniah diucapkan kepada hafiz. memang sik dinafikan pelajar-pelajar tahun tok memang best out of the best, tapi bakat hafiz tok memang menyerlah sejak dari minggu pertama lagik.

pada pandangan kamek selaku urang yang ada darah ahlil muzik (^^,) bakat hafiz tok memang luar biasa. penghayatan yang tinggi dalam lagu, pitch yang menarik, blend up well with songs and music... susah maok nemu urang berbakat macam tok. lebih kurang kedak satu dalam berjuta bintang juak la...

anyway, kepada hafiz, teruskan perjuangan seni anda, berusahalah untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik (kira jadi outclassed singer la..). kamek semua (^^,) akan tetap menyokong hafiz.

p/s hafiz tok josephian sama macam kamek.. ora et labora!!!!

skuad kenyalang

matchday 12
vs proton fc

sarawak tanpa kemudi utama sekali lagi menemui jalan buntu apabila ditundukkan proton fc 4-2. sarawak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, melalui 2 gol mudah pauskan lawan. gol-gol sarawak pada separuh masa kedua dijaringkan oleh zamri morshidi.

Friday, May 15, 2009

skuad kenyalang

matchday 11
stadium sarawak
vs sdm kepala batas

sarawak berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah 5 bulan mengharungi liga musim ini. sarawak terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-10, tetapi berjaya menyamakan kededekan pada minit ke-33. beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama, sarawak berjaya menambah jaringan menerusi joseph kalang. tiga mata paling berharga untuk sarawak.

sarawak kehilangan kemudi utamanaya apabila ketua jurulatih robert albert ditamatkan kontrak berikutan kegawatan kewangan yang dihadapi sarawak kini.

Sunday, May 10, 2009

10 mei 2009

sembilan bulan senbilan hari mengalas cabaran, mengharung dugaan.
bila tiba harinya, bersabung nyawa demi menyaksikan satu kelahiran seorang insan
meneruskan perjuangan membesarkan insan.
memastikan kurang dan cukupnya kehidupan insan sekalian
menumpahkan kasih sayang yang tiada penghujungnya
ibu...
pengorbanan mu ku hargai
akan tetap ku menyayangi mu seumur hidup ku....
selamat hari ibu...
ps buat mak, kamek di kejauhan tok sentiasa merindui dan menyayangi kitak..

Friday, May 8, 2009

08 may 2008

Gawat. Gawat. Gawat.

Tercuit hati saya untuk menulis kali ini mengenai hidangan terbaru senario politik tanah air dewasa ini. Heboh dalam kebanyakan media masa hari ini memperkatakan tentang kegawatan terbaru ini. Seperti biasa, saya akan cuba mengupas perkara ini dari perspektif 3 pihak. Pemimpin, rakyat, media.

Pemimpin adalah golongan yang diangkat oleh rakyat untuk memimpin negeri dan Negara. Secara tidak lansung, pemimpin berada satu tahap di atas rakyat.pada tahap ini, mereka harus menjaga tatasusila agar tidak dicemari dengan unsur negatif. Pada pasca 8 mei ini, kepimpinan yang diangkat rakyat kini menunjukkan keupayaannya. Bukanlah keupayaan untuk mentadbir dengan cekap, tetapi keupayaan untuk menghuru-harakan keadaan. Pada saya, apabila seseorang itu diberi peluang untuk mengenakan pakaian rasmi (baju nombor 1), itu merupakan satu prestij yang tinggi serta datang bersama tanggungjawab yang berat. Disiplin, intergriti dan tatasusila si pemakai hendaklah terjamin daripada kecelaan. Akan tetapi, pada insiden terbaru ini realitinya amat menyedihkan. Beginikah pemimpin yang kita cari? Di mana perginya perjuangan demi rakyat? Di mana perginya keadilan untuk membela bangsa? Cuma yang terbukti kini adalah ketamakan dan kemaruk kuasa serta pangkat. Mungkin mereka yang kononnya bergelar wakil rakyat ini, perlu memuhasabahkan diri. Menilai baik buruk tindakan mereka selama ini. Apa yang berlaku kini tidak akan menguntungkan sesiapa juga, tidak kira di pihak pro mahupun kontra. Paling menyedihkan, yang tersepit adalah rakyat, menerima kesan negatif dari perkara ini. Politik gaya tuan guru diketepikan sama sekali, gaya politik celupar diadaptasi, gaya politik demonstrasi menjadi aspirasi dan gaya politik toleransi lansung tidak diingati. Api yang disemai ini semakin memakan dan memamah rakyat.

Rakyat adalah golongan umum. Umum inilah yang mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi pemimpin. 8 mei 2008, umum bersuara untuk memilih hala tuju baru. Bagaimana ini terjadi? Menurut pemahaman saya, ini merupakan protes daripada rakyat, demi suara mereka akan lebih kedengaran. Keduanya adalah kesan daripada api kebencian yang sengaja ditiup oleh sang gembala yang punya kepentingan sendiri. Ketiga adalah ketidak matangan rakyat dalam soal memilih pemimpin. Pertaruhan rakyat pada 8 mei itu adalah tinggi nilainya. Seharusnya, rakyat bertindak dengan lebih bijak, memilih mereka yang benar-benar berkaliber dan bertanggung jawab. Bukan sekadar untuk menukar angin kepimpinan semata-mata. Inilah masanya untuk rakyat membuka mata sebesar-besarnya, menginsafi dan tidak akan mengulanginya pada PRU yang akan datang. Aspirasi individual hendaklah ditolak sama sekali, sebaliknya aspirasi perjuangan demi rakyat hendaklah didokong sepenuhnya. Dalam pada itu, keihklasan peminpim juga harus dinilai seberat-beratnya dalam pada membuat pilihan.
Media. Saban hari kita dimomokkan dengan berita-berita yang saling bercanggah antara media. Di mana silapnya? Intergriti media kini semakin tercalar. Seharusnya media menjadi lidah kebenaran dan bukanlah tunggangan perjuangan sempit mana-mana pihak. Hendaklah diingat bahawa media merupakan sumber maklumat kepada rakyat. Maka, apa yang dihidangkan di dalam media secara tidak lansung membentuk pemikiran rakyat.

Kini, terserahlah kepada semua untuk bermuhasabah dan mempertingkatkan kualiti diri. Buangkanlah apa sahaja yang negatif, perbaikilah diri agar menjadi yang terbaik. Masa depan milik kita bersama.


al-fatihah

Belasungkawa buat seluruh keluarga allahyarhammah hajjah lela (bintulu) atas kembalinya beliau pada hari sabtu yang lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Belasungkawa juga buat seluruh kerabat allahyarham mok ismail haji duet atas pemergian beliau pada hari selasa yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, May 1, 2009

01 mei 2009

selamat hari pekerja 2009
semoga tahun ini tidak kita bermalas lagi
lipat gandakan usaha
tingkatkan produktiviti

Wednesday, April 29, 2009

al-fatihah

wa pon laki kepada wa long (petunggal mak) telah kembali ke rahmatullah hari marek. jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan hari tok. semoga roh nya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

sigek lagik belasungkawa untuk keluarga CM tok uban. puan sri hajjah laila taib telah kembali ke rahmatullah petang tadik. perginya beliau akan sentiasa diingati sebagai sri kandi kebajikan sosial di malaysia. semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


p/s untung nasib hanya dinilai pada amalan..

29 april 2009


sebelum dan selepas.....

Alhamdulillah, bila bangun pagi tadik, syukur rasanya bila masih dikurniakan kudrat oleh Allah untuk menghirup udara segar pagi tok. Masa kemas-kemas tadik, kamek nangga muka kamek empun dalam cermin… makin tembam kamek tok (^^,)

Sik tauk apa alasan dan sebab nya. Mungkinkah kamek banyak gilak makan? Mungkinkah kamek kurang bersenam? Mungkinkah kamek memang sihat dan tembam? Mungkin ada teori kemanusiaan nya sendirik, menarik minat kamek untuk berfikir dan menilai kembali apa yang sebenarnya berlaku.

Soal makan, kamek rasa kamek sikda over gilak makan. Walopun sik disiplin, tapi kamek memang ekot breakfirst, lunch ngan dinner. Nak kata makan banyak lemak sik juak, sebab nasik, sayur ngan ikan kira udah jadi ruji kamek. (^^,)tapi kadang-kadang ada juak la melajak makan sampe 2 kali tambah. Ya pun mun masa lapar gilak atau ada skip jam makan yang sebelum.

Bersenam. Maybe kekurangan tok la yang jadi penyebab nya. Kamek ngakuk kamek kurang bersenam. Akan tetapi, mengikut cara kerja kamek yang sangat fizikal, seimbang juak la rasanya dengan jam bersenam kamek yang terkucil ya. Berjalan di jetty yang panjang, ulang alik berkali-kali, nait turun tangki.. kurang lebih sama la dengan bersenam mun giya. Selalu orang nyebut, bila malas bergerak, badan akan nait, tapi kamek tok aktif, hm…

Takdir. Sik kira la, maok kurus melidi ka, maok gemok mengetong ka, bersyukur jak la dengan keadaan kurniaan Allah. Lagik sigek, bersyukur juak kita masih sihat dan sikda penyakit. Penting kita untuk selalu syukur, bila syukur kita ingat ngan Allah, bila ingat Allah kita sik kufur.


p/s jangan banyak komplen

Thursday, April 23, 2009

23 april 2009

hari yang banyak kisahnya hari tok.
tuan haji datang dari kuching untuk inspection office kamek aritok. banyak la juak yang di hilight nya tadik. hal lab kamek pun nya sik lupak. ada juak nya bertanyak ngan kamek urang. mudahan hal tok cepat selesai dan dapatlah kamek kerja dengan lebih selesa lagik.
masuk jam lunch, kamek urang pun turun dari opis untuk ke kereta, nak keluar makan kat kedey. sekali terjumpa pak cik towkay kanteen port. sempat la kamek bertegur dan bercakap sekejap. masa mereverse ya 'gedegang!' sik di sangkak kamek melanggar kereta pak cik ya. masya-Allah... kamek terus nervous-nervous park kereta, terus check kereta pak cik. ada terbiut sikit. kamek terus mencarik nya dan mintak maaf. nasib lah masih ada urang yang baik hati macam pak cik dalam dunia tok. nya padah
'sik apa, kitak sik sengaja, sik dahal udah takdir'
alhadulillah. kamek mintak ampun dengan nya dan nya pun pergi. myvi kamek lengkek cikit. tapi yang kamek terpegun adalah bunyi yang kuat tadik sik sebela dengan kerosakan 2 kereta tok.. tapi syukur juak la sikda apa-apa..
ps; lepas tok lebih careful bila reverse

Friday, April 17, 2009

19 april 2009

hari minggu lagik sekali, dah masuk pertengahan bulan april 2009.
hari tok kamek pergi pengilan urang kawen kat RPR sebiew. to my surprise, banyak duhal adik kakak dirik pun yang ada di bintulu tok pengilan di ciya. sik sangka juak la. sayang sikda ambik gambar (ehe, sikda kamera sebenarnya...).
betol kata urang, lain padang lain belalang, lain tempat lain caranya. sik kira apapun caranya, majlis yang seumpama tok memang sentiasa meriah. paling menarik yang kamek temu aritok adalah acara lawan hadrah. hadrah dari sebelah urang laki ngantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. hadrah dari sebelah pengantin perempuan nyambut pukulan sidak lelaki. jarang ada acara macam tok. memang meriah la. hadarah sidak belah perempuan siap ada presentation lagik (sayang kamek sik ambik gambar... sikda kamera...).
tapi terkilan juak la dengan mc bertugas hari tok (nama dirahsiakan). ada ka patut nya memulakan majlis dan memasang lagu-lagu pada masa urang lagik khatamal quran. ya baruk sik hormat. boleh pulak nya nyela urang makan awal. paling sedih bila urang tahtim maca doa khatamal tapi sikda urang ngamin. urang gik nadah makanan. alamak... kesal juak, mun kamek kelak, sik maok la ada hal-hal macam tok... sepatutnya, urang khatamal diutamakan, biar urang habiskan dolok, baruk mulakan majlis. mun sik maok aher, khatamal mulakan awal dolok. biar bergema ayat suci dan urang mendengarnya dengan tawadduk. kan sama-sama dapat pahala.
menu. sebagai anak katering, memang sik sah la mun sik komen menu urang. ehe, standard di bintulu tok adalah nasik minyak, ayam kurma, daging masak hitam ngan sayur campur. lepas ya ada extra menu tadik, rojak tambi. interesting, rasa sik kalah, boleh tahan (tapi sik dapat lawan air tangan azizah katering). makan secara buffet, memang ringkas, tapi mesti maok susun majlis dengan betul-betul, mun sik, kompom kelam kabut jadinya. tok memang ekot style cidak brunei, tapi di sinun, ledih teratur coz sidak ada unlimeted space. so, kamek lebih prefer style hidang seperah. walaupun more rigid, tapi at least tetamu datang di layan dengan lebih bagus.
ehe, suka ajak komen pengilan urang. len kali boleh melawan JJCM, ganti dengan JJPM. Jalan Jalan Pengilan Makan. (^^,)ehe.

Thursday, April 16, 2009

16 april 2006

baru-baru tok, kamek empun interest towards 'drum corps' datang balit. maybe tok dah dekat-dekat season nya. ehe, sik sabar maok nangga perkembangan season tok. mudahan lebih meriah ngan lebih kompetetif.
of course, seperti biasa my support will be to 'st joe band' di peringkat state and national. international i'll go with 'the cavie'. mudahan duak buah drum corps tok success tahun tok. seperti semua tauk, kamek tok memang dari 'bala' cidak st joe, and since dari ya kamek memang sik pernah belot. kira penyokong setia juak la. bagi kamek, through out these years, st joe band belom pernah gagal in giving its best. just sekali jak cidak kalah, ya pun sebab macam bias jak nya empun judgement (miri, 2007). apa pun kalah menang memang lumrah la, the most important thing is to go out and perform the best.
dalam gila-gila dengan hal band tok, kamek datang gian maok 'pukul-pukul'. so, dengan modal rm19.90, kamek beli drumstick kat pasal bintulu(lupak nama kedey ya tapi kat lee wah plaza). kamek mencarik saiz besar sebenarnya, tapi 5B tok kira ok la juak. untuk berlatih nukuk-nukuk tok. ney tauk dapat jadi expert. (^^,)sampe tegeliat juak tanagan tok molah practice kiri kanan...ehe
mun kita search video kat youtube, banyak video-video tutorial untuk dummies drummer macam kamek tok. video drumline and drum assambles yang best-best pun banyak. tok ada sebuah, very talented and unique, our very own 'white percussion unit'. based in KL dan pernah perform kat beberapa international festival (pernah perform di kuching..mun sik salah). kat sarawak pun ada juak beberapa seperti 'tabuh pak ainal' ngan 'tuku kame'.
ps. kelak kamek try to upload video cidak tok... kompom kagum bah... ehe

Tuesday, April 14, 2009

hari jadi ke-15

entry tok kamek dedekasi khas untuk adik bongsu kamek... dayang siti azizah @ baby @ kobeb.

paling mudak dalam family, paling manjak... sesuai ngan status bungsu. paling rapat dengan mak ngan bapak, tempat kamek berguro ngan kongsi cerita... selalu ngepau kredit... ehe

sedar sik sedar udah 15 umo baby. macam sik cayak jak (^^,) jadi kamek mengambil kesempatan tok mengucapkan

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kobeb...
Allah selamatkan kamu!

ps tolong berlagu makey tune sora ahmad nisfu

14 february 2009

Kamek naip entry tok during loading SMDS, atas kapal, pada pagi yang sejok.

Dalam gigil nahan sejok ya kamek terfikir suka duka selamak berkerja tok. (^^,)macam-macam udah pengalaman tok. Jujur kamek ngakuk, memang pengalaman berkerja totally different from pengalaman belajar. Dolok kamek ada berfikir, duak pengalaman tok sama jak. Atas basic proses pembelajaran sik akan pernah habis, penghidupan tetap berjalan, masa tetap berlalu. Tapi kira keluar dari teori kemanusiaan sendirik la hakiki nya.

Yang sik berapa nak best apabila kita udah bergelar orang berkarier tok adalah part managing ourself. Sik kira apa pun point nya, semua pun maok di manage dirik pun. Paling memeningkan adalah hal finance. (^^,) once dapat di manage bagus-bagus, ujung bulan dapat senyum sampe telinga. Tapi mun ada slack in between ya, alamat muncung macam Sinyu la masa bulan tua. Tapi kes duit tok memang main peranan dalam bringing up happiness to ourself. Bila ada duit, kerisauan ya kurang. Sangat terkesan kepada bangsa PENGITOK macam kamek tok.

yang kedua sik best adalah managing time. Masa belajar dolok, class boleh skip-skip (ularz) ;-p adik kamek jangan ekot a... tapi bila udah bekerja tok, kita mesti commited dengan kerja, no matter how. Siang malam ujung minggu hari biasa semuanya bekerja. Balit lagik ke point no.1 ‘no work, no money’ ‘no pain no gain’. Tapi dalam islam pun ada nyebut, kerja adalah amanah, mencarik rezeki yang halal adalah satu macam jihad. Jadi mesti maok kuat semangat.

Dalam pada ya, bekerja pun ada nahtijahnya. Pertama kita bebas, merdeka, free dalam segenap hal. Maok berbelanja sendirik pun hal, maok malas-malas sendirik pun hal, maok nakal-nakal pun sendirik pun hal. Tapi jangan juak terlalu, kesan dan akibat tanggung sendirik la. (^^,) dalam pada ya jangan juak hanyut jaoh gilak. Banyak udah kamek nemu kawan-kawan yang hanyut, nauzubillah, mudahan lepas tok cidak sedar dengan kesalahan cidak. Kamek sebagai kawan tetap mendoakan kebaikan kepada cidak.

Nahtijah kedua, sepanjang bekerja tok banyak kawan udah kamek dapat. Ada yang dalam negeri, luar negeri, atas angin, bawah angin. Hampir segenap dunia ada (kira-kira la). Best juak berloyar dengan cidak. Knowing their culture, dan nengar cerita best-best tentang tempat masing-masing. Kadang-kadang bertukar pendapat dengan cidak. Pernah kamek polimik tentang politik, security issue, culture and event agama. Penting untuk kita mendengar dan mengetahui feed back dari urang luar. Mun berloyar dengan urang kita empun memang pusing-pusing giya ajak ceritanya ;-p

Banyak lagik la kisahnya, tapi sik dapat nak dicerita dolok. mun ada time senang lagik kelak kamek bercerita lagik. (^^,)

Tuesday, March 17, 2009

17 march 2009



sebuah karya yang mahsyur dari seorang pujangga tersohor indonesia. berita kepada kawan. sebuah karya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam pada setiap rangkap dan bait-bait lagunya. memang kamek minat lagu tok sejak dolok lagik. masa gik kecik dolok kamek suka part 'ho..ho..ho..' (^^,)bila dah angkat bujang cikit, kamek mula mengerti dan paham apa maksud tersirat lagu tok.

dari ciya kita nampak yang ilmu datang pada kita dalam pelbagai cara. ada cara yang dapat kita terimak, ada cara yang nang sik ngam dengan kita, ada juak masa nya datang dalam kita sik sedar. (^^,)anyway kita layan jak lagu tok. best wo~

skuad kenyalang

Matchday 6

Liga perdana 2009
Lawan pkns

Perlawanan away yang menyaksikan Sarawak terus ditekan ke dasar liga. 90 minit perlawanan pkns 1 – Sarawak 0.

Monday, March 16, 2009

re: 16 march 2009


jurney kamek start di tepi pantei, nunggu gugurnya matahari. kesayuan awan petang bersama hembusan bayu laut china selatan. sangat menyenangkan.
mula masuk lambir national park, denai hutan membawak kamek menuju jambatan gantung. latar belakang air terjun kecil yang cantik.
deruman air terjun menyapa kedatangan kamek duak. sempat begambar begayut (^^,)ehe
satu kawasan yang cantik. susunan nya yang semula jadi cukup mengagumkan. bayangkan ajak kuasa tuhan, menciptakan alam yang indah untuk kita. ehe, kamek duak sampei saruk, ingatkan tok waterfall nya, paduhal ada lagik ke depan. perjalanan diteruskan..
sampei kat waterfall yang pertama, udah rami paduhal urang ciya. ranger forestry sedia bertugas menjaga pengunjung-pengunjung ciya. pemandangan yang indah. mun sik cayak, pandang belakang~
setengah jam kamek duak kat waterfall pertama. berehat sambil minum aik mineral (kamek duak sik embak bekal) dan menghirup udara segar. lepas bergambar 3-4 snap, kamek angkat beg lalu beredar menuju waterfall ke-2. jam masa ya udah pukul 1130 pagi
perjalanan ke waterfall ke-2 lebih panjang dan mencabar. dari denai rata kamek duak nait dan turun bukit. banyak spesies pokok yang dapat ditemu, semua besar-besar. cahaya yang telus dari celah-celah daun memberi kesan pengcahayaan yang unik. giya juak akar-akar pokok yang membentuk tanggak semulajadi masa kamek nait dan turun bukit. (^^,)kamek duak sempat belajar cara mengadaptasi graviti. ehe, akhirnya kamek duak sampe kat 2nd waterfall. cantik gilak, puas mata memandang.
kepak juak bejalan, tapi terbalas dengan keindahan alam. rasa macam dalam gambar/tv jak masa ya. padan juak banyak tourist pegi citok. dalam suk-suk ya ada juak terasa gelik. bukan apa gelik, on da way ke ciya kamek duak ada nemu lintah yang pandey melompat. spesies tok ada kat area kita jak. ada sikok ngagak kasut NAdiA, nasib hero ada (^^,)
mun maok tauk, aik citok sejok bena. very refreashing. mula-mula memang maok ajak kamek berendam di ciya, tapi sikpa jak. dapat bepungas pun jadi la~ udah puas rilek, puas melihat alam, puas bergambar, kamek duak pun bergerak balit. unfortunately hujan lebat masa kamek duak balit. tapi sikpa it is part of the adventure (^^,)
ps cuti-cuti malaysia, anda pasti suka (^^,)ehe

skuad kenyalang

Matchday 5

Liga Perdana 2009
Std Negeri, Petra Jaya
Lawan T-Team

Sekali lagi misi mencari kemenangan sulung Sarawak menemui jalan buntu. Sekali lagi, Sarawak tewas kepada pasukan t-team untuk kali ke-3 musim ini. 45 minit pertama sudah cukup untuk menghukum Sarawak apabila dibolosi lawan 3 kali. Menurunkan ramai pemain muda yang masih mentah, Sarawak kelihatan sangat lesu di separuh masa pertama. Kesudahannya Sarawak kekal gigit jari, kekal mengidam kemenangan yang tidak kunjung datang.

16 march 2009

Such a good, green and happy weekend for me. (^^,)spending my time with NAdiA and have a good time together.

Hujung minggu tek kamek ngan NAdiA pegi national park. Melawat dan melihat flora fauna kita. My only word to describe our activities… BEST. Dalam suasana alam semulajadi yang menyegarkan, kamek duak berehat di tepi air terjun yang cantik. layap jak kamek duak nangga alam semula jadi, salu nangga hutan batu jak, kali tok dapat nangga hutan betol-betol. (^^,)nait jambatan gantung, bejalan atas denai, turun nait bukit. Nang sehat la aktiviti kamek minggu tok. At first cuaca memeng tip top la, tapi toward the end tang ada jak hujan. Ehe, jadi anak tikus kamek duak sejok. Nasib la kamek ada embak baju spare, boleh juak kamek duak bersalin.

The day before, kamek pegi nangga sunset kat pantei. Masa ya la teringin gilak kamek maok ambik gambar. I wish I have an SLR of my own (uyot mesti tetak baca tok). Ada banyak potensi untuk shoot-shoot yang cantik. tapi apa boleh buat, udah kita sik berisik, nelan aik liyo jak~ Untuk melepas geram, kamek ambik gambar makey handphone jak la (^^,).

Malam minggu ya tek, sedang kamek ngan NAdiA nyaman-nyaman meratah ‘udang aruk garam’ tang ada jak muka yang dah lamak sik didiat muncul. ujang@noor nasriq. Tang ada jak muka urang tok datang ngagak meja kamek duak, nasib kamek sik tersembor terkejut. masih jenaka macam dolok, ujang tetap kawan keras kamek, just like during our days at chermai. Lalu panjang cerita kamek urang malam ya. Masing-masing dah ada kehidupan sendirik. Dah ada haluan sendirik. Suk juak la kamek nenga cerita geng-geng lamak dolok. selain ujang, ada juak kamek bertemu leni malam ya. Berseri-seri jak muka kawan sorang tok, al-maklum dah nak nait pelamin dengan haizal. Ehe.

Aritok, satu sejarah telah dilakar di pulau borneo. Di istana darul iman, Bandar seri begawan, Brunei Darussalam, perjanjian yang sangat penting telah dimetrai. Sejak dari kemasukan limbang bersama dalam wilayah Sarawak, Brunei tidak pernah menggugurkan tuntutan terhadap limbang. Tetapi hari ini, limbang akan terus berada bersama Sarawak. brunei telah bersetuju untuk menggugurkan tuntutan mereka terhadap wilayah limbang. Mudah-mudahan dengan perkembangan ini, limbang akan mendapat pembangunan yang lebih dan kemakmuran berpanjangan. limbang maju dalam sarawak, sarawak maju dalam malaysia.

Thursday, March 12, 2009

12 march 2009

such a great weekend i had this week. memenatkan, menyeronokkan, menyenangkan.

memang penat perjalanan dari bintulu ke kuching (balit ke bintulu pun sama) mun travelling makey darat. tapi sik apa, kepenatan ya ada olehannya. memang penat kamek ngerja katering (^^,)al-maklom dah lamak sik megang kerja giya. tapi sik apa, asal hati puas.

menyeronokkan, walopun kamek di rumah cuma 3 hari, tapi kamek berpeluang berjumpa dengan sebahagian besar keluarga kamek. palin seronok dapat bersama keluarga tercinta. mak ngan bapak, aerol munik uyot mizah baby. dah lamak gilak rasanya kamek sik merasa berda di rumah. seronok juak dapat bermain dengan haris yang makin lamak makin ceredit.

menyenangkan apabila dapat keluar dari kepompong kerja sekejap. bebas sikit minda kamek daripada masalah kerja. paling senang bila dapat ncium tangan mak bapak. lebih senang dapat bermain bersama semua dik beradik.

minjam gambar dari blog uyot. ada muka haris nyelit ciya. ehe, banyak komen madah muka kamek montel... montel ka? ehe

Sunday, March 8, 2009

09 february 2009

hari tok 12 rabiul awal 1430. hari tok kita memperingati kelahiran rasul junjungan kita. semoga sambutan tahun tok kita akan dapat memuhasabahkan diri dan kembali kepada jalan yang benar, jalan yang di rintiskan oleh Rasulullah SAW.

i spend my day with my family today. haris pun ada juak join kemek aritok. sayang sekali sik sempat maok embak cidak main bowling. hujung minggu tok nak penuh schedule kemek urang katering. sik menang tangan juak la.

aritok juak kamek akan berangkat pulang ke bintulu. start esok kerja, kerja, kerja.

06 february 2009

Kamek balit kuching petang tok (^^,) windok ati~

Ari dolok ada kes angus kat kampong sungei bedil, belom tauk gik apa tegal, kelak balit tok kamek maok nyiasat. Tapi kawasan ya memang merbahaya bila ada berlaku kebakaran. Kawasan yang padat ngan rumah yang rapat-rapat. Kesian juak la dengan cidak mangsa ya.

Arimarek juak kamek mendengar satu berita gembira. Mat haris akan ada adik baru. Suka ada jak nya becerita kat kamek, madah diriknya ada dedek baru. Baby gurl kata mak, tapi masih di sepetar sebab masih premature. Kamek bedoa mudahan baby ya selamat dan cepat sihat. Lepas tok ada geng la untuk main dengan mat haris.

Barangkali sembahyang jumaat hari tok antara yang paling nostalgic untuk kamek. Khatib bertugas hari tok adalah ustaz nahrawi abdul rahman. (^^,) lamak udah rasa nya sik nenga suara dan berimam dengan urang tua tok. Rasa di kuching jak sembahyang jumaat kali tok.


p/s selalu terikut-ikut suara ustaz nahrawi.

Thursday, March 5, 2009

Sehari lagik tinggal menjelang hujung minggu. Sik sabar rasanya kamek menunggu hujung minggu tok. Kamek akan menghabiskan hujung minggu tok di rumah. Home sweet home. Di kuching, kamek bercadang nak menghabiskan masa bersama keluarga, adik-adik dan geng-geng keras. (^^,)sik sabar rasanya~

Sudah pasti minggu tok adalah antara yang paling meriah. Hujung minggu banyak tempahan urang nikah termasuk cousin kamek, intan. Lepas ya ada lagik sambutan maulidur rasul di surau-surau dan masjid-masjid. Tahun tok sambutan peringkat negeri dipolah di bintulu. Sayang sekali kamek tek pulang kuching, lalu sik nemu la urang rami di bintulu tok.

Rasulullah S.A.W dilahirkan di Mekah tanggal 12 rabiul awal tahun gajah. Kelahiran Baginda merupakan rahmat yang sangat besar dan tidak terhingga kepada seluruh umat manusia. Kelahiran Rasul akhir zaman ini, membawa bersama rahmat ISLAM, agama yang suci, mulia dan paling sempurna. Baginda dilahirkan sebagai seorang role model kepada seluruh umat manusia. Baginda mengajar kita sahsiah dan akhlak kehidupan yang terbaik. Baginda mendidik kita agar mentauhidkan Allah, tuhan semesta alam.

Bersempena dengan kedatangan tarikh keramat ini, marilah kita bersama memuhasabahkan diri. Kita selusuri kembali sirah Baginda, kita ingati kembali seruan Baginda, kita ikuti segala sunnah yang telah ditinggalkan kepada kita. Perkara ini perlu, kerana dalam suasana kita pada hari ini, perlulah kita kembali kepada hakiki kehidupan kita sebagai seorang insan yang lemah. Pengamatan terhadap perkara-perkara yang berkitar di sekeliling kita, jelas sekali menunjukkan yang kita telah jauh menyimpang daripada landasan yang sebenar. Kecelaruan dalam pemikiran dangkal di seluruh dunia (termasuk yang ada di Malaysia tok) telah berakar umbi daripada penyimpangan ini.

Anjakan paradigma, itulah yang paling perlu. Mungkin (tetapi pada saya satu kepastian) apabila kita kembali lagi kepada landasan yang sebenar, segala kecelaruan ini akan terurai.


p/s kamek sik suka dengan orang sombong yang saling bergaduhan. Tetapi kamek lebih sik suka dengan orang sombong yang suka mencari gaduh.

skuad kenyalang

2nd leg FA cup 2nd round
Stadium negeri, petra jaya.

Sarawak di tunjukkan jalan keluar oleh pasukan kelab, t-team apabila tewas 1-2. Sarawak dikerah bermain melawan pasukan t-team yang menurunkan 12 orang pemain (termasuk pengadil) sejak dari seawall minit pertama lagi. Pada separuh masa kedua, keadaan bertambah parah apabila Sarawak kehilangan seorang pemain pertahanan yang dilayangkan kad merah. Perlawanan yang jelas berat sebelah menyekat Sarawak daripada mara ke peringkat seterusnya.

Sunday, March 1, 2009

01 march 2009

seminggu tanpa berita, yang ada cuma gago atas air (atas kapal) jak.
udah masok bulan 3, nang sik berasa masa berlalu. maybe kerana terlalu kensentret dengan kerja, ya la time passes by pun sik berasa. tapi sik apa, ya memang lumrah hidup. arimarek ada birthday bash pakey mat to @ mohammad haris. udah empat taun umonya. ehe, dari nya gik baby sampe kinek tok kamek urang nangga nya membesar. udah jadi macam anak mak yah juak nya. udah jadi macam adik kandung kamek empun. to mohammad haris, happy birthday to you~ (uyot tolong belagu untuk bang weng) (^^,)
dalam bulan tok juak yab pak lah akan melepaskan jawatan sebagai pm malaysia ke-5. yab pak lah akan diganti oleh datuk seri najib. tok adalah pm yang terakhir dalam formula rahman. satu lagi sejarah bakal kita tempuh.

Wednesday, February 25, 2009

al-fatihah

pagi tadik, kamek dapat berita dari kuching, bapak kepada saudara debot, ayahanda ahmad ibi telah kembali kerahmatullah akibat penyakit barah. jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan selepas zohor tadik. kepada debot sekeluarga, kamek dan seisi keluarga menzahirkan belasungkawa. diharap akan sentiasa tenang dan bersabar dengan ujian daripada Allah ini. semoga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Nya. al-fatihah.


p/s allahyarham merupakan seorang pendidik dan pemikir bahasa.

Tuesday, February 24, 2009

24 february 2009

malam tadik ada kamek nangga satu talk show about current situation in malaysia. alhamdulillah, baruk kamek nampak maseh ada anak malaysia yang sayang dengan negaranya. antara perkara yang paling menarik perhatian kamek adalah pengertian terhadap strata sosio masyarakat malaysia. segala kecelaruan yang berlaku pada masa tok berpunca daripada pemahaman yang salah terhadap susunan sosial masyarakat malaysia. ada juak disebut tentang tolak ansur dalam masyarakat. amalan 'give and take' ternyata menjadi asas kepada kestabilan. macam dalam keluarga, perla ada saling mengalah. akan tetapi, mesti diingat selalu, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. mudahanlah semua yang menonton malam tadik bukak mat dan bukak hati.
pagi tadik ada juak sigek rancangan yang menarik perhatian kamek. berbincang tentang kes politikus wanita yang kenak ambik gambar. berulang kali panel 2 orang ya nyebut melanggar privacy. lepas ya ada lagik nya madah tok hidden agenda dan sik patut sampey mencabul hak politikus tok. lagik sigek nya madah adalah bias perkara tok terjadi dan attack only kat urang mpuan. lansung nya sik kondem perbuatan sumbang politikus tok bersekedudukan luar nikah. barangkali 2 panel tok belum cukup malaysianya. masih terbawak-bawak pemikiran luar yang bercanggah dengan norma-norma pemikiran bangsa kita. sepatutnya cidak fahami dolok sebetul-betul tatasusila bangsa malaysia. urang-urang macam tok lah yang merbahaya kepada negara kita.

Monday, February 23, 2009

23 february 2009

Kamek aritok rilek di opis ajak. Awal pagi udah melangus duduk dekat kedey kopi. Makan mee goroeng yang sik berapa nak goreng. Kesudahannya kamek kenak angin kus-kus kat perut. Masa beloyar dengan cidak, ada la keluar kisah urang masuk cell. Masing-masing la menunjuk taring cerita. (^^,)kamek macam biasa jadi tukang tetak ajak. Ada sekali cerita hal pantak keluar. Mula-mula madah pantak helang, sekali kenak gertak polis lalu jadi burung pipit~

Boring di opis, kamek mula silak-silak news borneo post. Pelik-pelik jak berita kinek tok. Ada sigek duak yang menarik perhatian kamek. Ada satu kes urang ya maok khalayak berterima kasih kepadanya sebab tegalnya perentah nolong khalayak. Pelik juak kes tok. Lets say ada seorang bapak, seorang anak dan seorang pak cik rumah sebelah. Si anak sik makan sebab bapaknya belum terimak gaji. Pak cik rumah sebelah mencanang ke segenap kampong madah si bapak sik berik anaknya makan. Tetapi setelah bersusah payah bekerja dan menerima gajian, si bapak terus berik anaknya makan. Dalam pada ya pak cik rumah sebelah tok gago nyuruh anak ya tek berterima kasih dengan nya. Anak jenis apalah mun nya tek menurut ajak pak cik rumah sebelah tanpa peduli dengan pengorbanan si bapak. Durhaka. Jangan sampe khalayak kita jadi durhaka macam ya.

Ada satu lagik kes, si polan tok madah ‘parti yang besar lagi kan jatuh di negeri perak, inikan pula yang kecil-kecil di sarawak’. Sik tauk urang lain, tapi kamek memang terguris dengan kenyataan tok. Perkataan ‘yang kecil-kecil’ ya menggambarkan betapa kerdil dan lemahnya kita. Seolah-olah orang kita sendiri tiada berkelayakan dan tiada berkebolehan. Mungkin nya lupak siapa yang telah membangunkan negeri tok. Mungkin juak nya lupak sapa yang membanting tulang untuk membuka tanah-tanah baru untuk pembangunan bangsa dan negeri Sarawak tok. Bayangkan orang yang berpersepsi seperti tok apabila berkuasa, semua akan berada di tangannya dan urang kita akan keciciran. carilah urang yang terbaik sekalipun, mun udah paradigmanya septical macam ya, memang nya sik akan percayakan kita. Tinggal lagik umum untuk menyedari perkara tok.

p/s Ya Allah, selamatkanlah negeri kami ini dari segala anasir yang akan merugikan kami. Engkau lindungilah kami dari segala mara bahaya dan kesusahan… amin.

Saturday, February 21, 2009

skuad kenyalang

1st leg FA cup 2nd round
Stadium SINS, kuala terengganu.
Bertemu t-team.

Sarawak turun dengan harapan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan. Tamat separuh masa pertama Sarawak ketinggalan 1-0. ternyata hairuddin omar merupakan duri dalam daging bagi Sarawak apabila menjaringkan dua gol. keputusan penuh, t-team 2 – Sarawak 0.

20 february 2009

Arimarek, ada satu sejarah besar tercatat dalam keluarga kamek. Wa jedek telah mengangkat sumpah menjadi Counselor bagi Majlis Perbandaran Padawan. Bersama perlantikkan ya, wa jedek masuk dalam 3 jawatankuasa bagi MPP. Ada dalam BP tapi kamek sik dapat nak copy paste dalam tok. Tahniah Wa Jedek (^^,)



wa jedek (kiri sekali) angkat sumpah



wa jedek nurun tanda tangan atas watikah perlantikan


ada wa jedek kat tengah, ada muka munded, muka hashim yap (kasut cekelet) ngan ketua kaum allahu wa'lam (baju melayu biru)

17 february 2009

Malaysia gempar sekali lagi. Seorang ahli exco PR telah terjebak di dalam skandal penyebaran gampar terlampau. Sekali lagi isu moral rakyat Malaysia berkumandang di media massa. Persoalannya kini siapa yang tidak bermoral?

Yang diambil gambar;
Seperti yang kita ketahui, beliau merupakan seorang ahli politik dan aktivis masyarakat. Beliau juga dilihat sebagai seorang wakil rakyat yang berpotensi besar. Namun, dalam krisis ini, beliau juga boleh dianggap bersalah. Kesalahan beliau yang paling besar adalah bersekedudukan dengan bukan suaminya. Sebagai seorang figure kepada masyarakat, hubungan yang seumpama ini lansung tidak relevan dan tiada rasionalnya. Meskipun ia merupakan satu privacy kepada kehidupan individu ini.

Yang megambil gambar;
Walau apapun alas an yang digunakan, memang tiada wajarnya gambar yang seumpama ini diambil. Paling jelas tindakan ini telah melanggar privacy ahli exco ini. Khalayak masih tertanya-tanya apa sebab gambar ini diambil. Polimiknya mekar di sana-sini mewujudkan persepsi yang pelbagai. Maka, wujudlah situasi perang tunding jari oleh mereka-mereka yang mempunyai ‘self interest’ dan ‘menangguk di air yang keruh’.

Yang menyebar gambar;
Saya mempunyai 2 persepsi terhadap individu ini. Pertama, penyebaran gambar ini adalah satu macam pencabulan terhadap exco tersebut. Tatasusila masyarakat kita telah diguris. Mereka yang menyebar gambar ini mesti dikecam. Kedua, mungkin si penyebar ini mahu membuka mata rakyat, betapa wakil yang mereka pilih ini mempunyai sisi gelap. Ini adalah penting memandangkan tatasusila masyarakat kita menuntut kepimpinan yang berakhlak mulia.

Isu moral kini semakin lama semakin mendapat perhatian. Satu demi satu kebobrokkan masyarakat yang didedahkan. Moga-moga khalayak memdapat iktibar daripada apa yang berlaku. Kembalilah kepada asal, tabii masyarakat kita yang terkenal dengan tatasusila tinggi.

skuad kenyalang

Matchday 3
Liga Perdana
Stadium Negeri
09 Februari 2009

Berbekalkan semangat untuk mencipta kemengan pertama dalam liga musim ini, Sarawak turun dengan barisan yang sama ketika menentang ATM di selayang. Felda United yang dibarisi oleh beberapa bekas pemain kebangsaan bermula baik apabila mendahului 0-1 di awal permainan. Sarawak yang melancarkan serangan balas, gagal menembusi kekebalan gawang Felda United. Id sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sarawak apabila gagal menyempurnakan tendangan penalty. Kegagalan itu benar-benar menyentak pasukan Sarawak. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-1. pada separuh masa kedua, Sarawak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan supersub Fred Merawat. Ketika hampir berkongsi mata, Felda United dihadiahkan sepakan penalty. Meskipun Aidil bermain cemerlang sepanjang perlawanan, beliau gagal menghalang Felda United untuk mendapat mata penuh. Kesudahannya Sarawak 1- Felda United 2. Bermain di bawah par, begitulah komen peminat terhadap persembahan Sarawak dalam perlawanan ini.
Seterusnya Sarawak akan bertemu T-Team di Kuching pada 13 Februari 2009.

skuad kenyalang

Matchday 4
Liga Perdana
Stadium Hang Jebat
13 february 2009

Misi mencari kemenagan pertama Sarawak musim ini diteruskan. Kali ini Sarawak bertandang ke Stadium hang jebat bertemu dengan skuad kancil, Melaka. Bermula perlahan, Sarawak ketinggalan dengan 1-0 seawal minit ke-3. Segera mencari gol penyamaan, Sarawak tetap gagal sehingga tamat separuh masa pertama.
Joseph kallang akhirnya berjaya meledakkan jaringan penyamaan pada pertengahan separuh masa kedua. Usaha yang berterusan jentera serangan Sarawak ternyata tidak berbalas. Tamat perlawanan Melaka 1 – Sarawak 1. menurut laporan, Sarawak mengawal perlawanan, Cuma penyudah yang kurang kemas menjadi penghalang untuk mendapatkan gol kemenangan.

15 february 2009

2 hari yang lalu, kamek dapat berita dari saudara buana@deybot. Dukacita nya madah dengan kamek bapaknya udah sik berapa sihat. Tedah juak kamek nengar berita ya. Kepada saudara buana dan keluarga, tabahkan hati, banyakkan berdoa, mudahan mujur jurus kesihatan cikgu ahmad. Kamek pun sentiasa mendoakan juak.

p/s cikgu ahmad ibi pernah ngajar mak masa mak berkhidmad dengan Perumahan dolok.

Sunday, February 15, 2009

15 february 2009

bermimpi dalam tidur adalah perkara biasa. berjalan dalam tidur pula adalah satu macam penyakit atau disorder. kencing semasa tidur pula adalah masalah bagi kanak-kanak. tapi bagaimana dengan SMS semasa tidur?
(^^,)ehe, that was what happened to me. ari dolok (sik ingat ari apa) mak call dan nanyak kamek. 'kitak ada sms mak ka? nombor apa di hantar kitak ya?'. terkejut kamek. seingat kamek pagi ya kamek ngando coz malam ya kapal habis pukul 2 pagi. how on earth can i sms mak if im assleep? the sms goes like this
'840122******'
that is my ic number. ehe, nang jenaka la. macam ney kamek dapat sms time tido. betol gik number ya. sampe kinek pun kamek masih berfikir, apa yang kamek mimpi sampe nganta sms ya... (^^,)misteri nusantara tok a...
p/s bukan 1st time tok.. NAdiA selalu kenak giya oleh kamek.. ehe

Saturday, February 14, 2009

14 february 2009

Lately I met with a lot of people, mengenal cidak nya, berkerja dengan cidaknya malah berkawan dengan cidak nya. But what I had encounter today is very different. Something inspiring and make me think.

Ada seorang kawan kamek tok yang very plantey and gaok. Urang tok memang sik pandey nak serius, dan kita sik akan dapat pikey pun bila masa nya akan serius. Seorang yang pemanas dan bersuara besar. Ngelaka bunyi kasar dan selalu cakap besar. Memang udah cukup ciri-ciri seorang pak soak. (^^,) jangan marah geng.

Hendak dijadi berita, hari tok anaknya jatuh sakit. Menurut ceritanya dekat kamek, pagi tadik anak nya ngerak nya dari tidur, dan bila bangun anaknya rebah di depan mata nya empun. Secepat kilat nya ngan bininya begegas ke spetar. Dalam perjalanan ke spetar ya banyak hal terjadi. Bini nya driving sik pakei spec (rabun), ada urang sik maok berik jeraya sampe kenak teriak, dresser spetar yang sik tauk reti… banyak ada jak halangan. Si bapak tok tek sanggup neriak jeraol yang sik berik jeraya, sanggup maok numbuk dresser yang sik tauk reti ya, semata-mata maok anaknya selamat.

Tersentuh hati kamek bagaimana seorang yang keras hati telah menggunakan kekerasannya demi kasih sayang kepada anaknya. Being bad is not really bad at all. Tadik maok nangisnya depan kamek madah betapa susahnya hati bila anaknya masok spetar pagi tadik. Alhamdulillah setakat petang tek udah beransur pulih anaknya.

Kasih ibu bawa ke syurga. Kasih ayah bawa bahagia. Ingat anak-anak, jangan jadi durhaka. Doakanlah kedua mereka, kerana anak yang soleh akan bahagia hidupnya di dunia dan akhirat.

Baruk kamek lekak kelaka ngan mak tek. Paduhal haris demam juak. Memang musim nya tok…. (‘.’)

13 february 2009

Hari yang macam biasa, banyak keja dan memenatkan. Tapi bagus juak, bila banyak job gitok maksudnya banyak kantau masok ujung bulan. Mudahan murah rezeki selalu… amin.

On the way pergi kerja (macam biasa) ada melimpas stadium mini bintulu. Hari tok ada kejohanan MSSM negeri Sarawak. Lamak juak udah kamek sik nemu kejohanan macam tok.. rindu yang tersangat gilak nak berpeloh atas trek ya. Lamak udah sik nak ngetat otot-otot kaki kamek berekot kelling padang.

Zaman di st joe dolok sik ada kamek miss to take part in track events. Since 1997 until 2001, puas kamek representing my beloved Adrian house. Adrian house, with theme colour of green, the name is in the remembrance of Bro. Adrian. He was the third principle of st joe from the La Salle Brothers.

Bebalit dengan sport days zaman kamek dolok, kamek pernah berlari dalam acara (in order from 1997 to 2001) 800 metres, 400 metres hurdle, 4x400 metres and 1500 metres. Walopun sik penah menang any medal (salu mo encet jak~) kamek tetap bangga coz I was also being a part of the excitement (^^,)

Before sport day start, nang gago la kamek training. my training ground was at civic centre. Masih ingat lagik coach-coach kamek dolok, cikgu Elizabeth nyaoi, cikgu ismail, mendiang cikgu tay, cikgu razak. Pagi awal udah kamek turun training, tapi mun petang memang time panas terit la (3.30pm). Ehe seyhat lalu jak zaman ya, sentiasa besenam.


p/s senaman bagus untuk kesihatan, amalkan cara hidup yang sihat.

12 february 2009

Kamek ke opis pagi tadik. Ada sigek hal yang menggamit hati kamek. Last week kamek transfer lagu ‘hati yang luka’ dari phone kamek ke one of my fellow surveyor. To my surprise, the song is a hit!!!

Ehe, almost all of my fellow its bintulu staffs whistling the song. Nang berantu la lagu ya. Lalu la opis kamek jadi pusat karaoke pop indon. Patut juak Alem bena gilak dengan lagu ya… paling best part urang laki ya… kamek urang dalam opis berduet beramai-ramai.

Biar.. biarkan ada dusta malam ini
Mungkin esok akan tiba bahagia
Bersama yang lain…

Secara otomatik kamek ngidam maok karaoke lagu ya. Hm, terpaksa la nunggu my next trip home…

12 february 2009

Kamek ke opis pagi tadik. Ada sigek hal yang menggamit hati kamek. Last week kamek transfer lagu ‘hati yang luka’ dari phone kamek ke one of my fellow surveyor. To my surprise, the song is a hit!!!

Ehe, almost all of my fellow its bintulu staffs whistling the song. Nang berantu la lagu ya. Lalu la opis kamek jadi pusat karaoke pop indon. Patut juak Alem bena gilak dengan lagu ya… paling best part urang laki ya… kamek urang dalam opis berduet beramai-ramai.

Biar.. biarkan ada dusta malam ini
Mungkin esok akan tiba bahagia
Bersama yang lain…

Secara otomatik kamek ngidam maok karaoke lagu ya. Hm, terpaksa la nunggu my next trip home…

Wednesday, February 11, 2009

11 februari 2009

Pagi tadik on the way nak pergi kerja, kamek nangga nemiak besusun-susun turun ke sekolah. Ehe, teselap zaman kamek gik sekolah dolok. Dengan baju seluar second hand (lekak pakei aerol), kasut getah tapak ijo (rm10.50 jak) sling beg warna itam (penoh dengan buku) tetiap ari turun kat lorong nanas dan menuju ke sekolah st joe through gate sekolah rendah. Setiap pagi bapak nganta kamek, lepas ya cepat-cepat gik nya masok kampong dan nganta cdak sekolah jepang. Sik abis ciya, pecut gik nya ke kolej nganta munik. Besar pengorbanan bapak time ya. Makaceh bapak.. mu n sik kerna kesungguhan bapak, sik kamek dapat pegi sekolah, mun kamek sik ke sekolah, sik la kamek jadi macam kamek aritok. (^^,)

Bercerita pasal sekolah, teselap lagik kamek dengan nostalgia cikgu-cikgu kamek dolok. Rami juak la cikgu kamek masa di st joe. Ehe, kamek paling suka mborah cikgu kamek, bukan pasal ada-ada, tapi sememangnya each of my cikgu are special. Pernah juak la kenak hukum tegal mborah tok, kenak tetak pun puas juak la. Kamek adalah antara makhluk paling rapat dengan cikgu… coz kamek suka duduk depan :-p mata kurang awas~ dan kamek juak antara yang paling dipercayak cikgu (puas jadi monitor lizard). Jadi as tribute to all my teacher, I challenge myself to list down all my beloved teachers. Thank you teachers~ dalam alun lagu kelas kamek urang dolok (^^,)

Cikgu alice leong (BM & PS) cikgu cheah (PS) cikgu sim lee meng (khb) cikgu goh ai hung (khb) allahyarhammah cikgu mariana ali (geo) cikgu teo (BM& sejarah) cikgu ismail (sejarah) ustazah norhayati (PI) sir Lawrence lau (my favourite BI teacher) cikgu chai (m3) cikgu zaimi ghani (sejarah) cikgu james (sains) sir Nicholas jee (geo) cikgu Kristina kong (m3) cikgu joyce wong (science)

Cikgu Richard mejin (sejarah) cikgu Justine jee (khb) cikgu kong (pjk) cikgu darry (bm) cikgu wee hock teng (m3 & add m3, also my tuition teacher) cikgu wong (m3) cikgu hajjah norsiati (bm) madam norhaiza (BI) cikgu hasnita (fizik) cikgu yahya (fizik) cikgu hajjah rosni (bio) cikgu elizebeth Anthony (kimia) cikgu junita (sejarah) ustaz maat drahman (pi) cikgu kang (bm)

Madam mathilda goh (band instructor) mr Anthony wong (band instructor) mr john tay (band instructor)

Special tribute to sir Gareld Lee, mr chang foh soon and mr dominic ng… the principal of SJS kuching.

Betol pepatah urang dolok, guru ibarat lilin membakar diri. Dolok time sekolah memang la sik sedar, tapi aritok baruk la jelas betapa besarnya sumbangan cidak kepada kita. Tanpa ilmu daripada cidak, sik mungkin kita berjaya aritok. Terfikir juak kamek gine cara maok balas jasa cidak. Ingin rasanya kembali ke zaman sekolah dan menghargai cidak sebaik-baiknya (al-maklom kamek time sekolah dolok ada hang cikit). Sik terbalas jasa cidak tok kepada kamek. Mudah-mudahan tuhan membalas jasa kitak cikgu…amin.

Berada di SMB ST JOSEPH KUCHING dari 1997-2001. ora et labora.

skuad kenyalang

Matchday 3
Liga Perdana
Stadium Negeri
09 Februari 2009

Berbekalkan semangat untuk mencipta kemengan pertama dalam liga musim ini, Sarawak turun dengan barisan yang sama ketika menentang ATM di selayang. Felda United yang dibarisi oleh beberapa bekas pemain kebangsaan bermula baik apabila mendahului 0-1 di awal permainan. Sarawak yang melancarkan serangan balas, gagal menembusi kekebalan gawang Felda United. Id sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Sarawak apabila gagal menyempurnakan tendangan penalty. Kegagalan itu benar-benar menyentak pasukan Sarawak. Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 0-1. pada separuh masa kedua, Sarawak menguasai permainan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan supersub Fred Merawat. Ketika hampir berkongsi mata, Felda United dihadiahkan sepakan penalty. Meskipun Aidil bermain cemerlang sepanjang perlawanan, beliau gagal menghalang Felda United untuk mendapat mata penuh. Kesudahannya Sarawak 1- Felda United 2. Bermain di bawah par, begitulah komen peminat terhadap persembahan Sarawak dalam perlawanan ini.

Seterusnya Sarawak akan bertemu T-Team di Kuching pada 13 Februari 2009.

10 februari 2009

POLITIK. Sepanjang minggu tok memang tok jak cerita di Malaysia. Dari Perak sampe ke Kedah. Dari cerita lompat parti sampe ke kesah YB ada ‘kendak’. Segalanya terarah ke PR, kegawatan politik PR sama hebatnya dengan kegawatan ekonomi. BN pada masa ini dilihat sebagai kurang adil kerana ‘merampas’ kuasa. Apapun yang terjadi, kini pemimpin PR sudah mula menunjukkan wajah sebenar mereka. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk menilai dan membuat pertimbangan. Kita di Malaysia memerlukan kepimpinana yang mampu memimpin dan pada masa yang sama menjadi ‘role model’ kepada rakyat. Tidak mengira kaum atau kepercayaan, seharusnya kepimpinan yang ada dalam Malaysia menjadi tauladan kepada rakyat, khususnya dalam nilai-nilai tatasusila sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip asas seorang warga negara yng baik adalah lima prinsip di dalam Rukun Negara. Sebagai seorang pemimpin Malaysia yang baik, pemimpin haruslah menepati dan mengadaptasi prinsip ini. Kita ambil contoh parti-parti politik yang ada di Malaysia; BN (semua parti komponennya), PKR, PAS, DAP. Adakah parti-parti ini benar-benar tepat dalam mengadaptasi prinsip yang 5 ini? Perkara ini harus dinilai.

~BN ada masanya mempunyai segerombolan pemimpin yang korup. Namun begitu, seringkali juga BN akur terhadap undang-undang dan keputusan mahkamah. Pertikaian demi pertikaian lazimnya berakhir dengan muzakarah ataupun di mahkamah. Daripada 5 BN memenuhi 4.
~PKR mempunyai persamaan pandangan dengan BN dalam isu agama. Akan tetapi, umum mengetahui PKR ditubuhkan pada saat sokongan kepada DSAI menular di jalan-jalan Ibukota (perhimpunan haram). Malah kepimpinan PKR sering menggunakan pihak ketiga (individu mahupun media asing) dalam mendapat perhatian dan sokongan umum. Ternyata tindakan ini membuka pekong di dada dan memcacatkan reputasi negara di mata dunia. Daripada 5 PKR memenuhi 1.
~PAS merupakan parti politik bertemakan Islam. Akan tetapi, kredebiliti PAS ternyata terkikis dalam beberapa hal. Paling segar adalah tindakan penyokong parti ini di Perak. Kadang kala, tindak tanduk PAS lansung tidak menepati ciri-ciri islamic nya sendiri. Daripada 5 PAS memenuhi 1.
~DAP merupakan serpihan PAP. Umum mengetahui bagaimana PAP ini begitu lantang dan tidak menghormati kontrak sosial rakyat Malaysia. Meskipun DAP memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, prinsip mereka lansung jauh daripada pengertian dan perlembagaan Malaysia itu sendiri. Malaysia ala DAP membelakangkan kontrak sosial. Daripada 5 DAP memenuhi 1.

Setuju atau tidak, tiada satu pun parti politik dalam Malaysia yang memenuhi 5 prinsip ini. Pemimpin dan rakyat harus kembali menilai perkara ini. Angin perubahan harus bertiup. Bertiup ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. Dulu, kini dan selamanya...

Thursday, February 5, 2009

skuad kenyalang

perlawanan Piala FA
2nd leg 1st round

berlansung di stadium MPS, berbekal agregat 6 - 1, Sarawak bermula dengan yakin. coach RA menurunkan kesebelasan utama dengan Samihad Ahad menjadi penyerang utama. 1st half terikat 0-0 meskipun ada dua gol daripada Samihad yang offside dan JK terlepas satu penalti. gol Srawak muncul pada 2nd half melalui tendangan sudut Id dan disudahkan oleh Capt Fadli. gol kedua melalui Samihad setelah tendangan Zamri gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM. aidil bermain cemerlang, barisan pertahanan yamg mantap, tengah yang hidup... mun ekot komen cidak media.

syaday kenyalang!!!!!
next round kita akan melawan T-Team.

06 februari 2009

hari jumaat mendatang lagi. pagi tadik kamek terdiat visual video saudara-saudara kita di palestine. bergenang juak air mata kamek ngenang cidak. piluk rasa hati melihat kehancuran dunia macam ya. semua gara-gara ketamakan. ketamakan pada harta, pada kuasa, pada dunia. mudahan Allah memberkati mereka yang teraniaya dan melaknati para sombong serta hina. terdetik di hati, gitok la yang terjadi mun kita sik bersatu.

ketakutan di hati teng tiba muncul. beberapa hari tok, bibit-bibit perpecahan umat Malaysia muncul. atas dasar mahu berkuasa, sanggup mengkhianati kuasa rakyat. tunding-menunding, tuduh menuduh, seakan-akan retorik atas apa yang berlaku di Palestine.

sejak daripada 8 mac, DSAI ulang kali melaungkan akan ada paling tadah dari kem BN ke kem PR. 31 ogos, 16 september, 31 disember... terus-terusan DSAI melaungkan sokongan kepada yang mahu melompat parti. kemenangan-kemenangan PR di dalam 2 pilihanraya kecil (permatang pauh dan kuala terengganu) meyakinkan DSAI yang putrajaya semakin hampir dalam genggaman. negeri Perak menyaksikan seorang YB BN bertindak keluar parti dan menyertai perjuangan DSAI. YAB MB Perak dengan tegas menyifatkan ini tindakan berperinsip. selang seminggu, satu lagi siri 'tindakan berperinsip' terjadi. kali ini terjadi berskala lebih besar sehingga menggadaikan majoriti dan kuasa kerajaan negeri milk PR. seperti diduga, DSAI dan seluruh pimpinan PR tersentap lalu menidakkan majoriti dan perkembanagan terbaru ini.

lucu. sudah semestinya (seperti di ketahui umum) DSAI juga mempunyai perancangan plot yang seumpama ini untuk PR, iaitu YB BN berpaling tadah dan menyertai kem beliau. akan tetapi impian indah beliau kini bertukar buruk, dan DSAI sekarang terpaksa bermati-matian menidakkan impiannya sendiri. walauapapun yang terjadi kini, keadaan politik malaysia pasti akan lebih celaru. paling ditakuti, rakyat akan beremosi dan selanjutnya akan mengakibatkan kejatuhan rakyat dan negara sendiri. nyata kini, pilihan kita pada 8 mac dahulu belum benar-benar matang. masih ramai YB yang dipilih tidak menepati standard sebagai pemimpin yang baik. nyata dan jelas. pemimpin yang tidak tetap pendirian, membohongi rakyat, membelakangkan undang-undang, menderhaka pada sultan, tidak menghormati kontrak sosial, tidak sensitif terhadap isu perkauman... YB sebeginikah yang kita mahu? tepuk dada tanya selera. sememangnya tsunami 8 mac membawa kemusnahan,tidak pun secara fisikal, tetapi terhadap pembangunan bangsa Malaysia tempiasnya tetap terasa.

lompat parti atau berpaling tadah ini bukan perkara baru, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri. Sarawak, Sabah dan Kelantan pernah satu ketika kucar-kacir gara-gara kelakuan ini. mungkin seluruh kepimpinan BN, PR dan politikus di Malaysia, harus berfikir sejenak tentang perjuangan mereka. janganlah terlalu ghairah sehingga memakan diri. ibarat meludah ke langit, yang celakanya diri sendiri.

cuma tinggal harapan dan doa. mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk perdamaian. yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. semoga kita mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku. pilihan kita setiap lima tahun adalah serius. pilihan kita bukan sahaja untuk kita, tetapi untuk bangsa, agama dan negara. bukan sekadar balas dendam atau kerana jalan dinaiki air setiap kali musim hujan.

Sunday, February 1, 2009

team kenyalang




1st leg FA CUP 1st round

1st win of the season, 1st win at home and the lads has made it so special. Against ATM, the Hornbill strike 6 and let loose 1. Gol-gol Sarawak disumbangkan oleh JK (3 goals), Kamri Hamlet (2 goals) ngan Zamri. Permainan yang menarik, pemain-pemain yang berbakat, strategi yang teratur… giya la bunyi report dari ultracrocs and media. Good luck Sarawak for the next match.




al-fatihah

Ajal dan maut, hidup dan mati, semua di tangan Tuhan. Kita yang hidup hanya dapat redha dan menginsafi setiap dari kematian yang kita temui. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Nya. Semoga ketabahan jadi peneman kepada Su Mas sekeluarga.

01 february 2009



GONG XI FA CAI (^^,)
Minggu yang panjang, cuti yang panjang, kegembiraan yang panjang.
Cuti panjang tok kamek ‘cuti-cuti malaysia’ ke miri. Niat hati nak ngabas NAdiA ngan nek Monten.

Antara activity kamek di miri adalah bershopping~ ehe padan juak urang brunei suka pegi miri. Shopping kompleks ngan barang-barang nya nang bagus-bagus. DVD muarh-murah, seluar style-style (rega murah juak) ngan baju kacak-kacak (pun murah juak) nang sik terlepas la...

Sempat juak la kamek ngan NAdiA ngabis masa dekat ‘miri crocodile farm’. Paduhal ada juak mini zoo kat ctok. Teringat zaman nemiak-nemiak dolok, salu bapak embak melawat zoo datuk noor tahir. Line up binatang cya adalah buaya, monyet, kancil, beruang ngan kucing hutan.


Bang Weng: binatang apa makan pisang?
Haris: munyet~


Pertama kali dalam hidup kamek merasa permainan yang namanya bowling. Suk juak duhal mainan tok. Walopun sik perfect main, ada juak la 3 kali strike, ngan banyak kali masok parit~ kelak mun ada balit kuching maok kamek embak cdak suma main bowling.

Tapi yang sedehnya sik sempat nak ngabas nek Monten. Kamek tepusin-pusin kat piasau jaya, datang makey jeraya depan, datang makey jeraya belakang. Ndak juak kamek nemu lorong 7. lain kali jak kamek try lagik, susah juak susun taman ya.

Last but not least, happy birthday to Danish Zaedi... happy birthday Dayangku Nabila binti Awang Habibullah... selamat panjang umo dan murah rejeki. Sikpun kamek berik prezen, tapi kamek berik doa pakei kitak... amin.